Selepas tujuh tahun berkhidmat, penyampai radio juga pengacara Sharifah Shahirah, 51, mengundur diri dan tidak menyambung kontrak bersama stesen Suria FM.
Shahirah yang mesra disapa Kak Rara secara rasminya akan tamat kontrak pada tamat pada 15 Februari ini.
Menerusi kenyataan media Suria FM, Shahirah mengambil keputusan itu atas sebab ingin berehat selain memberi tumpuan kepada perkara berkaitan peribadi.
"Kami menghormati keputusan dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya," katanya.
Suria FM menghargai khidmat cemerlang Shahirah sepanjang menjadi tonggak penting dalam stesen terbabit sepanjang dia bersama mereka.
"Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya," katanya.
Shahirah mula bertugas di Suria FM pada 2018 menerusi segmen Suria Pagi di Suria FM bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.
Kemudian, dia bertukar mengendalikan segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan yang bersiaran pada pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.
Shahirah juga pernah bertugas di Suria FM pada 2010 selama setahun.
Sumber – Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|