CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wany Hasrita Cerewet, Kerap Tukar Pengasuh Demi Keselamatan Anak

7-2-2025 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9039| Komen: 4

Kejadian anak perempuannya dihayun kuat ketika digendong membuatkan penyanyi Wany Hasrita lebih berhati-hati dalam mencari pengasuh.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, berkata, tindakan itu mungkin tidak serius namun dia bertanggungjawab dalam melindungi anaknya daripada kejadian tidak diingini.



IG

"Mungkin ada anggap itu perkara biasa tapi saya pula lihat pengasuh 'burn out'.

"Jadi saya rasa kalau dia tidak boleh bekerja, tak perlulah bekerja dan dia boleh berehat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wany mengakui disebabkan kejadian itu dia kerap bertukar-tukar pengasuh sehingga bertemu seseorang yang serasi menjaga anak perempuannya.

Kata Wany, dia tidak akan bertolak ansur perkara membabitkan anaknya selain tidak mahu memaksa pengasuh bekerja jika tak mampu mengikut kehendaknya.


IG


"Ada beberapa perkara saya tak boleh bertolak ansur seperti kalau mereka mempunyai penyakit kulit atau beri alasan tak boleh basuh baju. Macam mana?

"Saya pun tak mahu orang bekerja dalam keadaan terpaksa. Saya memahami dia manusia dan tak boleh senang-senang mengerah tenaganya," jelasnya.

Bagaimanapun kata Wany, dia lega apabila sudah bertemu dengan pengasuh yang serasi dengan anak perempuannya.

Apatah lagi, tugas menjaga anaknya iaitu Aishah Al Iman turut dipantau oleh ibunya yang menetap bersamanya.

"Alhamdulillah sekarang ini memang sudah ada pengasuh tetap yang Aishah selesa.

"Saya bersyukur dan boleh bekerja dengan tenang sepanjang dua bulan ini," kongsinya.

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lampuled 7-2-2025 10:35 AM
Betul. Kalau berduit apa salahnya memilih yg terbaik untuk anak². Jgn bg yg aneh² mengasuh anak kita. Sikit sebanyak ada impak.
Quote zehra2 7-2-2025 10:41 AM
amik laa nanny lebih dari sorang kot gitu.. tkde lah burn out kerja
Quote doubleA 7-2-2025 10:42 AM
Omey ecah
Quote LadyCarefree 7-2-2025 11:01 AM
zehra2 replied at 7-2-2025 09:41 AM
amik laa nanny lebih dari sorang kot gitu.. tkde lah burn out kerja

Macam Siti tu terbaik. Ambil qualified nurse jadi nanny dan takde buat tugas2 lain. Khas sbg nanny saja.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073194 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top