Hikmah di sebalik tiada tawaran berlakon selepas terpalit dengan kontroversi sebelum ini, pelakon dan pendakwah selebriti Da’i Syed mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama isteri dan anak.
Kata Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, dia berasa gembira dan teruja kerana dapat melihat anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini memasuki enam bulan membesar di depan matanya.
“Masa itu adalah emas. Jadi saya banyak menghabiskan masa saya walaupun 1 saat, saya tengok anak besar depan mata. Alhamdulillah walaupun tiada tawaran itu dan ini, tetapi saya dapat tengok anak membesar.
“Daripada saya tinggalkan dia selama 16 hari dan sampai sekarang hampir enam bulan. Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Syed berkata dia tidak pernah berniat untuk berehat daripada industri lakonan dan sentiasa membuka tangan sekiranya mendapat tawaran.
Bagaimanapun aktor tersebut meletakkan syarat yang dia hanya mahu melakonkan watak Islamik.
“Sekarang ini memang tiada tawaran. Bukannya berehat, saya masih membuka tangan (untuk berlakon). Namun saya memilih tawaran iaitu watak ustaz ataupun pendakwah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Syed merupakan salah seorang pelakon dalam Filem Dajal: Satu Malam Di Pedajal yang di pawagam bermula Khamis.
Selain Syed, pelakon yang turut membintangi filem arahan Pierre Andre itu adalah Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|