CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Murid Makin Biadap, Degil, Menipu..Dengarkan Luahan Guru Ini

8-1-2016 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10698| Komen: 24

Oleh Adib ZA


Pelbagai kisah tak sedap yang didengari tentang anak-anak masa ini. Yang degilnya, biadap dan pandai pula menipu.


Kalau nak diceritakan satu persatu, memang takkan habis berhari-hari. Begitulah perumpamaannya tentang betapa liarnya generasi masa ini.


Pucuk pangkalnya, adalah ibu bapa. Tugas mendidik dan membentuk anak-anak ini bermula di rumah. Jangan serahkan bulat-bulat kepada guru untuk menjadikan anak anda 'orang'.


Malah, tak keterlaluan juga ramai ibu bapa yang pantang diusik anak mereka. Saman dan serang terhadap guru adalah jawapannya. Sebab itu, semakin menjadi-jadi sikap kurang ajar di kalangan anak-anak. 


Seperti luahan seorang guru ini, bukan mahu memburukkan pelajarnya sendiri. Tapi dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap dan akhlak mereka. Dalam status yang ditulisnya di laman sosial, bukan sahaja rasa marah dan kecewa, namun kasihan melihat bagaimana anak-anak ini nanti bila keluar dari sekolah.


Dia juga memberi pesan kepada para ibu bapa. Selain tunjuk ajar, sumber rezeki halal juga sangat berkait rapat dengan sikap anak-anak. Hati mereka menjadi keras jika disuapkan dengan rezeki tidak halal dan juga tidak dekat dengan agama. 



Gambar hiasan. (sumber: Google)



Pesan untuk para guru, jangan berhenti daripada terus memberi inspirasi kepada anak-anak ini, mana tahu suatu hari nanti lembut hatinya mudah dilentur.


Buat para ibu bapa juga, jadilah ibu bapa yang terbaik untuk bentuk anak yang berperibadi baik. - CARI Infonet


19

Bagus
25

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
12

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Emperor95 8-1-2016 04:05 PM
In shaa Allah.
Quote pooh~key 8-1-2016 04:14 PM
dah mak bapak kena buat #2kerja , manalah nak ada masanya nak tengok bebudak. rasanya dah sampai masanya untuk kiamat je kot. biar mampos pupus spesis2 haramjadah ni. dah tak ada harapan lagi dah...
Quote hambaallah1709 8-1-2016 04:16 PM
setuju...
budak sekolah rendah pon ade yang boleh tahan gak biadap nye....
hmmm..
Quote krustykrab 8-1-2016 04:26 PM
cikgu pun jgn la poyo sgt....bantu la sama parents dlm memantau anak2 murid....mcm mana parents nak pastikn anak2 buat hw, kalau cikgu pun poyo, tanya pasal hw melenting pulak pasal lain...
kalau parents duk sebelah anak2 dlm kelas boleh la parents pantau sendiri, cikgu pun kena ingat lain budak lain pangai, kalau dah cikgu pun x nak bg kerjasama, hmmmm

Quote Mulan 8-1-2016 04:32 PM
Saja nk tepek sini..
Motivasi 2016 untuk Para Guru ms yang berwibawa dan mulia

Assalamu'alaikum.
TIGA BELAS MOTIVASI
untuk para Guru

Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
__________________________
MOTIVASI PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

MOTIVASI KEDUA Terimalah  pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

MOTIVASI KETIGA  Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

MOTIVASI KELIMA  Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

MOTIVASI KEENAM  Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

MOTIVASI KELAPAN  Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".

MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru,  kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLASSABAR ISTIQAMAH
___________________________
       ..
Quote LuLu^Lost 8-1-2016 04:57 PM
Betul cakap cikgu yg luahkan rasa hati ni. Masa zaman persekolahan saya sekitar tahun 1997-2000, yang nakal dalam sekolah 2-3 orang je. Dalam sekolah ok! Bukan dalam kelas. Sekolah. 2-3 orang ni menjadi sbb bergeng. Kalau dia sorang2 tak jadi. Mmg dia sendiri terkulat2 kalau sorang2

Mungkin yang komen tak setuju dlm ni antara yg nakal kat sekolah kot . Sumber pendapatan yg mak ayah dpt, disumbat dalam mulut anak antara penentu sikap anak suatu hari nanti. Saya setuju tu. Kalaupun kita tak risau dia nak buat apa pada cikgu tu nanti (kekdah lantak pi) sekurang-kurangnya kita kena risau apa si anak tu akan buat pada kita suatu hari nanti. Jadi jangan disuap anak dengan duit yg sprm jumpa dalam mesin basuh tu . Takut nnt si anak jadi kaki spin nanti.
Quote theotherfriend 8-1-2016 05:03 PM
Cikgu oiii..
Murid tu mcm cermin. What u give u get back.

