CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gurauan Tiada Sekatan Buat Sesetengah Orang Tak Selesa - Scha Alyahya

7-2-2025 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17751| Komen: 11

Bukan sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat.

Pelakon Scha Alyahya antara yang galak memberikan pelbagai pengisian menerusi media sosialnya dengan mengetengahkan pelbagai hantaran.



IG

Antaranya mengingatkan masyarakat terutama berkaitan budaya mempersendakan seseorang, termasuk menghina wajah, badan atau fesyen.

Ujar pemilik nama lengkap Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, budaya menjenakakan bentuk tubuh dan fizikal seseorang harus dihentikan walaupun sekadar gurauan kerana mampu mencetuskan rasa kurang selesa pihak lain.

“Apabila ‘face shaming’ (mempersendakan wajah) diketengahkan dalam media sosial itu bermakna benda ini sangat toksik.

“Ini adalah masa untuk hapuskan. Dahulu bukan tiada kesedaran tetapi kita rasa gurauan.


“Kadang-kadang gurauan tiada sekatan sehingga buat sesetengah orang tak selesa,” katanya kepada HibGlam.

Berkongsi lanjut, pelakon filem Air Force: The Movie – Selagi Bernyawa itu menjelaskan budaya henti menghina seseorang sudah dididik dalam pelajar agar dapat menjaga hati orang sekeliling.


IG

“Sekarang kena lebih sedar dan sensitif dengan apa kita buat. Dahulu bila bercakap kita akan rujuk badan atau wajah untuk menggambarkan seseorang.

“Benda ini sudah dimulakan di sekolah, jangan guna wajah, badan atau perkara sensitif sebaliknya jaga sensitiviti dengan orang lain. Niat kita tiada apa cuma perkara tersebut jadi kurang ajar, itu yang kita tidak mahu.

“Mempersendakan fesyen seseorang selagi tidak lukakan hati, tak langgar sempadan dan tahu limit, tak mengapa. Bermula dari sekarang dan praktis, lama-lama kita akan faham,” ujarnya lagi.


Sumber- Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-2-2025 11:08 AM
Scha ni orangnya sgt2 friendly. Takde kekwat sikit pun. Sangat chill.
Quote imransulaiman 7-2-2025 06:16 PM
Ni mesti sebab ada yang nose-shaming dia...tu lah dia bersuara.

Aku bukan nak kutuk ciptaan Allah...tapi kalau muka mengada macam Pajeli Yakup tu...hmmmmmm entahlah
Quote sharlenetexas 7-2-2025 06:19 PM
imransulaiman replied at 7-2-2025 06:16 PM
Ni mesti sebab ada yang nose-shaming dia...tu lah dia bersuara.

Aku bukan nak kutuk ciptaan Allah.. ...

Iols tgk hidung buatan cikbuah terus terfikir sebijik hidung oo
Quote zuriey 8-2-2025 08:10 AM
Kalau tak boleh shaming kena la haramkan ayat perangai sama hodoh dgn muka
Quote QueenGambit 9-2-2025 06:25 PM
imransulaiman: Ni mesti sebab ada yang nose-s ...


Hidung dia comel je
Quote DARSITA 10-2-2025 07:17 AM

anak anak dia kena kutuk lagi ke? dulu tak bagi dibandingkan dgn anak cik Ta.
Quote Incanto 10-2-2025 07:30 AM
envy sgt scha….cantik dan stylo yg effortless
Quote MadameOnion 10-2-2025 09:40 AM
tu la..kekadang seronok face n body shaming..tapi bila kita balas balik merentan rentan si pelaku..kekadang aku balas cara sarkastik je...sentap sampai hujung tahun
Quote MadameOnion 10-2-2025 09:41 AM
DARSITA replied at 10-2-2025 07:17 AM
anak anak dia kena kutuk lagi ke? dulu tak bagi dibandingkan dgn anak cik Ta.

i prefer tengok anak2 scha..comel dan nampak terurus..si ecah tu gigi pun malas gosok..ni bukan face shaming..tapi personal hygiene
Quote marchikobonzo 10-2-2025 10:23 AM
Scha ni cantik & stylish
Quote talapia 10-2-2025 03:19 PM
Incanto replied at 10-2-2025 07:30 AM
envy sgt scha….cantik dan stylo yg effortless

effortless tu bethol...

ada aku tgk challenge apa ntah dia dengan awal buat..
awal pilihkan padanan baju utk scha.. scha pon pilih padanan baju utk awal.
end up tetap stylo weh... walau dia pakai sebelah heels sebelah flat. seluar pendek apek.. match combo dia memang melalut la.. tapi bila Scha yang pakai.. jadi lawa...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.181761 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top