CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak kacak, gemuk-Iqbal Zulkefli sedar diri, tak sekufu dengan Diana Danielle

12-2-2025 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12967| Komen: 16|Original author: Raline

Selepas tular foto berpakaian sedondon bersama pelakon Diana Danielle, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

Tiada sebarang hubungan istimewa, Iqbal, 31, memberitahu foto dikongsi itu sekadar gimik bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

d.PNG


Enggan menimbulkan sebarang fitnah membabitkan mereka, Iqbal menjelaskan dia dan Diana bersikap profesional ketika bekerja, lebih-lebih lagi Diana masih memegang status sebagai isteri kepada pelakon Farid Kamil.

"Saya nak jelaskan gambar saya dengan Diana bukanlah seperti apa disangka seperti ada hubungan istimewa dan sebagainya.

"Sebenarnya itu adalah gimik di mana kami berkolaborasi dalam satu muzik video single terbaharu saya.

"Kami berhubung pun hanya soal kerja sahaja dan kami professional, Diana pun masih memegang status sebagai isteri orang... malah di set penggambaran pun kami tidak bersentuhan," katanya Ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Berkongsi lanjut, Iqbal memberitahu dia juga sedar diri dan tidak layak untuk digosipkan dengan Diana.

Malah dia mengakui dirinya tidak memiliki raut wajah kacak, selain bentuk badan juga berisi.

"Lagipun saya sedar diri, siapalah saya ni jika nak dibandingkan dengan Diana.

"Saya ni tak kacak, gemuk pula tu!" ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Iqbal bakal keluarkan single keduanya tidak lama lagi yang berjudul Undur Diri.

Malah kapsyen yang ditulis pada foto bersama Diana merupakan antara lirik dalam lagu berkenaan.

Jelas usahawan itu, kos keseluruhan untuk menyiapkan lagu itu menelan belanja hampir RM200,000.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songket_merah 12-2-2025 06:16 PM
bukan dulu 2 tahun lepas iqbal ni dikenen kan dengan inspektor sheila tu
korang ingat tak
Quote woven11 12-2-2025 06:24 PM
Run DD run……..
Quote doubleA 12-2-2025 06:27 PM
Lainnya kebal, mungkin sebab berisi
Quote Rogue98 12-2-2025 06:28 PM
Mmglah gimik...takde sapa percaya pun lah Iqbal dgn DD...
Quote slyfynx 12-2-2025 06:50 PM
Wujud lagi beliau ni.
kawenkan aje dngan Shamira.
Quote laksmanabentan 12-2-2025 07:24 PM
bukan ker dulu beriya diet segala tu...
nak kurus bagai... ehh kenapa mcm berisi aja nih?
Quote sharlenetexas 12-2-2025 07:50 PM
Sheols dah cerai 2x ke belum?

Quote Shayang 12-2-2025 08:23 PM
Muzik video raya kot
Quote Dorotheas 12-2-2025 08:26 PM
Bagosla tu sedar diri ..muke mcm ebit nnti org trauma
Quote LadyCarefree 12-2-2025 08:28 PM
Yg janda terpaling gelitis lagi xhabis2 feed 'vitamin' kat tololwers.
Quote Perawankota 13-2-2025 01:02 AM
Ari tu telan belon, tak menjadi ke
Quote amyfaha 13-2-2025 03:08 AM
Dia ni bukan telan belon kurus ke? Asal x kurus2?
Quote prince_marhaen 13-2-2025 09:49 AM
bapok gundu bottom forever ni takde rasa malu ke nak feeling2 gentleman eh... walhal semua orang tau kau ponen gemok bottom... acah2 je lebih.. suka attention sangat couple je la nak tokalepsokri
Quote pocongkiutss 13-2-2025 09:53 AM
Rogue98 replied at 12-2-2025 06:28 PM
Mmglah gimik...takde sapa percaya pun lah Iqbal dgn DD...

Tau takpe
Quote annadonna 13-2-2025 10:19 AM
Tak payah explain la Iqbal. Tak ada org tuduh pun. Bukan masalah tak sekufu. Radar tak berdenting pun nak bagitau korang ada spark. Radar lain yg dah lama berdenting denting.
Quote September14 13-2-2025 11:19 AM
Mnyampah jgk dia ni tp bgusla dia coverina xde la nk buat perngai mcm imran bad tu…

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043954 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top