CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Belanja Sakan Guna Kad Bank ‘Orang’, Dah Kantoi Minta Mangsa Padam Hantaran

12-2-2025 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11156| Komen: 83|Original author: YgBenar

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai seorang wanita yang mendakwa kad debit miliknya telah digunakan tanpa pengetahuannya oleh sepasang suami isteri.

Difahamkan kerugian yang dialami mencecah RM400 dan mangsa hanya menyedari kadnya hilang apabila mendapati berlaku transaksi tidak sah selama dua hari berturut-turut ketika mangsa menyemak baki akaun peribadi.

Menurut mangsa, kali terakhir dia menggunakan kad tersebut pada 3 Februari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor sebelum menaiki perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah.

Berdasarkan rekod, transaksi tidak sah itu dilakukan pada 4 dan 5 Februari di beberapa lokasi sekitar Skudai.

Dalam pada itu, mangsa memperlihatkan rakaman CCTV yang diperoleh di premis terbabit, sekaligus menunjukkan kegiatan pasangan terbabit yang  menggunakan kad debit itu di beberapa premis.

Tak sangka nampak muka orang yang gembira menggunakan duit dari hasil titik peluh orang lain,” tulisnya di satu hantaran FB.

Susulan tular hantaran tersebut, pelaku tampil menghubungi mangsa dan berjanji untuk membayar semula wang yang diambil.

Dakwanya, dia memang menemui kad itu di dalam sebuah kenderaan e-hailing bagaimanapun menafikan bahawa mereka mencuri kad tersebut.

Si pelaku turut mendakwa dirinya hanya mencuba nasib sahaja sewaktu menggunakan kad bank yang dijumpainya dan tidak menyangka ia benar-benar berfungsi untuk melakukan transaksi menerusinya.

Susulan itu, dia memohon maaf atas kekhilafan dan berusaha untuk membayar semula wang yang sudah dipakai.

Dalam pada itu, pelaku meminta mangsa untuk memadamkan posting terbabit kerana tidak mahu kes diperbesarkan lagi.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak menerima sebarang pengembalian semula wang tersebut dan telah merujuk kes ini kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Namun, meninjau ke ruangan komen, pelaku tampil memaklumkan bahawa dia sudah pun mengembalikan wang tersebut. Agak mengejutkan apabila si pelaku tetap menyalahkan mangsa kerana cuai dalam hal tersebut.

Malah, dia siap mengugut akan membuat laporan polis jika mangsa masih berdegil tidak mahu menurunkan hantaran terbabit yang dipercayai memburukkan imej mereka di media sosial.


Screenshot_20250212_204758.jpg
Screenshot_20250212_204742.jpg
Screenshot_20250212_204404.jpg


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 12-2-2025 09:12 PM
Dh pakai tu tiber defensive bila gambar kena viral.. phuiiiiiii
Kalo x viral joli smp x ingat dunia
Quote batmana 12-2-2025 09:23 PM
klu jupe pn bukan hak milik sndiri la
ni la ajaran sesat ni

bila jumpa brg, amik masuk poket,  anggap hak milik, bodoh/bengap/baghal..

Quote plywood 12-2-2025 09:31 PM
transaksi dua hari berturut itu dah tunjuk bukan nak cuba lagi..  itu memang dah mencuri tu

satu lagi, dia buat deal, tapi tak tunaikan, sampai ada kekeliruan, sedang mencuba nasib untuk larikah?

Quote pocongkiutss 12-2-2025 09:56 PM
Bukan sekali dua mangkuk 2 ekor ni buat hal..ramai lg jd mangsa diorg..termasuk ex boss diorg pun kena..yg pompuan tu takde ic yach..konoha agaknya
Quote Orenn1 12-2-2025 09:59 PM
Iyalah sgt klu jumpa kad duit org blh guna bangsat punya pemikiran. Hb aku penah jumpa kad bank org kat sini, dua kali pulak tu, ada nama kan kat kad tu, so dia check white page utk cari no tel org tu, dptlah alamat dekat area kad dijumpai dgn nama tu, dia called buat app org tu dtg ambil. Takyah bayar tanda ucapan terima kasih apa, perkara yg betul utk dilakukan tak perlu org kena bayar kita, owners tu pun takde offered nak bayar imbuhan apa sbb bukan benda luarbiasa kat sini utk bangsa kaper dia lol kohkohh
Quote Freezies 12-2-2025 10:02 PM
Jumpa bukan mencuri katanya.acik kau....
Entah sapa mengajar.
Quote Orenn1 12-2-2025 10:04 PM
I told ya, everybody can have a religion but not eberybody has morals huh
Quote kotakbaju 12-2-2025 10:11 PM
Kalau jumpa kad bank tercicir ni nak kena buat apa, nak kena pulangkan kat bank ke atau pi serah di balai polis je
Quote Orenn1 12-2-2025 10:13 PM
Klu kita manusia yg baik takdenya berani pakai kad bank org klu jumpa pun, mesti nak cari org tu dan pulangkan atau contact bank serahkan atau buat announcement kat socmed ke utk cari ownner tu.
Quote Orenn1 12-2-2025 10:15 PM
kotakbaju replied at 12-2-2025 02:11 PM
Kalau jumpa kad bank tercicir ni nak kena buat apa, nak kena pulangkan kat bank ke atau pi serah di  ...

Better banklah polis pun ada yg takleh caya klu tak takde lah kes brg rampasan hilang lol kohkohh tp cuba cari sendiri dulu tp klu tak blh pegi bank lah
Quote Orenn1 12-2-2025 10:19 PM
Didiklah diri kita jadi baik benda2 mcm ni, buat benda yg betul, klu kita buat benda betul benda baik kita jadi tenang, klu buat jahat tu yg tak tenang. Klu teringin nak buat jahat sgt masuk forum, begaduh kat sini puas2, haukkan aje
Quote tungkai 12-2-2025 10:22 PM
No...buat keras aje. Jangan tarik report what so ever. Kasi ajar org2 camni. Kalau tak viral, memang sah2 dia buat bodoh. Tengok cara dia manipulate story pun dah tau peel cemana..
Quote SalenaGomez 12-2-2025 10:23 PM
Freezies replied at 12-2-2025 10:02 PM
Jumpa bukan mencuri katanya.acik kau....
Entah sapa mengajar.

Kalau kena kat diri sendiri, pandai pulak ko kata mencuri

Asalkan guna duit org lain tanpa kebenaran, mencuri lah tu. Mana lah belajar konsep terjumpa pastu pkai, kira bkn mencuri. Kena kat diri sendiri, baru ada akal
Quote Levespa 12-2-2025 10:34 PM
Speechless orang macam ni..dah terang2 curi duit orang boleh gaslight mangsa pulak..
Quote syamzana 12-2-2025 10:41 PM
ni sejenis jmp duit org tercicir tepi jalan confirm masuk poket takde takut2 nak guna.
bodoh punya alasan, pic pun kan main hepi keriangan mesti tak sangka lepas pakai kad org
tu yg esoknya berani cuba lg.
Quote lolipopmanish 12-2-2025 11:29 PM
Teruknya perangai

Mujur viral kalau tak mmg seronok joli kad org aishhhh
Quote TeropongThaico 13-2-2025 12:25 AM
Jahatnya mangkuk2 ni
Quote Mahathirina 13-2-2025 12:32 AM
Semoga merengkok..
Quote Itzy 13-2-2025 01:49 AM
Padan muka kau mimi hahahah

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062282 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top