CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Saleha kembali bertemu jodoh, sah bergelar isteri pereka fesyen Joshua Fitton

15-2-2025 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7294| Komen: 93|Original author: fadz84

 
Screenshot_2025-02-15-11-17-09-14_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg


Selepas tiga tahun bercerai, pelakon Siti Saleha kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada pagi Sabtu.

Upacara pernikahan pasangan ini berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat di Enderong Resort, Janda Baik, Pahang.

Pasangan Itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Baharum Abdul Rahman.

Screenshot_2025-02-15-11-17-30-58_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg


Menerusi video dikongsikan Eh Malaysia, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 35, terlihat anggun mengayakan busana berwarna putih manakala Joshua berbaju Melayu dengan warna sedondon.

Pada majlis tersebut, Joshua, 38, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Saleha.

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan ini tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka di media sosial masing-masing.

Pada November tahun lalu, Saleha tanpa berselindung memaklumkan dia sudah bertunang dengan Joshua.

Saleha sebelum itu secara terbuka memperkenalkan Joshua sebagai teman lelakinya kepada umum pada 2022.

Untuk rekod, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 15-2-2025 11:20 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DGE4GFYyBOF/?igsh=MWpqMDRjcjY2bm03Zg==[/ig]
Quote fadz84 15-2-2025 11:22 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DGE8E11TvS6/?igsh=MThvOTVzN2VjcHB3cw==[/ig]
Quote QueenIsolde 15-2-2025 11:23 AM
Tahniah Leha moga perkahwinan kali ni bahagia dan berkekalan, btw laki dia muka tak padan ng nama ye
Quote nsmy 15-2-2025 11:24 AM
Tahniah Saleha & pasangan....
Quote I.K.A888990 15-2-2025 11:24 AM
cantiknya dia. muka lakinya mcm muka anak si sheila rusly pulak hehe

tahniah tahniah
Quote Prickford 15-2-2025 11:40 AM
QueenIsolde replied at 15-2-2025 03:23 AM
Tahniah Leha moga perkahwinan kali ni bahagia dan berkekalan, btw laki dia muka tak padan ng nama ye ...

Mix omputeh.Joshua Ismail Fitton. Gen mak kuat sangat kot. Tu yg cikit nampak omputehnya.
Quote CikNaNena 15-2-2025 11:46 AM
tahniah aduhhh saleha.. makin ramping n cantik dia. moga jodoh berpanjangan n dapat baby comel kali nih...
Quote papadomku 15-2-2025 11:55 AM
Tahniah Saleha. Sama cantik sama padan pasangan ni
Quote SedihPedih 15-2-2025 11:58 AM
Tahniah Sallywho.. semoga berkekalan and stay gojess porever
Quote doubleA 15-2-2025 12:29 PM
Tahniah mekleha. Baju pengantin simple cantik
Quote shernazz 15-2-2025 12:32 PM
Baju laki dia mcm.baju chef dah...
Haha
Tahniah mempelai
Quote Glass_shoes 15-2-2025 12:36 PM
Tahniah Saleha..Berturut turut artis kahwin ya
Quote sue_liah 15-2-2025 12:41 PM
kalau kawin berderet kawin,kalau cerai berderet gak cerai

bagus la masing2 nak smbut pose bangun sahur dgn laki masing2
Quote Hoola 15-2-2025 12:45 PM
Edited by Hoola at 15-2-2025 12:46 PM

tahniah
syantek saleha klasik styleee
bj groom pun something duff mentang pashion dsigner

seronok plak tgk artis berderet kwin musim cuti skolh kali ni dan bersempena valemtime
mak lurveee
ada dpt janda, ada nmpk ank daro

sbg penutup ucapan..
doakan achik jg yaaaaaa
Quote lilacomot 15-2-2025 01:08 PM
Tahniah pengantin.. Semoga berbahagia
Quote syamzana 15-2-2025 01:08 PM
tahniah sally...semoga berkekalan ke akhir hayat.
cantik betul view wedding msg2 skrg ni ye.
Quote cicicumel 15-2-2025 01:23 PM
Make babies fast before age 40
Quote imanjannah 15-2-2025 01:32 PM
alhamdulillah akhirnya kahwin juga dua org ni, teringat satu bot ngan diaorg ke Pulau Redang
Ramah je suaminya
Quote September14 15-2-2025 01:34 PM
Ingtkan laki tukang masak

Tp baju saleha lawa simple je

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063018 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top