Saban hari, ada sahaja 'trend' baharu yang menjadi kegilaan dan ikutan ramai. Kali ini, timbul pula teknologi dijana kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah gambar menjadi video pelbagai aksi.
Paling mengejutkan, ada individu turut menyunting gambarnya di pentas konvokesyen sehingga ia kelihatan seperti video aksi kungfu. Trend video sama turut dibuat ramai pasangan suami isteri, seolah-olah menunjukkan mereka seperti sedang bergaduh. Susulan itu, pendakwah dan penulis, Ustaz Angah Sunan tampil menegur trend berkenaan yang disifatkannya seperti kurang beradab. "Di TikTok sekarang, tular effect visual kungfu Shaolin. Gambar kita dijana oleh AI TikTok, lalu orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkungfu level naik kaki bagai. "Kemudian ramailah buat, gambar ambil scroll di majlis konvo, tiba-tiba berkungfu dengan Timbalan Naib Canselor atau seumpama. Laki bini berkungfu. Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya. "Tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita. Yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya," tulisnya. Dia berkongsi teguran itu menerusi Facebook dan TikTok. Di ruangan komen, ramai menyambut baik teguran itu dan berharap netizen di negara ini tidak terlalu mengikut trend sehingga mengabaikan adab sopan. Namun, ada juga tidak bersetuju kerana beranggapan ia hanyalah gurauan sahaja. "Yang time konvo tu, harap pihak universiti ambil tindakan, mencemarkan istiadat. "Yang memalukan lagi gambar sedang akad nikah dibuat aksi kungfu. Pengantin naik kaki ke pak imam tu. "Semalam aku tengok pengantin buat AI kungfu. Kain pengantin perempuan tu terselak. "Sekadar hiburan, semua nak ambil serius ni kenapa?" tulis netizen. Sumber- mStar |
tumpanglalu74 replied at 3-2-2025 08:56 PM
Inilah generasi celik IT..
@Jitu
B40tastePosh replied at 3-2-2025 11:37 PM
Padu.
Boleh buat gambar bercium.
nuc: budak2 muda skrg ramai yg kura ...
"Tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita. Yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya," tulisnya.
nuc replied at 3-2-2025 09:32 PM
budak2 muda skrg ramai yg kurang adab...kalau bersembang, perkataan babi, sial, bodoh mainan kat mul ...
ADVERTISEMENT