CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingat arwah Siti Sarah, Thalita menangis dengar Marsha menyanyi

17-2-2025 10:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27395| Komen: 63|Original author: Raline

m.PNG


Reaksi spontan anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita mengalirkan air mata semasa persembahan Marsha di pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) pada malam Ahad mencuri tumpuan netizen.

Berkongsi mengenai perasaan Thalita itu, bapanya iaitu Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, memberitahu pembawaan Marsha menerusi lagu Hening Rindu cukup menyentuh hati sehingga anaknya itu gagal menahan air mata.

Malah pertama kali menyaksikan secara langsung juga menjadikan detik sungguh bermakna buat Thalita yang turut terkenang arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah.

"Dia (Thalita) menangis mungkin sebab mendalami lirik lagu tersebut. Pembawaan Marsha sangat menakjubkan sehingga buat Thalita rasa sayu.

"Ini pertama kali dia berada di pentas AJL dan dia tahu ibunya pernah berada di situ. Mungkin dia juga terkenangkan itu," katanya ketika dihubungi mStar.


Pada malam kemuncak AJL39 yang berlangsung Axiata Arena, Bukit Jalil, Shuib dilihat hadir bersama isterinya iaitu Watie dan anak ketiga, Ariq Mateen.

Ditanya keadaan Thalita selepas persembahan berkenaan, Shuib berkata anaknya itu dapat mengawal perasaan dengan baik.

Tambah Shuib persembahan Marsha itu juga memberi kesan tersendiri kepada dirinya yang pernah menyaksikan arwah Sarah bersaing di pentas sama.


"Dari awal lagi saya sendiri pun nak nangis. Pentas itu seakan sama seperti persembahan Sarah. Cuma dia pakai baju putih dan Marsha pula baju hitam," ujarnya.

Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Shuib dengan Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Persembahan memukau Marsha berjaya melayakkan lagu Hening Rindu bergelar juara AJL39 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 17-2-2025 09:55 PM
Hening rindu ni lagu siti sarah ke?
Quote penmerah 17-2-2025 10:50 PM
Mcm kokodei tears je nak?
Sanggup ye shuib merata expose anak???
Anak tu kecik lagi
Abeskan skolah dulu
Quote oggy 17-2-2025 10:54 PM
Mendeeee semua pun nak kait dengan arwah..
Quote Minami2013 17-2-2025 11:14 PM
Kenapa special sgt si soeb ni anak beranak boleh pegi blkg stage etc.
Quote TeropongThaico 17-2-2025 11:44 PM
Dah mcm iras balkish cengeng lak aiol tgk muka talita ni
Quote Goodluckdontcry 18-2-2025 12:12 AM
Harktuih..dr bapak perasan hensem nk muntah den tgk smp ke anak pun drama queen.... harktuih lg skali ..
Quote doubleA 18-2-2025 12:14 AM
Apa la hebatnya family shahmira ni sampai dapat limelight dan macam2 keistimewaan begini? Iols rasa talita tu memang sedih betul, cuma tetap tak berkenan bapaknya si penunggang
Quote LadyCarefree 18-2-2025 12:14 AM
Goodluckdontcry replied at 17-2-2025 11:12 PM
Harktuih..dr bapak perasan hensem nk muntah den tgk smp ke anak pun drama queen.... harktuih lg skal ...

Hahahahhaaha
Quote emilyrose 18-2-2025 12:26 AM
ober nya ko dek..
Quote slyfynx 18-2-2025 12:30 AM
Pee Ay Ant Tea Ay Tea laaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote amyfaha 18-2-2025 01:11 AM
Bongak jeee. Meol yg 30series pn x faham lagu marsha ni pasal ape. Ni kan budak kecik bole faham ek?. Tah tah si lubang tu baya suh focus anknyerrr. Aiyooo...attention sekerrrrs tul la fam lubang ni.
Quote zeitabaei 18-2-2025 01:45 AM
OVER hyped pasal budak ni.bapaknya jelas jual content anak pulak mehh
Quote cik_ingeniare 18-2-2025 03:41 AM
Tak berkenan sungguh si apak bersungguh-sungguh duk buat content pasal si anak.. dah ler bawah umur lagi budak tu
Quote ashilalat 18-2-2025 04:12 AM
Walaupon kau budak, kau dah start menimbulkan rasa meluat acik kepada kau dek.. kalau ko dan arwah mak kau terus terusan dipergunakan bapak utk content, kau pon bakal menjadi bahan cercaan ummah malaya tak lama lagi seperti apa yg acik rasa skrg terhadap kau.
Quote DARSITA 18-2-2025 04:31 AM

Tapiii kan masa aii dengar lagu ini dan bandingkan dgn lagu dan penyampaian Nazeera ... mmg ada terlintas "eh lagu ni mcm Kesetiaan" dan aii rasa mmg tepatlah kejayaan no.1 diberi kpd Marsha.
Quote phalanx 18-2-2025 07:19 AM
tak kisahlah si bapak promote anak macam mana pun, at least media kena la mainkan peranan tak payah layan. tanggungjawab sosial kot nak lindungi kanak2. lagi media bagi dia limelight, lagi terdedah dia dengan kutukan, cacian. kadang-kadang tak paham dgn media malaysia ni, wartawan masuk U ke tak, ke asal ada internet, boleh menulis dah boleh jd wartawan.

tu belum masuk lagi interview budak2 kecik yg baru alami tragedi kehilangan parents. macam kat universiti tak belajar etika kewartawanan.

kesimpulannya, media takyah layan parents yg try hard nak ketengahkan anak kecil jd artis. nak harapkan parents budak tu memang tak la kan.
Quote akuHavocczz 18-2-2025 08:08 AM
amyfaha replied at 18-2-2025 01:11 AM
Bongak jeee. Meol yg 30series pn x faham lagu marsha ni pasal ape. Ni kan budak kecik bole faham ek? ...

Tu lah tu.. i pun macam,, ye ye je aku pun tak faham lirik lagu tu
Quote Buritan 18-2-2025 08:26 AM
TeropongThaico: Dah mcm iras balkish cengeng l ...


Aah aku pun memula kataa.. oo balkish pun ade dtg.. hahaha
Quote rain2169 18-2-2025 08:29 AM
boringnya citer soib sekeluarga....

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.321134 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top