CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harris Alif Mengucap Kerap Dapat Gambar Tak Senonoh, Mengaku Pernah Digoda Rakan Industri

7-2-2025 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13740| Komen: 22

Penyanyi dan pengacara, Harris Alif mengakui dirinya pernah berdepan dengan godaan daripada wanita lain, termasuk rakan industri. 

Bagaimanapun, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, mengambil pendekatan untuk tidak melayan kerana sedar dirinya kini berstatus suami orang. 


“Sudah semestinya ada, tapi perkara ini berbalik pada diri kita sendiri. Kalau saya kuat untuk menangkis semua benda tu insya-Allah tak ada apa-apa lah.


IG

“Tapi gangguan tu ada DM (mesej langsung). Menjadi-jadi godaan selepas dah kahwin, suami orang dia kata bertanggungjawab, rakan artis pun juga.

“Tapi jangan melayan je lah, saya ambil konsep jangan terlalu melayan. Kalau terlalu melayan kan nanti jadi masalah juga kan

“Jadi saya pun dah sedar diri saya ini suami orang jadi kena kawal sendiri lah,” katanya kepada Gempak. 


Harris Alif berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media Puasa Raya RTM yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pada masa sama, bapa kepada dua anak itu turut mendedahkan antara gangguan yang diterima termasuk mesej dan gambar yang tidak senonoh. 

“Gambar macam-macam, mengucaplah kalau tengok. Memang tak sedap mata memandang lah orang kata, lagi-lagi perempuan.

“Tak adalah setiap hari tapi boleh kata kerap jugalah. Seram-seram saya padam je.

“Padam je lah takkan nak tengok dan simpan gambar-gambar tu,” kongsinya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Terindah itu turut menegaskan dia selalu bersikap terbuka dan sentiasa berkongsi dengan isterinya, Intan Ladyana, mengenai gangguan tersebut. 

“Memang saya kongsi, Dia gelak je lah Sebab dia tahu saya macam mana.

“Mungkin sebab dia dalam industri. Jadi, dia lebih faham. Saya rasa kalau saya dapat isteri yang luar dari industri mungkin akan jadi konflik.

“Saya tunjuk je dan kongsikan dengan isteri. Telefon anak saya pun ada akaun saya. Saya sangat transparent,” ujarnya. 

Sekadar info, Harris Alif Nor Rashidi dan Intan Ladyana mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Evie, 2 tahun dan Umayr yang berusia lapan bulan.


Sumber- Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 7-2-2025 10:38 AM
xdinafikan dieni mmg nmpk tasty sejak jd bapak2...smoga perkahwinan diorg ni happy2 je xde yg nak menyondol or harris ni yg sngaja cari pasal
Quote BoongaKertas 7-2-2025 10:55 AM
moga kekal perkahwinan diorng. iols suka keluarga kecil ni.
Quote LadyCarefree 7-2-2025 11:04 AM
Lidi pun ada kacau kah? - sekadar spekulasi stir the pot. Hahahaha
Quote PULANGKAN 7-2-2025 02:11 PM
adeqbun replied at 7-2-2025 10:38 AM
xdinafikan dieni mmg nmpk tasty sejak jd bapak2...smoga perkahwinan diorg ni happy2 je xde yg nak me ...

yup, jenis lelaki late bloomer orang panggilmasa zaman remaja, awal 20-an, nampak biasa, or nampak budak2
nanti lepas kahwin, atau menginjak masuk 30-an. tudiaa, aura diorang
kena ganggu, kena ngorat tu jadi kebiasaan. kena kuatkan iman je, demi agama, dan keluarga
Quote suri33 7-2-2025 06:16 PM
Cuba sebut nama rakan industri tu haha. Tak tau malu.
Quote SalenaGomez 7-2-2025 06:25 PM
“ Mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Evie, 2 tahun dan Umayr yang berusia lapan bulan.”

Apooo 2 pasang??? Suppose sepasang cahaya mata lah
Quote doubleA 7-2-2025 06:27 PM
Iols suka family ni, anak pn comel. Till jannah. Toksah la jaki kt harris ni kesian intan kang
Quote mrseller 7-2-2025 07:39 PM
dia ni belakon jadik anthony loke drama DAP ngam
Quote talia 7-2-2025 08:56 PM
Sweet diorg ni. Semoga berkekalan
Quote Qatrunnadaain 7-2-2025 09:02 PM
Anak comel2 sungguh. Menjadi genetics diaorg dua ni.
Quote Acik2kepam 7-2-2025 09:31 PM
Nih baru betul suami yg bgtau diganggu,
Kebanyakkan bini jaa yg beria2 marah org ketiga kacau padahal sendiri tau laki dia yg nak juga dgn org ketiga tu.

Lelaki kalau dia tanak mmg dia sendiri je tepis bitau tanak, dia sendiri gak akan cerita kat bini ada tino sekian2 kacau dia.

Yg camni boleh laa bini tu nak marah nak report gangguan org ketiga.
Kalau laki melayan juga tak leh la nk wat report sbb si suami tu tak merasa terganggu pun
Quote immortallez 7-2-2025 11:31 PM
Haris walaupun muda tapi dia matang. Semuga berkekalan la rumahtangga mereka berdua. Tapi tak dinafikan Intan dah mula nampak berusia sekarang
Quote Farnor 7-2-2025 11:39 PM
Beranak lagi intan.. Mana tau ada ank no 3 kekekeke. Semoga bahagia selalu pd couple ni.
Quote lyshafull 7-2-2025 11:52 PM
dia ni nmpk sgt matang walaupun muda mmg rezeki intan even kahwin lmbat alhamdullilah dapat anak sepasang
Quote seibei 7-2-2025 11:52 PM
mrseller replied at 7-2-2025 07:39 PM
dia ni belakon jadik anthony loke drama DAP ngam

drama tayang kat mana?
Quote ciksom 8-2-2025 07:27 PM
Gambar kat atas muka berdua macam sama je.
Quote sharlenetexas 8-2-2025 08:44 PM
Tak sangka intan jadi low profile.

Quote innocentsangat 8-2-2025 09:03 PM
Ni baru betul cerita yang seronok utk dikupas. Haha. Syabas modmod.

Tolong bagitahu siapa yang gatal sgt kemaluan tu. Biar kena banned mcm kejadian 3 pagi.
Quote doubleA 8-2-2025 09:10 PM
lyshafull replied at 7-2-2025 11:52 PM
dia ni nmpk sgt matang walaupun muda mmg rezeki intan even kahwin lmbat alhamdullilah dapat anak sep ...

Khen? Better la harris ni dari ex intan yg peram dia lama2 tu sikamaldeli

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top