CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui cadang portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dipecahkan

12-2-2025 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21736| Komen: 21|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-12 210204.png


Kuala Lumpur: Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini, mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Chow Yu Hui (PH-Raub) semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

"Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah lama mempunyai exco hal ehwal bukan Islam. Maka peringkat persekutuan juga boleh mencontohi langkah ini untuk menjamin hak semua rakyat.

"Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam.

"Menteri ini boleh melantik seorang pemimpin yang dihormati dalam kalangan masyarakat bukan Muslim untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam," katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan orang bukan Islam mencetuskan kontroversi susulan reaksi pelbagai diterima termasuk dalam kalangan pemimpin di negara ini.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kabinet memutuskan bahawa garis panduan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu tidak perlu.

Mengulas lanjut, Yu Hui berkata, langkah melantik dua menteri ini bukan saja dapat memastikan pengurusan agama yang adil, tetapi turut mengukuhkan perpaduan negara serta mengelakkan mana-mana pihak daripada terpinggir.

"Kedua-dua menteri ini juga dapat berkomunikasi secara mendalam mengenai pelbagai isu keagamaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak perlu.

"Langkah ini akan membantu membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 12-2-2025 10:19 PM
Islam agama rasmi sbb tu perlu ada. Dah kenapa nak tambah lagi bebanan kerajaan nk byr satu lagi kepala.
Quote gigahertz 13-2-2025 01:42 AM
dia bodoh ke apa ? Muslim semua satu agama.
Non-muslim ada banyak agama.
Quote kakikuDibibirmu 13-2-2025 01:54 AM
Menteri Agama Kafir tersenyum sinis
Quote Itzy 13-2-2025 01:56 AM
Edited by Itzy at 13-2-2025 02:05 AM

Sengaja ja puak liberal dpig ni buat kacau sebab nak tunjuk islam bukan agama rasmi, nak tunjuk agama lain sama level dengan islam. Dulu nak minta perdana menteri bukan melayu aka bukan islam, padahal madey tu bukan melayu tulen sebab pak dia india muslim, hanya mak dia ja melayu. Jpn ikut bangsa bapak, kalau bapak melayu maka melayu la anak tu walau maknya cina etc. Tapi mereka ni sebenarnya nak Pm bukan islam aka kafir untuk jahanamkan institusi malaysia yang berteraskan islam.
Quote Itzy 13-2-2025 02:01 AM
Punca utama melayu tak nak sokong anwar sebab puak2 liberal dapig ni la. Agenda puak2 dapig ni sangat menyeramkan. Anwar pula tak nak berpisah dengan dapig liberal kesayangan dia. Padahal dulu elok je pas yg sokong bantu anwar. Lepas bersekutu dgn dapig, pergh terkeluar warna rupa sebenar anwar. Sebab tu aku kata manusia boleh berubah, tapi mak pak aku dok percaya ohh  anwar tu anwar ni bagusssss. Bagus apa jadi boneka puak liberal sepet ni. Tengok website dapig pun dah seram, macam2 dia punya agenda.
Quote Itzy 13-2-2025 02:11 AM
gigahertz replied at 13-2-2025 01:42 AM
dia bodoh ke apa ? Muslim semua satu agama.
Non-muslim ada banyak agama.

Dia nak tunjuk islam ni sama level atau setara dengan agama kafir. Dulu mereka minta PM bukan melayu walaupun mereka tahu atok madey bukan melayu dan keturunan mamak aebab bapak atok madey ialah india muslim. Kalau ikut jpn bangsa setiap anak berdasarkan bangsa atau keturunan belah bapa, kalau bapa dia melayu mak cina, si anak kena ikut bangsa bapa iaitu melayu etc. Tapi mereka puak liberal nak pm bukan melayu atau kafir untuk tunjuk melayu bukan ketua di malaysia ni. Padahal dulu masa nak diterima jadi rakyat negara ni tok nek mereka sanggup terima semua syarat hak keistimewaan melayu. Sekarang cucu cicit mereka diajar untuk mungkir janji dan tak amanah dengan org melayu. Mereka cuba nak kuasai tanah melayu ni seperti mereka kuasai singapura.
Quote Itzy 13-2-2025 02:17 AM
Minami2013 replied at 12-2-2025 10:19 PM
Islam agama rasmi sbb tu perlu ada. Dah kenapa nak tambah lagi bebanan kerajaan nk byr satu lagi kep ...

