CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kejap Itu, Kejap Ini!' - Doktor Sahkan Ada Ketumbuhan Di Paru-Paru Anak Amyza Aznan

5-2-2025 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9042| Komen: 19

Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail, 18, selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.



IG

Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.

"Doktor beritahu selepas buat pemeriksaan X-ray hanya ada sedikit saja bendalir di paru-paru Andre dan selebihnya adalah ketumbuhan.

"Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.

"Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya yang dirawat di hospital di Ampang.




"Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.

"Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.

"Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh," katanya.


IG

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza mohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.

"Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail," katanya berserta tanda pagar #thepowerofdua.


Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 5-2-2025 07:42 PM
Vape?

Semoga cepat sembuh

Kemain nama anak pon..
Quote Orix 5-2-2025 10:58 PM
Lorh pegi spital gomen ke ? Bukan sheols htr anak dia skola private ke ? Xkan x amek insurans
Quote Shayang 5-2-2025 11:14 PM
Orix replied at 5-2-2025 10:58 PM
Lorh pegi spital gomen ke ? Bukan sheols htr anak dia skola private ke ? Xkan x amek insurans

Mungkin skrg dh tak senang sgt kot, suami dia pun sakit kan
Jd aku rasa skrg ni dia sorang2 jelaa mencari rezeki
Aku dh lama tak tgk anak2 dia rupanya ank dh besar panjang dh
Quote doubleA 6-2-2025 01:49 AM
Iols doakan anak amyza cepat sembuh dan urusan amyza dipermudahkan. Iols kesian dgn org sakit dan faham la dia as ibu punya risau sesambil kerja lagi. Semoga doktor dapat jumpa punca dan rawat
Quote zehra2 6-2-2025 02:04 AM
moga anak amyza cepat sembuh dan dipetmudahkan urusan.
elok lah antar hospital gomen. ada kepakaran dan kos pun rendah.
Quote phalanx 6-2-2025 07:15 AM
ayat amyza tak sama pun macam tajuk. reporter CARI book seat awal ke dekat neraka? tanya jerrr
Quote Minami2013 6-2-2025 07:19 AM
Moga dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesembuhan buat anak amyza.

Quote TomyamPuteh 6-2-2025 08:03 AM
Sedih dan risau wooo bila anak2 tak sihat.
Quote msdummy.2018 6-2-2025 11:45 AM
Apa masalh tt kejap itu kejap ini? Saja nk cr perhatian jugak mcm influencer kah?
Quote msdummy.2018 6-2-2025 11:45 AM
phalanx replied at 6-2-2025 07:15 AM
ayat amyza tak sama pun macam tajuk. reporter CARI book seat awal ke dekat neraka? tanya jerrr

Mmetik kata2 leona

"I am attention seeker"....
Quote cikatilia 6-2-2025 03:12 PM
msdummy.2018 replied at 6-2-2025 11:45 AM
Apa masalh tt kejap itu kejap ini? Saja nk cr perhatian jugak mcm influencer kah?

tu dia quote IG post si amyza tuh


Quote cikatilia 6-2-2025 03:12 PM
phalanx replied at 6-2-2025 07:15 AM
ayat amyza tak sama pun macam tajuk. reporter CARI book seat awal ke dekat neraka? tanya jerrr


Quote msdummy.2018 6-2-2025 03:20 PM
cikatilia replied at 6-2-2025 03:12 PM
tu dia quote IG post si amyza tuh

Ohhh ok...bengong gak amyza..status mengundang kecam..jwb reporter penuh dgn sopan ek
Quote cikatilia 6-2-2025 03:32 PM
msdummy.2018 replied at 6-2-2025 03:20 PM
Ohhh ok...bengong gak amyza..status mengundang kecam..jwb reporter penuh dgn sopan ek

kan??
ingat anak dia mcm mesin senang tgk ooo battery kong. oo wayar putus... ooo ariel dia bengkok/

dan kalau disebab vape mmg payah la nak ckp apa2

Quote phalanx 6-2-2025 03:36 PM

terima kasih atas pencerahan.
Quote msdummy.2018 6-2-2025 03:36 PM
cikatilia replied at 6-2-2025 03:32 PM
kan??
ingat anak dia mcm mesin senang tgk ooo battery kong. oo wayar putus... ooo ariel dia bengko ...

Tahnya..kalo doc tuh ahlil nujum leh lah nmpk terus apa mslh..scann ajee..nih doc tuh manusia..bukan tuhan punnn

Kalo ank dia bukan smoker, bukan kaki vape, aku simpati dn berharap diberi kesembuhan

Tp kalo sebaliknya, sndr mau ingtlah..kalo rasa xtakut mati dn gmbira untuk susahkan org sekeliling, ko merokok n vape smpi nafas terakhir ko..rokok dan vape tuh lebib oenting dr nyawa kooooo
Quote syamzana 6-2-2025 04:33 PM
anak masuk spital 2/3 hari pun rasa lama giler dgn tak tenang duduknya mcm2 hal. dok plak spital gomen lagi la yg menunggu tu hazabbbb. tp ni anak dah beso maybe sesekali mai tggu jaga berulang tp tetap letih.
semoga cepat sembuh, mak pun takyah merempan byk sgt. dah nama pun sakit hadap je laaa kejap itu kejap ini pun
Quote immortallez 6-2-2025 04:36 PM
Normal la hospital gomen. Kalau tak mampu hntar swasta, jangan bnyak komplen. Berderet pesakit lain yg tunggu giliran. Tenguk bahagian kecemasan & kemalangan je pun dah cukup
Quote MissVixen 6-2-2025 04:51 PM
Vape lagi bahaya dari rokok seludup gudang garam. Berhenti lah hisap vape. Negara2 jiran dah lama haramkan vape ni. Malaysia ni meriah buat macam2 perisa. Budak sekolah, perempuan pun ramai hisap.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.041602 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top