Sometimes, dgn cikgu lain elok je murid bergelak ketawa, dgn certain cikgu, mmg kurang ajar la plak..

Respect has to b earn cikgu.tapi ada juga bdk yg semulajadi biadap, jumlah x ramai tp kot cikgu dh unfren murid sbb nak menulis luahan hati mcm tu, might b murid lain pun akan kurang ajar dgn cikgu. Sekian
Quote Mary_jane 8-1-2016 05:34 PM
Kalau degil sangat pensilkan aje. Merana lah sapa jadi anakanda ku.
Quote periakuning 8-1-2016 05:46 PM
Cikgu kena fleksibel juga..jgn strict formal memanjang..some students tak suka dilayan seperti kanak2, mungkin buleh try pendekatan lain untuk setiap murid..

Kalau buleh buat suasana kelas happy kadang2,;tegas pun ade, puji betul2 kalau student buat benda bagus dan jgn malu mengakui kesilapan even dengan anak murid sendiri..jgn ego tak bertempat..

I was lucky i had great teachers..
Ustaz yg sngt lembut pendekatan tapi tegas..cikgu bm yg happy go lucky tapi tegas..cikgu kimia yg childish tapi sangat mudah paham ape yg diajar..cikgu fizik yg tries hard untuk permudahkan ape yg diajar..cikgu math yg sngt tegas tapi reasonable..dan lain2..thank you teachers..i had a great time back then.. now i am enjoying my present life..very challenging and i am loving it very much..
Quote Artemesiaa 8-1-2016 11:01 PM
Dua dua belah pihak tak kira le guru atau ibubapa sendiri kenalah sama2 menyumbang untuk memperbetulkannya.  Tak perlu nak menunding jari sapa yang salah sapa yang tak menjalankan tangungjawab itu.  Disebabkan mereka lebih banyak masa dirumah dan asal mereka pun dari rumah jadi ibubapa kena lebih mainkan peranan dalam hal ini.
Quote salmon-suki 9-1-2016 03:53 AM
Mulan replied at 8-1-2016 04:32 PM
Saja nk tepek sini..
Motivasi 2016 untuk Para Guru ms yang berwibawa dan mulia

mungkin dalam banyak2 point tu nombor sebelas tu agak sukar kot...skrg ni ramai y jadi cikgu sebab xde pilihan kerjaya, being a teacher is the LAST option for them. bile mengajar jadinya kurang ikhlas..time adik sy sekolah rendah tu mmg ramai cikgu y jenis gitu..dah la mulut tu, ya Allah, mmg hazab! mencarut,memaki murid2 tu da jadi perkara biase..siap ugut murid2 lagi..y tambah geram tu, mengajarnye xdela banyak mana pun,sekadar suh murid2 buat latihan aje n then die just marks..pernah sekali tu kira markah pun xbetol..elok2 my sis nak dapat best grade tp jadi good grade jer..

tp my sis ni sebab takutkan cikgu tu,xsanggup nak betolkn marks tu..takut nanti cikgu tu target die..kang x memasal kena perli,kutuk,xpun physical abuse by that damned teacher..

kitorg igt nk report tp yela,pengetua pn sama jgk hazab,money minded..jenis sedut duit sekolah and x amek kesah report parents ni unless parents tu ada pangkat tinggi or org vvip,vip, whatsoeva laaa..so smpai skrg dgr2 that useless teacher still hidup memparasit kat sekolah tu n mengajar my kezen pulak..tp gitu jela cara die "mengajar".....hampeh as usual...i do sincerely pray for her and any teacher y berperangai exactly as her supaya diberi kesedaran...cukup2 laa makan duit dgn cara tu.......cikgu galas tanggungjawab y besar,so sblm sesiapa y jadi cikgu tu,persiapkn diri, IKHLASKAN hati tu supaya apa y kita nak sampaikn akn mudah diterima oleh students,n yang penting kerja tu mendapat berkat..panjang lak membebel,..soriiiii TT..ekekeke~~
Quote bluehedgehog 9-1-2016 08:19 AM
sian cikgu
mak bapa sibuk membiak
tugas didik anak lpas kpd cikgu
Quote krustykrab 9-1-2016 01:33 PM
bluehedgehog replied at 9-1-2016 08:19 AM
sian cikgu
mak bapa sibuk membiak
tugas didik anak lpas kpd cikgu

