Persembahan lakonan di sebuah sekolah menengah bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelajar maut selepas perutnya tertusuk gunting.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu di Padalarang, Bandung.
Memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 17 tahun memegang watak sebagai gadis hamil dalam persembahan berkenaan.
Menurut polis, mangsa yang melakukan adegan membunuh diri dengan menikam perutnya seperti mana tuntutan skrip, tanpa sengaja tertusuk gunting dengan dalam sehingga menembusi perut.
"Mangsa sepatutnya menikam belon yang dimasukkan dalam bajunya menggunakan gunting mengikut adegan yang dirancang.
"Namun apa yang berlaku, gunting itu seolah-olah menembusi perut mangsa hingga menyebabkan dia meninggal dunia," kata Ketua Polis Cimahi, Pesuruhjaya Kanan Tri Suhartanto.
Ujarnya, mangsa dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.
"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan meneliti peralatan yang digunakan ketika persembahan. Kami kini telah mengambil keterangan daripada tiga orang saksi," kata Tri.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|