“Surau yang kita nanti-nantikan sudah pun siap. Saya mengambil masa yang sedikit lama untuk siapkan surau ini sebab nak berikan yang terbaik. Ruang ini dulu adalah bilik kosong yang terbiar. Tengoklah bilik ini, agak teruk juga keadaan dia. “Jadi, saya fikir nak buat bilik ini sebagai surau untuk bagi keselesaan dan ketenangan buat staf. Baru lah solat jadi lebih khusyuk kan?” katanya. Menurut Christy dia tidak sampai hati melihat sebelum ini pekerjanya menunaikan solat di satu bilik namun perlu menunggu giliran dan berhimpit apatah lagi pekerja semakin bertambah. “Sebelum ini, semua staf solat di dalam sebuah bilik kosong ini tapi bilik ini menjadi lebih sempit apabila saya mempunyai pertambahan staf. “Sampaikan ada yang kena tunggu giliran untuk solat. Saya juga tak sampai hati tengok mereka berhimpit,” katanya. Dalam pada itu, Christy berharap agar inisiatifnya itu dapat membantu syarikatnya menjadi lebih diberkati dan meluahkan rasa lega apabila sudah menjalankan tanggungjawab sebagai majikan. “Bila surau pun dah siap, jadi tak salah untuk minta mereka doakan agar syarikat ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Biar kita semua berada di bawah lindungan-Nya. “Kewajipan saya sebagai seorang majikan sudah pun ditunaikan, kini tinggal kewajipan masing-masing pula. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja ya,” katanya. Sumber - Rotikaya
|
Perawankota replied at 13-2-2025 01:33 AM
Tapi betul ke dulu2 ada kes jugak kan owner CN dgn staff2 dia? Ke aku salah org
razfira0707 replied at 14-2-2025 11:41 AM
dengar cite dia dah improve, dah jaga kebajikan staff. mana yg baik kita puji la ye
ADVERTISEMENT