Mungkin bimbang dimarahi kerana keluar memancing, penyanyi Aiman Tino bijak mengambil hati apabila meninggalkan sejumlah wang untuk isteri tersayang. Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 27, yang turut meninggalkan sepucuk surat memberitahu wang tersebut adalah nafkah bulanan untuk isterinya iaitu Che Syarah Haifa.
Malah Aiman turut meminta Syarah menghalalkan hutang-hutangnya selama ini selain mendoakan agar dia pulang dari memangcing dengan membawa hadiah. "Nafkah bulanan untuk sayang. Doakan saya supaya balik bawa hadiah. "Halalkan hutang-hutang saya selama ini,' katanya. Syarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Isnin. Berkongsi lanjut pengisian surat ditulis Aiman, Syarah sebak apabila suaminya itu mendoakan rumah tangga mereka kekal dan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
"Semoga kita kekal bahagia hingga syurga. "Insya-Allah satu hari nanti kita akan dapat anak," ujarnya. Untuk rekod, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT