Anak kepada pelawak, Shuib, Dzahira Talita Zahra akui berasa gembira apabila impiannya untuk menjadi penyanyi dan menceburi bidang seni akhirnya tercapai. Kalau arwah ibu masih ada... Menerusi satu perkongsian temu bual dalam saluran podcast Hey Korangz di TikTok, Talita berkata sekiranya arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah masih ada, pasti akan berasa bangga dengan pencapaian dirinya.
“Kalau arwah ibu saya (Siti Sarah) berada di sini sekarang, saya rasa dia pasti akan rasa bangga dengan saya. “Saya gembira tapi dalam masa yang sama sedih sebab dapat capai apa yang saya impikan. Saya mahu jadi penyanyi. “Saya beritahu kepada mummy (Watie) nak jadi penyanyi dan doa itu seperti makbul. Kemudian dia kata okay saya kena tunjukkan yang saya boleh,” ujarnya. Bakal keluar single Dalam pada itu, Talita juga memberitahu dia akan mengeluarkan single sulung tidak lama lagi.
“Daddy kata saya akan ada lagu nanti, cuma tak tahu bila. Insya-Allah doakan,” katanya. Sebelum ini, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya berjudul Kesetian. Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta. Sumber- Gempak
|
zuriey replied at 4-2-2025 08:17 PM
Soeb ko ajar anak tonggang nama mak dia pula ke
duri_durians replied at 4-2-2025 10:02 PM
nepotism is real. favoritism is real. money can buy anything.
ADVERTISEMENT