"Dia pernah beberapa kali gagal dalam perkahwinan," kata sumber Harian Metro mengenai identiti penyanyi wanita yang ditangkap khalwat bersama lelaki berstatus suami orang, Selasa lalu. Sumber mendakwa, penyanyi itu juga sudah memiliki cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. "Dia turut mempunyai anak," katanya. Sumber mengesahkan, penyanyi itu adalah bekas peserta program realiti popular yang disiarkan pada 2010. Kelmarin, laman sembang kecoh apabila berita seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti didakwa ditangkap khalwat bersama kekasih berstatus suami orang di rumah sewa, kira-kira jam 2 petang. Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) enggan mendedahkan identiti penyanyi terbabit. Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri berkata, keputusan dibuat bagi menjaga aib individu berkenaan, selain siasatan masih lagi dijalankan.
"JAIS mengesahkan tangkapan khalwat berlaku membabitkan selebriti, namun kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi individu yang ditangkap," katanya. Kelmarin, penyanyi Nadeera Zaini dikatakan sebagai penyanyi yang ditangkap khalwat selepas berita tular dalam media sosial. Pengurusnya, Acap tampil menafikan dakwaan itu berkata, Nadeera sedang sibuk menjalani latihan untuk pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung Ahad ini. "Memang kita sudah jelaskan individu ditangkap khalwat bukan Nadeera. "Tiada sebarang komen daripada Nadeera dan dia tak perlu menjawab apa-apa kerana itu bukan dirinya. "Nadeera ada latihan dan 'fitting' baju, jadi tak mungkin dia kena tangkap," katanya. JAIS menafikan individu ditangkap khalwat adalah Nadeera, namun mengesahkan individu terbabit adalah penyanyi. Sumber - Harian Metro |
prince_marhaen replied at 14-2-2025 08:18 AM
Let's CSI ;
Clue 1 : Program realiti popular tahun 2010 ;
prince_marhaen replied at 14-2-2025 08:18 AM
Let's CSI ;
Clue 1 : Program realiti popular tahun 2010 ;
manopBKK replied at 14-2-2025 02:23 AM
Kalau org biasa siap terpampang muka. Double standard tak kena gaya. Org biasa x de aib ke!?
doubleA replied at 14-2-2025 11:13 AM
Kalau betul T ni, rumahtangga tahun 2022 pun dah terkubur ke? Tu perkahwinan ke3 sheols. 2011 - ad ...
doubleA replied at 14-2-2025 11:13 AM
Kalau betul T ni, rumahtangga tahun 2022 pun dah terkubur ke? Tu perkahwinan ke3 sheols. 2011 - ad ...
prince_marhaen replied at 14-2-2025 08:18 AM
Let's CSI ;
Clue 1 : Program realiti popular tahun 2010 ;
doubleA replied at 14-2-2025 11:13 AM
Kalau betul T ni, rumahtangga tahun 2022 pun dah terkubur ke? Tu perkahwinan ke3 sheols. 2011 - ad ...
ADVERTISEMENT