CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak dah dua, Harris Alif bosan dapat watak budak sekolah

17-2-2025 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25529| Komen: 3|Original author: Raline

a.PNG


Jarang muncul di televisyen sejak berkahwin empat tahun lalu, pelakon Harris Alif tidak menolak sikap memilih watak menjadi punca kepada perkara itu.

Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, berkata, dia sudah jemu sering diberikan watak remaja atau pelajar sekolah dan peranan sebegitu sudah tidak sesuai dengan statusnya sekarang.

“Mungkin sebab saya mula berlakon sejak kecil jadi produksi nampak saya sesuai watak budak sekolah.

“Jujurnya sekarang kalau dapat tawaran budak sekolah saya akan tolak.

“Saya sudah berkahwin, sudah ada dua orang anak tapi masih lagi dapat tawaran seperti itu... Saya sudah jemu!," katanya kepada mStar.


Menurut Harris dia ingin mencuba pelbagai watak lain sekali gus menunjukkan peningkatan dan perubahan dalam karier lakonannya.

"Saya sudah berlakon sejak kecil, kalau boleh mahu watak berbeza seiring usia san pengalaman. Barulah nampak kemajuan dan peningkatan,” katanya.

Selain memilih watak, Harris juga agak berkira mengenai tempoh penggambaran sesebuah karya yang biasanya mengambil tempoh lama.

Kata Harris, selain fokus kepada perniagaan, dia juga enggan berjauhan terlalu lama dengan keluarga kerana isteri dan anak-anak adalah keutamaan.


“Bila sudah ada anak ini saya tak akan ambil terlalu panjang sehingga sebulan lebih, saya kena tolong Intan jaga anak-anak di rumah.

“Tapi kalau tawaran telefilem saya masih terima dan saya hadkan paling lama adalah sebulan, kalau lebih saya susah nak terima.

“Sebelum ini saya bawa satu keluarga ke Kuching kerana ada penggambaran selama sebulan di sana,” ujarnya.


Meskipun karier seninya dilihat semakin perlahan, namun Harris memberitahu popularitinya masih sama seperti sebelum dia mendirikan rumah tangga.

“Saya sebenarnya hanya buat kerja saya dan tidak kejar glamour, bagi saya populariti masih lagi sama.

“Bila saya di luar akan ada saja peminat yang menegur saya," kongsinya.



Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga dengan aktres Intan Ladyana, 42, pada 5 Februari 2021.

Pasangan ini diknurniakan dua orang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 3, dan Umayr yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: mStar0


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-2-2025 09:56 AM
cepat matang bagus, tapi jangan cepat jemu ye dik... awok dah start kena goda2 tu... hati2 dik...sundal2 ramai dalam industri...
Quote amyfaha 18-2-2025 01:00 PM
Dia ni kaaaayaaaaa... Apelah keje dia sbenarnyeee. Jus tahu kakak dia ade kawin ngan kerabat perak. Mesti bkn family base2
Quote DragonSari 18-2-2025 04:02 PM
Helokk btl dia ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.039628 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top