CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Konon terpaling kreatif dan bijak,” Aaron Aziz menyampah tengok influencer busybody

23-2-2025 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10725| Komen: 3|Original author: Raline

aa.PNG


Datuk Aaron Aziz kurang senang dengan lambakan pempengaruh serta golongan artis yang gemar menggunakan medium media sosial bagi bercakap tentang kehidupan orang lain.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, hasil pemerhatiannya perkara itu semakin berleluasa yang ada di antara mereka hanya tahu berlagak kreatif dan bijak dalam semua hal.

“Sekarang ini ramai sangat 'content creator' dan artis suka cakap fasal orang. Jaga tepi kain awak sendiri sudahlah.

“Konon terpaling kreatif dan bijak,” katanya menerusi luahan di Instagram.


Dalam pada itu, Aaron berpendapat pempengaruh mahupun selebriti sepatutnya menggunakan kelebihan dikenali ramai dengan menghasilkan kandungan bermanfaat di media sosial.

Malah Aaron turut memuji pempengaruh Khairul Aming yang berjaya menjadikan karier sebagai 'content creator' sebagai sebuah jenama perniagaan yang berjaya.

Pandangan pelakon kelahiran Singapura itu turut disokong netizen yang bersetuju dengan pandangannya.


Ramai merasakan tindakan suka mencampuri hal peribadi orang lain adalah perkara tidak wajar apatah lagi ia dilakukan oleh figura dikenali.


“Menggunakan nama sahaja dah salah, belajar adab dahulu sebelum cipta kandungan video di media sosial.

“Sebab itu sebelum ini wujudnya pepatah sebelum tulis atau bercakap fikir dahulu.

“Setuju dengan Aaron, meluat dengan perangai orang yang suka sibuk hal orang lain," tulis netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 23-2-2025 05:58 PM
Dia ni 2x5 kayu mcm bedul. Mulut x reti buka. Boring ngan suara mendatar. Arapkan mukaaaa ajoooo
Quote belilies 23-2-2025 10:08 PM
Tgh kutuk kepris ke? Sila silakanlah……
Quote KirazMevsimi 24-2-2025 07:33 AM
apa kes apa kes. ada sesapa petik petik sentuh nama eren ajis ker? huuu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.026628 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top