Pempengaruh dan usahawan Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara menyorot perhatian warganet kerana menyediakan wang perbelanjaan yang banyak untuk anak mereka yang bakal lahir. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Adama menyediakan wang tunai sebanyak RM100,000 untuk membeli barangan keperluan bayi. Malah, Adama hanya menggunakan plastik bungkusan barang untuk meletakkan duit tersebut. Pasangan itu kemudian dilihat menuju ke sebuah kedai barangan bayi dan membeli pakaian buat zuriat mereka yang akan lahir tidak lama lagi. "Papa (suami) teruja sangat, sekali pergi kedai walaupun sudah banyak kali beli pun harganya baru dalam RM1,000 lebih."
"Dia ingat barang bayi mahal." "Alhamdulillah sudah selesai bab baju, banyak lagi yang nak kena beli." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat pasangan tersebut yang tidak kedekut untuk berbelanja buat anak mereka. Terdahulu, Fila dan suami, mendedahkan jantina cahaya mata sulung mereka menerusi ‘Gender Reveal’ yang diadakan secara tertutup tanpa dihadiri tetamu. Pasangan ini sebelum itu, mengumumkan berita gembira apabila mereka akhirnya bakal menimang cahaya mata selepas beberapa kali melakukan rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam tempoh lima tahun. Sumber: TikTok Fila Dama, Oh Bulan |
kmbg replied at 24-2-2025 08:48 AM
Nanges kak Pam tengok duit melambak mcm tu..dia kawen negro jugak
ADVERTISEMENT