Hekhok anak brp orgdah? Lol
Quote Minami2013 9-1-2016 02:17 PM
Anak2 ramai terbiar skrg... ckp ngan parents pun biadap apatah lagi la dengan cikgu...
Quote rina0602 9-1-2016 03:17 PM
Sebab tu aku xnk jadi cikgu.zaman aku pun ada yg nakal,membayangkan zaman2 akan dtg berganda2 nakalnya nak kena handle..memang tak la.
Quote mommymonster82 10-1-2016 12:21 AM
Edited by mommymonster82 at 10-1-2016 12:26 AM

Me selalu nasihtkn my students
Sikap kmu adlh cermin ibu bapa kamu...
Klu kamu syg mereka..tunjukkan sikap yg membanggakn kedua ibu bapa kamu...

Alhamdulillah....setkt ni mmg berkesan utk murid2 yg mmg rapt hubungan dgn ibu bapa.... murid yg biadap dan sukar di kawal ni..dr pengalaman me..ada 3 punca ye cikgu2.....me kongsi di sini
1. Sbb hubungan dgn ibu bapa xbaik..atau tak rapat...marah n geram dgn ibu bapa sendiri sebenarnya..so dia pndang semua org dewasa mcm ibu bapa dia yg dia benci....ada isu di rumah sebenarnya yg xsettle so terbawa2 ke sekolah... plus cikgu pon tunjuk sikp xpeduli or ada sikap yg sama mcm ibu bpa dia buat..so dia xsuka n dia memberontak.. so murid ni sgt kesian... n perlukn kasih syg..tunjukkan keprihatinan kita insyaallah kita akan dpt sikap yg baik dri dia... sama juga ngan budak2 yg kurg rapt dgn ibu bp dr golongan pendptn rebdah..mk ayah sibuk keje xde masa utk anak2..atau rumh sempit nk beljr pon xselesa adik beradik ramai..so budak gini mmg cikgu peelu bntu n tunjuk kasih syg....yang ke 2.... anak yg terlebih manja... mak bapak didik dia jd tuan..so dia igt dgn kita pon gitu juga..dtg sekolh cikgu yg kena ikut dia sbb mak bapanya pon didik dia gtu..semuanya dibg... murid gini kita kena tunjuk kuasa skit..n tunjuk whos the bos... yg ni pon ramai skrg budak2 gini..terlebih manja..tak pernah ditegur..mak ayah bagi jer semua..n turutkn segala kemahuan.. cikgu marah pon mak bapk dtg sekolh n marah cikgu balik..so jenis yg kedua ni mmg payah n pihak pengurusan kena bantu guru..panggil ibu bapa berbincang klu xnak juga n xmkn saman...sila bawa ank utk tukar sekolah lain.. kuasa ni pengetua jer yg ada kuasa gini sbb tu nk handle kes gini kena bantuan dri pihak pengurusan tertinggi sekolah..cikgu aper2 sj perbuatan budak ni rekodkan n buat senarai hntar pada guru disiplin n pihak pengurusan..so cukup sebarai kesalahan budak gini boleh digntung n buang sekolah..ikut jer prosedur xyah nk nasiht lebih2... lebih baik bg perhatian n masa kita  pd murid yg lebih memerlukn terutamanya budak sepperti kes yg pertama di atas... ke 3 murid ada masalh mental ataupon masalh pembelajaran spesifik.. ...yg ni elok dirujuk pd kaunselor n minta ibu bapa bawa jumpa doktor...
Quote barfi 12-1-2016 08:33 AM
mommymonster82 replied at 10-1-2016 12:21 AM
Me selalu nasihtkn my students
Sikap kmu adlh cermin ibu bapa kamu...
Klu kamu syg mereka..tunjukk ...

Akak cikgu sekolah menengah ke rendah kak
Quote mommymonster82 12-1-2016 10:04 AM
barfi replied at 12-1-2016 08:33 AM
Akak cikgu sekolah menengah ke rendah kak

Menengah...
Quote mizkajura 12-1-2016 10:50 AM
anak2 ni kat rumah tak di didik, tak displin kat rumah....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071980 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top