CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Elaun Khas RM15,000, Surat Tawaran Tulis Kena Mula Kerja Hari Sabtu!

12-2-2025 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7160| Komen: 19|Original author: vanillaessence



Perkara itu dimaklumkan oleh ahli perniagaan berkenaan menerusi satu hantaran tular di akaun Instagram miliknya bersama lampiran surat tawaran perlantikan dari syarikat yang beralamat di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor itu.

Berdasarkan lampiran surat tersebut, Aliff ditawar jawatan CEO dengan gaji pokok yang lumayan berjumlah ratusan ribu ringgit namun amaun sebenar telah disembunyikan dengan coretan dakwat pen.

Aliff juga dikatakan turut menerima manfaat tambahan berupa elaun khas berjumlah RM15,000 sekiranya tawaran jawatan yang kononnya bakal berkuat kuasa pada tarikh 15 Februari itu dipersetujui.

Usahawan berkenaan kemudian bertanyakan pendapat orang ramai dalam ruangan kapsyen mengenai tawaran perlantikan tersebut sama ada ia wajar untuk diterima atau sebaliknya.

“Awak semua, patutkah saya ambil tawaran kerja ini? Nak atau tak nak. Nanti pekerja baharu di syarikat tersebut terus terkejut dengan makian Papa (Aliff) ini,” katanya di ruangan kapsyen hantaran itu.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna mengucapkan tahniah atas tawaran tersebut namun mereka berharap Aliff berfikir panjang kerana khuatir syarikat tersebut hanya mahu mengambil kesempatan.

Namun ramai juga pengguna platform Instagram tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen yang mencuit hati bahawa usahawan berkenaan lebih sesuai mencari rezeki dalam bidang nyanyian berbanding menjadi CEO.

“Datuk berikan kepada saya sahajalah tawaran itu. Sebab Datuk lebih layak menjadi penyanyi. Datuk fokus dengan nyanyian, biar saya yang uruskan syarikat,” seloroh seorang pengguna.

“Fokus kepada perniagaan Datuk sendiri sahaja. Hati-hati, Datuk jangan sampai orang itu hanya mahu mengambil kesempatan ke atas Datuk sahaja.” Kongsi pengguna lain yang merasa khuatir.

Dalam pada itu, beberapa individu juga menduga bahawa surat tawaran perlantikan tersebut palsu kerana ayat yang digunakan seperti dijana dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau sekadar ‘scam’ semata-mata.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaessence 12-2-2025 08:40 AM
Quote Decaffeinated 12-2-2025 08:46 AM
Apa ada hal makian juga dikira satu komen. Yang penting target sampai. CI dah makin sampah semenjak cantas function moderator.
Quote kechikchomel 12-2-2025 11:36 AM
iolss tengok kat google maps alamat tu.
ada 3 company alamat tu.

1. MODU
2. C&C I Motive
3. Hijabistahub (tapi yang ni temporarily closed)
Quote Prickford 12-2-2025 11:44 AM
Based on address

MB.jpg



Quote BungaKencana 12-2-2025 12:08 PM
sblm tgk gmbr surat tu aku igtkan Alif Awang yg dpt twaran tu..
Quote jejaka_hensem 12-2-2025 12:47 PM
vanillaessence replied at 12-2-2025 11:35 AM

Offer letter iols lagi nampak official dari surat lantikan ceo ni
Quote dua_chzy 12-2-2025 12:49 PM
Isu semasa ke ni syaitonirojim?
Quote green~tea 12-2-2025 12:52 PM
vanillaessence replied at 12-2-2025 11:35 AM

Surat mcm print sendiri.. anak i buat latih tubi maths pun print sendiri kertas camni lah.. pakai dakwat black and white or greyscale je.. JIMAT...
Quote TeropongThaico 12-2-2025 12:54 PM
Mcm surat kiriman hasil karangan anak2 je
Quote kucingitam 12-2-2025 02:13 PM
apsal surat rasmi tak macam surat rasmi? Bukan surat rasmi kena ada alamat penerima gak ke?
Quote syamzana 12-2-2025 02:24 PM
pnjg lebar aku karang tang offer letter tu skrol balik tgk alif sotong rupanya. buang masa jah
Quote slyfynx 12-2-2025 03:51 PM
Nmpk nau2 nk tunjuk gaji pokok tu sebenarnye.
Die ni mmg tebal muke sungguh ye
Haram la heran org maki cemane pun, sbb penilat byk.
Yang jilat komen berdato'2 tu harap dpt la duit raya seringgit dua.
Quote B40tastePosh 12-2-2025 05:00 PM
Berseloroh pula warga netijen...tidak membantu.
Quote mejaputih 12-2-2025 08:35 PM
Decaffeinated replied at 12-2-2025 08:46 AM
Apa ada hal makian juga dikira satu komen. Yang penting target sampai. CI dah makin sampah semenjak  ...

kan..byknya sampah...apa current issue ntahnya...
Quote sayawifenikmie 12-2-2025 10:40 PM
biarlah saya tak kaya hidup secukup rasa daripada mcm dia ni
entah lah ....
tadi termasuk fyp saya dia "gaduh" terjerit jerit dengan minah mana entah
macam tak tahu saja jer tu
Quote Itzy 13-2-2025 01:39 AM
Orang nak pekena dia je tu, diarang tahu dia duit banyak dan belajar tak tinggi jadi senang ditipu. Jangan syok lebih atau tamak. Dulu dia kena tipu dengan dato2 yang ambik kesempatan kat dia, habis duit dia berjuta. Takkan tak serik lagi kot?? Alip alip, kesian kat mak bini dan anak2 ko. Macam2 scammer penipu sekarang ni.
Quote seri_mawr 13-2-2025 08:29 AM
simple benor surat tawaran ceo...

klu duit yang ada x cukup2....pi lah kerja...huhuhuhu
Quote vanillaessence 13-2-2025 01:58 PM
Quote annehuda 13-2-2025 02:24 PM
aku dulu pun penah je org offer aku jadi pengarah syarikat. tapi sbnrnye ni satu bentuk scam la.

aku tak kenal mamat ni sape, kawan kpd kawan aku. mane ntah die dpt no phone aku. so die ckp die ni nak buat syarikat pembinaan, dan dia mintak aku jadi pemegang saham terbesar aka pengarah kt syarikat tu sebab aku ada degree in civil engineering. yg lain2 takdak. die ckp keje aku senang je, ada elaun dan makan komisyen. takyah masuk opis pun, cuma perlu sign sign je dokumen yang diperlukan, yang lain2 tu staf2 dalam syarikat tu yg akan settlekan. aku bos goyang kaki je.

aku macam siyes ka ni? tapi naluri wanita aku menyatakan this is too good to be true aku pun tolak. lgpun aku mmg tak kenal mamat tu sbb kitorg ckp dlm phone je.

Beberapa tahun lps tu aku pun saja sembang2 ngan kawan aku, terungkit kisah ni, pastu die katalah, dia ni keje ngan bank dan mmg banyakla kes yang syarikat ni buat hutang tapi yg tanggung tu pengarah, tapi bile si pengarah tu pulak cakap die tak tau ape2 pun psl loan tu. tetiba kampeni rugi kene katup, bila kampeni gulung tikar sapakah yang akan dikejar harusla pengarah kan? dan tak pasal2 dia bankrap. pastu ada la kes mcm org dalam syarikat tu tiru sign dia utk agreement ape ntah mcm2la kes hanky panky. nasib baik aku awal2 dah tolak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042883 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top