CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul gegar Axiata Arena dengan ‘jantung gergasi’

17-2-2025 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28522| Komen: 63

 


Persembahan memukau penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) mencetuskan fenomena luar biasa, memahat detik bersejarah di Axiata Arena, malam tadi.

Bukan sahaja vokal yang menggegarkan ruang stadium, malah busana avant-garde berkonsepkan degupan jantung dengan rona merah menjadikan Aina bintang menyerlah sebagai ‘trendsetter’ sejati yang tidak pernah kering idea.

Lagu Puas Sudah, ciptaan sepenuhnya Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, membawa jiwa dan emosi yang mendalam.

Vokalnya yang persis penyanyi antarabangsa terus mengundang tepukan berdiri serta sorakan gemuruh penonton.

Lebih manis, Aina turut memenangi trofi Anugerah Pilihan Unifi Mobile, membuktikan sokongan peminat terhadapnya tidak berbelah bahagi.

Rata-rata netizen dalam media sosial sudah mula membuat prediksi bahawa Aina bakal mengulangi kejayaan bergelar juara Anugerah Juara Lagu, selepas merangkul gelaran sama pada AJL37 dengan lagu Terus Hidup.


“Trendsetter, mega! Dia penyanyi yang betul-betul lengkap pakej! Vokal, persembahan, pakaian, semua luar biasa,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Setiap tahun Aina tak pernah mengecewakan. Harap dia terus menang AJL39!” tambah seorang lagi peminat.

Terdahulu, Aina mencipta rekod luar biasa apabila memenangi Vokal Terbaik selama tiga tahun berturut-turut pada AJL36, AJL37 dan AJL38. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 17-2-2025 09:57 AM
Pnyanyi yg ramai haters..sbb fans yg terlebihh sudahhh
Quote pocongkiutss 17-2-2025 09:57 AM
Boooring
Quote Kuin-Kepam 17-2-2025 10:08 AM
2025 dah ni dek..
dah2 la bawak baju imej sarat birat tu.....time to revamp your image.
Quote Tutul 17-2-2025 11:27 AM
tnya ank ap yg bulat merah tu ank ckp jantung kot.. adehhh mengerikan dh serba serbi color merah, meng persembhan 12k je rsanya modal prop dy dh brp puluh ribu.. blk modal ke? x tau la plak klu sume sponser dn dh knp plk tv3 letak persembhn erni lpstu AA ni.. memg hrp sgt erni yg menang.. x tau la npe AA ni iols x brp nk minat, rsanya sebb dy tryhrd sgt dlm berfesyen kot.. over
Quote AcikBuncit 17-2-2025 11:33 AM
Aina ni lagu dia semua sepesen je. Dia patut kurangkan/stop dulu compose lagu sendiri. Kalo tak, semua lagu dia template sama je terjerit2. Cuba bg pluang komposer buatkn lagu utk you..mgkn bole dpt hit song. Stakat ni dia xda lg satu lagu yg btl2 magic buat org ingat. Lagu2 dia semua karatz dia je yg tau nyanyi
Quote MadameOnion 17-2-2025 11:54 AM
menang anugerah undi je...kalau takde anugerah tu balik tangan kosong jelah
Quote ira_sindarella 17-2-2025 11:55 AM
AcikBuncit replied at 17-2-2025 11:33 AM
Aina ni lagu dia semua sepesen je. Dia patut kurangkan/stop dulu compose lagu sendiri. Kalo tak, sem ...

Agreee.
Baca dekat socmed pun ramai dah mula bosan dgn modus operandi Aina abdul.
.maybe dia pun perasan. Coz i tengok live sidang media after AJL semalam. Aina sendiri bgtahu dia nak slowdown dulu. Take a break.

While Ernie, mendonia dgn konsert di Singapore.
Done jadi batu api fan ernie dan aina. Hahahaah
Quote alesandra 17-2-2025 11:57 AM
Aku tgk tweet kt X hauk betul peponens smlm sakan melaram.semua fan dia ke?
Quote KBW2 17-2-2025 12:02 PM
Fesyen dia malam ni okay berbanding sebelum ni, dulu dah macam props bergerak rope dia. Cuma dia dengan Ernie sama hauk juga gayanya Ernie punya tudung apsal selalu rupa pocong ya. Apapun retis bertudung ni mmg payah nak bergaya elok tapi toksahlah rope pocong.
Quote jihah_kudat 17-2-2025 02:09 PM
oh tema jantung ingat tema balasan di neraka...btw siapa cakap enna trendsetter persembahan out of box aku rasa noraniza idris siti stacy yang start the trend dulu..orang excited nak tengok apa dieorg buat sebab best..bukanye org tunggu ko perform sebab nak hina..
Quote ezacbee 17-2-2025 02:14 PM
Aku teringat jantung melayang terus ke tingkap hospital dan masuk ke dalam badan heroin.

Quote bbasir 17-2-2025 02:14 PM
aina ni true musician.. buat lagu sendiri... susah dpt yg ada bakat mcm ni.. tp tu la.. penyokong dia ni mcm hanat.. i love aina
Quote oggy 17-2-2025 02:19 PM
ezacbee replied at 17-2-2025 02:14 PM
Aku teringat jantung melayang terus ke tingkap hospital dan masuk ke dalam badan heroin.

Ahahahaha aku tau scene ni.. citer Tamil kan
Quote KakRumiMenari 17-2-2025 02:22 PM
jihah_kudat replied at 17-2-2025 02:09 PM
oh tema jantung ingat tema balasan di neraka...btw siapa cakap enna trendsetter persembahan out of b ...

Komen kijam tertusuk jantung!
Quote ezacbee 17-2-2025 02:24 PM
oggy replied at 17-2-2025 02:19 PM
Ahahahaha aku tau scene ni.. citer Tamil kan

Betul! Filem yg tak masuk akal.

Ainations mesti teruja kannn
Quote ilahaz 17-2-2025 02:26 PM
Ooo Jantung ke
Ingat kan apa
Quote phalanx 17-2-2025 02:27 PM
KBW2 replied at 17-2-2025 12:02 PM
Fesyen dia malam ni okay berbanding sebelum ni, dulu dah macam props bergerak rope dia. Cuma dia den ...

Ernie ya Allah, dia kalau buat show/performance, mesti fesyen hauk. Kalau pakai baju designer sambil2 bergaya kat ig/tiktok ok plak.
Hopefully dia jumpa style yg serasi dan lawa dgn cepat. Alaa dulu siti pun hauk gak fesyen lepas bertudung. Now dah collab dgn designers muda2 jd lawa dah. Ernie pun harap jumpa designers or stylist yg power.
Quote cupu 17-2-2025 02:36 PM
Sbb terlampau over dah jd meluat plk. Tak pasal pasal jd hater plk aku
Quote KBW2 17-2-2025 02:37 PM
phalanx replied at 17-2-2025 02:27 PM
Ernie ya Allah, dia kalau buat show/performance, mesti fesyen hauk. Kalau pakai baju designer samb ...

iols paham sebab susah bila bertudung tapi tudung pocong tuh macam jelas burok camne plak boleh terpike nak pakai ya? Tokti pon rasanya tak pernah pakai tudung fesyen tuh.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.321147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top