Sebelum ni kat twitter X ada uncle type c ni minta kerajaan mansuhkan jawatan menteri agama islam kononnya nak jimatkan berbillion duit negara. Jahat punya perangai, agenda liberal dia memang tak habis2.Dia sengaja main isu ni supaya rakyat malaysia terpecah dan tak fokus pada isu palestin israel. Memang puak2 ni pandai buat helah dan pada masa sama dapat capai tujuan dia 2 dalam 1.
Quote Firenzza 13-2-2025 06:49 AM
Ni sejenis baru dpt ic 2@3 bln ke hapa x studi pasal perlembgaan?
Quote seri_mawr 13-2-2025 09:50 AM
malaysia islam agama rasmi....dah kenapa..???
kalau jenis2 gini jadi menteri itu lah dianya....

boleh tak jangan usik benda2 gini...punca sgt laa....
Quote gigahertz 13-2-2025 11:00 AM
Itzy replied at 12-2-2025 06:11 PM
Dia nak tunjuk islam ni sama level atau setara dengan agama kafir. Dulu mereka minta PM bukan mela ...

Dulu tahun 2005 ada seorang pakcik cakap :
Sekiranya anwar ibrahim jadi perdana menteri ,
singapura akan di gabung kembali dalam persekutuan.
Quote annehuda 13-2-2025 11:06 AM
toksahla layan. diorg ni nak wujudkan menteri bukan Islam ni brape byk menteri ko nak wujudkan since agama bukan Islam dalam malaysia ni ada banyak aliran. tgk kristian jelah, ada katolik, ada metodist, 7th day adventist pun ade.  tu blum lg Hindu, brape byk dewa depa sembah tak bleh share2 kuil plak tu. mengarut je. pdhal puak2 ni jugak yg mintak penjawat awam dikurangkan kot
Quote 3480 13-2-2025 12:06 PM
Selagi malaysia ni x jadi hak milik depa cthnya diserap jd bumiputra selagi tu lah dok kacau.
Hak milik tu bkn takat tanah ja.. tanah tu depa x heran. Dah byk tanah depa kat sini
Quote Orion_Onion 13-2-2025 12:30 PM
Patut mansuh je jawatan tu..ada menteri agama pun xguna..byk benda still berleluasa..buang duit rakyat je
Quote Minami2013 13-2-2025 12:35 PM
Itzy replied at 12-2-2025 06:17 PM
Sebelum ni kat twitter X ada uncle type c ni minta kerajaan mansuhkan jawatan menteri agama islam  ...

Begitu la.. tulisan jawi pun boleh jadi isu... Guideline utk org islam pun depa yg menyalak.
Quote nw111 13-2-2025 01:12 PM
Apasal bangsat2 ni sebok sgt hal agama org..kita takde pulak nk mengajar dia org bab agama dia org..
Quote sayawifenikmie 13-2-2025 01:16 PM
offtopic
kat bbbangi ni
99.9% Islam kot

tiba2 kuil kecik kat round about s4 tu
dah membesar
sebagak bagak tidak patung (masih dlm pembinaa)
dah lah suka buat kuil kat kawasan2 yg tak "sah"
kat depan uniten tu
kat bawah jejantas tu .. ssiap ada rumah2 kat situ
pelik tak ada tindakan
Quote pooh~key 13-2-2025 01:19 PM
Itzy replied at 13-2-2025 02:01 AM
Punca utama melayu tak nak sokong anwar sebab puak2 liberal dapig ni la. Agenda puak2 dapig ni sanga ...

Akak melayu yang sokong DAP sissy. Bukan sokong apalah, maksudnya sokong asalkan lawan PAS sissy.
Quote pooh~key 13-2-2025 01:22 PM
seri_mawr replied at 13-2-2025 09:50 AM
malaysia islam agama rasmi....dah kenapa..???
kalau jenis2 gini jadi menteri itu lah dianya....


islam agama persekutuan kan sissy? Bukan agama rasmi kalau akak tak silap sissy?
Quote seri_mawr 13-2-2025 01:59 PM
pooh~key replied at 13-2-2025 01:22 PM
islam agama persekutuan kan sissy? Bukan agama rasmi kalau akak tak silap sissy?

islam agama rasmi persekutuan term dia gitu...huhuhuhu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038251 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top