Dilihat sebagai penyampai berinformasi, gandingan mereka berdua menerima pujian dan dikatakan memberi nafas baharu untuk pentas anugerah berprestij berkenaan. Sebagai seorang yang berpengalaman, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi juga memuji kedua-duanya dan menganggap sudah tiba masanya perubahan sedemikian dilakukan. “Saya rasa hala tuju pengacaraan kita dah boleh beralih semula kepada pengacaraan berilmu dan tidak spontan semata-mata. “Mungkin juga penonton sudah puas menonton pengacaraan santai, lawak dan bebas skrip. Kini mereka memerlukan udara baharu dalam tontonan mereka,” katanya ketika dihubungi mStar. Meskipun tidak sempat menonton AJL39 kerana sedang mengerjakan ibadah umrah, Aznil bagaimanapun berharap gandingan Naz dan Sissy perlu dikekalkan. Baginya keserasian juga menjadi faktor utama yang mampu menghidupkan program yang bersiaran secara langsung seperti AJL. “Rasanya dah boleh kekalkan mereka ini kerana nak mencari pengacara yang serasi bekerja bersama memang sukar. Bila keserasian dah ada, berikan lebih banyak peluang tugas pengacaraan, mereka akan jadi lebih baik,” ujarnya. Untuk rekod, Aznil sebelum ini pernah diberi tanggungjawab mengendalikan AJL8 dan AJL18 sebagai pengacara. Sementara itu, seorang lagi bekas pengacara AJL iaitu Faizal Ismail juga berpendapat seorang pengacara harus mengambil tanggungjawab penuh untuk mendalami isi kandungan setiap acara agar lebih bermanfaat.
|
pocongkiutss replied at 18-2-2025 02:38 AM
Hahah..bkn hr tu acik porem kecam ke gandingan yinnih
af_mania replied at 18-2-2025 06:41 AM
Betul la yg paknil ckp. Dh tiba masanya normalize pengacara yg bertauliah & yg penuh informatif & fa ...
A-Are replied at 18-2-2025 11:06 AM
i ols tgk dgn husband, siap komen kenapa lama sgt bercakap ni....mmg lah bagus compare tu yg jenis b ...
annadonna replied at 18-2-2025 03:15 AM
Dia lama bercakap tu arahan penerbit nak tunggu pentas siap. Kuat jugaklah mental dorang mengisi m ...
rayna_raynes replied at 18-2-2025 05:07 AM
Orang bodo je tak suka hos macam ni. Diorang suka hos over suka terpekik terlolong lawak body sham ...
dekmieDandy replied at 18-2-2025 08:36 AM
best je aku tengok duo ni, sponsor pun tak menyelit beria sangat
ADVERTISEMENT