Tidak semua isteri ingin dimadukan kerana rata-rata mereka tidak mahu berkongsi kasih sayang dan perhatian suami.
Begitu juga dengan seorang wanita yang kini gundah gulana kerana merasakan suaminya sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.
Bagaimanapun dia tidak mengetahui kaedah untuk menyemak status perkahwinan suaminya sama ada benar atau tidak sudah bernikah buat kali kedua.
"Desas desus mengatakan suami sudah ada dua orang anak tanpa pengetahuan saya. Suami sanggup bersumpah demi Allah menyatakan dia tiada hubungan dengan perempuan lain.
"Mohon sesiapa yang arif dan tahu macam mana saya nak semak status suami saya. Adakah kena semak di Jabatan Pendaftaran Negara?" kongsinya di media sosial.
Jelasnya, dia benar-benar mahukan kepastian kerana sebelum ini kerap ditipu oleh suami.
Perkongsian itu mendapat perhatian seorang lelaki yang mengakui mempunyai dua isteri dan berkongsi tip untuk wanita itu mengesan sama ada dia dimadukan atau tidak.
"Secara fizikal kalau syak dah nikah ajak dia jimak. Kalau air mani dia sikit sangat boleh dikatakan ya juga cuma lelaki masih boleh 'pusing' (tipu).
"Tengok dia keluar rumah berapa hari, minggu ke berapa kebiasaanya dia hilang, bila dia balik terus ajak jimak. Setiap bulan buat macam tu," katanya.
Jelasnya, walaupun kaedah itu dilihat kecil atau ringkas tetapi ia mungkin membantu isteri mengenal pasti suami mereka berkahwin dua.
"Kalau setiap kali dia hilang dan balik rumah ajak jimak dia mengelak tanda juga tu. Dia akan semangat berjimak bila dapat isteri baru, dalam erti kata lain akan pulun untuk memuaskan isteri baru.
"Jadi bila dah habis air dan penat salurkan pada isteri baru, nafsu dah menurun dan balik ke rumah isteri pertama dia malaslah nak layan jimak," katanya.
Dia turut memaklumkan terdapat petunjuk lain apabila seorang lelaki itu berkahwin lebih dari satu, namun enggan berkongsi.
"Tanda besar saya tak boleh kongsi sebab susah laki-laki yang niat nak poligami nanti senang kantoi," katanya.
Jawapan yang diberikan lelaki itu dipersetujui wanita berkenaan dan nalurinya kuat menyatakan suaminya sudah berkahwin lain.
"Yang ni saya setuju, sebab apa yang awak cakap memang betul. Naluri perempuan sebagai isteri lagi tahu," katanya.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|