CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Pondan Bangkok Lawa' - Syifa Melvin Tak Betah Safawi Rasid Ke Thailand, Titip Doa Dari Jauh

5-2-2025 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10527| Komen: 7

Harus berjauhan untuk seketika, pelakon Syifa Melvin meluahkan rasa rindu terhadap suami iaitu pemain bola sepak, Safawi Rasid yang kini berada di Bangkok, Thailand atas komitmen kerja.


IG

Syifa atau nama lengkap Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 34, berkata, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk suaminya yang membanting tulang empat kerat demi menyara keluarga.

"Rindu suami extra sikit. Suami travel jauh cari rezeki untuk anak bini, demi kelangsungan hidup.

"Selalulah kita doa kesejahteraan, keselamatan suami. Walaupun selalu kena tinggal tapi tidak apa, doa dan semangat selalu mengiringi.

"Semoga suami suami kita selamat pergi balik cari rezeki, dikurniakan hati yang tenang supaya kebaikan itu semua kita dan keluarga dapat rasa," katanya.

Syifa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.



Dalam hantaran sama, Syifa mengakui rasa rindu sewaktu mereka bercinta dan selepas berkahwin adalah berbeza.

"Berbeza sangat perasaan rindu bercinta dengan rindu dah kahwin. Rindu dan risau, risau yang ke arah keselamatan dia.

"Kalau bercinta risau pada benda yang bukan-bukan, bila dah kahwin kita je kenal suami kita luar dalam. Dia juga yang kenal kita luar dalam, bukan orang lain termasuk keluarga," termasuk.

Sekadar info, Safawi yang juga pemain skuad Terengganu FC kini berada di Bangkok bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala ACC Shopee.

Imbas kembali, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada November 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia setahun.


Sumber- OHBULAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 6-2-2025 08:24 AM
tp mmg serius, pondan sana lawa2 weh. tgk kulit depa, giler iols rasa insecure sbg pompuan. hahaha!
Quote virgocircus 6-2-2025 10:34 AM
BoongaKertas replied at 6-2-2025 08:24 AM
tp mmg serius, pondan sana lawa2 weh. tgk kulit depa, giler iols rasa insecure sbg pompuan. hahaha!

Tau xpe..tgk jelah si ploy tu. Lawo sampai boipren(now suami) chaebol sangkut dgn dia.
Quote tagas 6-2-2025 10:37 AM
Lawa n pandai menggoda

banding wanita tulen kita yg kayuuuuu

Quote clueless_gamer 7-2-2025 06:03 AM
tapi diorang mengaku kalau pondan ni kalau ditanya. so tanya dulu sebelum angkut ye, kat sana jantina ke tiga ni mcm di iktiraf juga dlm masyarakt.. pelik kan

[youtube]eHxVvqzEtmc[/youtube]

pada satu sudut org siam ni hebat bertomoi.. tapi pada satu sudut lagi kita tgk pelik dengan geng nong poy

Quote BoongaKertas 7-2-2025 08:08 AM
virgocircus replied at 6-2-2025 02:34 AM
Tau xpe..tgk jelah si ploy tu. Lawo sampai boipren(now suami) chaebol sangkut dgn dia.

wehhhh, tu legit lawa ya. hahaha! iols insecure tgk bdn and kulit heols.
Quote marchikobonzo 7-2-2025 10:00 AM
Insecure kah?
Quote febreze 7-2-2025 10:15 AM
lawa2..  hati2 pakai protection dan jgn bg diaorg jol0k mont0t laki korang ahahaha pelik laki str8 serahh lub4ng pd ponen thailand ahaha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.130310 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top