CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peniaga serik nak buat COD, pelanggan lelaki menyamar jadi wanita niat nak samun

17-2-2025 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28495| Komen: 1|Original author: Raline

v.PNG


Kisah pembunuhan seorang wanita yang menjalankan urus niaga secara ‘cash on delivery’ (COD) menjadi bualan masyarakat.

Susulan kes tragis itu, ramai wanita yang menjalankan urus niaga dengan kaedah sama mula meluahkan rasa bimbang untuk keluar mencari rezeki.

Dakwa seorang wanita di TikTok, dia juga pernah berdepan situasi berbahaya ketika melakukan khidmat COD.

"Wanita terutama suri rumah yang bawa anak-anak kecil pergi COD hati-hati. Saya pun nyaris terkena tapi Allah selamatkan saya dan anak-anak.

"Selalu pelanggan menyamar jadi wanita. Bila kita datang rupanya lelaki tapi mereka aim nak rompak dan samun kita.

"Sebab itu sekarang siapa yang nak COD saya tak akan berani nak hantar bawa anak-anak sebab bahaya. Tolong hati-hati tau," tulisnya.

Jelasnnya, kejadian itu sudah lama berlaku, namun dia baru terdetik untuk bercerita selepas tular kes pembunuhan peniaga wanita.

"Dah lama kes ini, sejak ada baca kecoh pasal kematian wanita COD, baru terasa nak up juga. Tolong hati-hati ya.

"Selalu customer yang suka memaksa nak COD ni la yang bahaya. Sekarang tak kan berani nak COD selepas kejadian hari tu

"Ada jenis memaksa tak nak Lalamove, nak saya hantar sendiri. Itu yang seram. Tak hantar dia nak cancel, rupanya ada niat tak baik," dakwanya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen saling berkongsi tip keselamatan dan menitipkan doa agar para peniaga sentiasa dilindungi.

"Peniaga (kena) tetapkan tempat COD yang ada kamera litar tertutup (CCTV) dan ramai orang seperti stesen minyak.

"Dunia sekarang nak keluar rumah memang kena baca doa. Minta Allah lindungi dari segala musibah.

"Kena bawa seorang kawan teman, lepas tu COD di tempat terbuka dan ramai orang," tulis netizen.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang peniaga makanan wanita di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan pada Jumaat.

Suspek kes pembunuhan itu ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada awal pagi Sabtu.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 18-2-2025 08:00 AM
SG dulu penah la COD. Seller nak jumpa kat stesen minyak. Now faham dah kenapa. Mmg patut cod kat tempat ramai org dan kalau boleh guna lalamove. Somthing wrong kalau paksa nak jumpa seller juga. Maybe boleh cancel order jenis mcm ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.189767 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top