Lama menyepi, kemunculan penyanyi terkenal era 80-an, Datuk Laila Utama Hajah Mazuin Hamzah di konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-11 mencuri tumpuan ramai. Masih jelita pada usia 61 tahun, ramai tertanya-tanya adakah penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Palsu Itu bakal menyertai Gegar Vaganza musim hadapan. Mazuin yang juga sepupu kepada penyanyi terkenal Amy Mastura itu pernah mencipta populariti pada era 80-an menerusi beberapa album solo dan duet bersama abangnya, Mazlan Hamzah serta kumpulan Quinary M. Nama Mazuin menjadi sorotan ramai selepas dilamar putera raja Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan pada Disember 1987 dalam acara yang penuh gilang gemilang. Namun jodoh pasangan ini tidak panjang apabila bercerai pada 2003. Bersama Pengiran Muda Sufri Bolkiah, Mazuin dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Khaaliq.
Sejak bercerai, Mazuin lebih selesa menjalani kehidupan privasi. Sesekali kelibatnya dilihat di beberapa majlis bersama rakan selebriti seperti Salwa Abdul Rahman. Kehadiran Mazuin di konsert akhir GV11 seakan memberi bayangan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali menjadi tumpuan lensa hiburan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
pocongkiutss replied at 11-2-2025 10:53 AM
Tu dia ke..lain nyah
Prickford: Pengiran Muda Sufri Bolkiah tu ...
makita replied at 11-2-2025 11:41 AM
Nampak cantik dan lain sebab selalu dia dengan rambut kemek leper. Terserlah kecantikan dia dlm ga ...
chandrahusin replied at 11-2-2025 12:40 PM
Mazuin dulu lawa betul
GV panggi la lead singer band dulu2 jgk mcm Acong Sweetchild. Budak Kacamata ...
pocongkiutss replied at 11-2-2025 05:20 PM
Kalau dicompare dgn maizurah hamzah..iols rasa maizurah hamzah lagi cantik..diorg ada kena mengena ...
miamiot replied at 11-2-2025 01:09 PM
I thk tak payah masuk la sbb suara dia ni sengau ... Tak tau skrg camne. Makcik iols ckp dia ni ada ...
imransulaiman replied at 11-2-2025 05:49 PM
Kakak aku cakap dulu-dulu memang kerabat Brunei selalu jemput artis-artis Malaysia ke ke sana untuk ...
ADVERTISEMENT