CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berhenti DM Alyah - "Saya Dah Susukan Zara"

3-2-2025 07:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14621| Komen: 11

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia telah menjadi ibu susuan kepada anak angkatnya yang diberi nama Nur Izzara.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Alyah atau Nor Hasliah Abu Hassan, 44, berharap tidak timbul sebarang keraguan mengenai hak anaknya itu dalam keluarga mereka terutama hubungan dengan suami iaitu pengarah muzik, Datuk Ramli MS.



IG Alyah

"Saya dah susukan Zara (Izzara). Jadi antara Zara dan Tok Ram (Ramli) mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.

"Harap selepas ini dapat memberi jawapan kepada pihak yang sering mesej saya berkenaan hal ibu susu," katanya.

Alyah memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram miliknya berserta video dia bersama anaknya itu ketika mereka berkunjung ke sebuah kawasan pantai.

Dalam pada itu, penyanyi ini juga memaklumkan Izzara mempunyai pertalian darah kerana bayi itu merupakan anak saudaranya sendiri.


"Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri.

"Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim. Jadi minta maaf banyak-banyak kepada yang bertanya di mana saya ambil Zara dan bagaimana nak ambil anak angkat," ujarnya.

Dalam masa sama, Alyah juga berkongsi pandangan bahawa mengambil anak angkat merupakan satu tanggungjawab besar.

"Nasihat saya jangan ikut kata orang atau apa rasa hati kita mahu. Sebab yang kita jaga ini ialah jiwa dan nyawa. Besar tanggungjawab ini... tak mudah.

"Sebelum apa-apa keputusan dibuat mohonlah pada Yang Maha Kuasa," jelasnya.



Pada Jun tahun lalu, Alyah mengumumkan kehadiran orang baharu dalam hidupnya iaitu Izzara ketika dia mengadakah majlis aqiqah buat bayi berkenaan.

Untuk rekod, Alyah dan Ramli berkahwin pada 2013 di Indonesia.


Sumber- mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 4-2-2025 11:37 AM
yg sibuk bertanya kat retis semua benda dh kenapa? pegi la tanya org yg pakar cane nk ambik anak angkat.
Quote Windermere1004 4-2-2025 01:50 PM
iya lahhhh. tak kan Tok Ram nak nyusu kan!
Quote chanthik 4-2-2025 02:15 PM
Tapi mmg boleh tgk profile orang yang sibuk komen dekat Tiktok Alyah ni semua ada vibe vibe makcik bawang kepoh terpaling nasihat

Huhu hadap jelah yer, hidup orang dikenali ni begitulah
Quote Purplehaz 4-2-2025 04:52 PM
gitulah dilema ada ank angkat, mesti ramai nk tau nasab anak tu. Sng ckp ambik dari saudara jer.
Quote likilu 4-2-2025 05:06 PM
Elok Aliah ni kenapa tak kawen elok elok dulu dua dua single je kan
Quote alesandra 4-2-2025 05:12 PM
sibuk betul mencapub nak tau susuan org.taulahh dia
Quote Pujangga22 4-2-2025 06:38 PM
kepoh macik2 ni..bila takde anak sruh ambik anak angkat...sdh ambik anak angkat ty mn dapat...susuan..mahram itu ini
Quote zie_indah 4-2-2025 08:43 PM
Comey zara
Quote LadyCarefree 4-2-2025 08:47 PM
kepohnya sampai gitu Alyah kena explain?
Eloklah acik2 bawang pi tanya Kemek mana anak2 dan kenapa tak bagi Halep hak jumpa atau bermalam.
Quote Shayang 4-2-2025 11:01 PM
Eloklah dia bela anak saudara sendiri atleast tau laa juga asal usul budak tu
Yg aku rengsa ramai cari masalah dgn membela anak2 indon+bangla

Quote gorjeous 5-2-2025 10:14 AM
Comel anaknya.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.039277 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top