CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beras tempatan kembali di pasaran 1 Mac ini, kita tunggu ya

25-2-2025 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23526| Komen: 30

 


PUTRAJAYA – Orang ramai boleh mula mendapatkan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi 10 kilogram (kg) bermula 1 Mac depan.

Bekalan beras ini akan tersedia di pasaran seluruh Semenanjung dan juga dipasarkan melalui Program Jualan Rahmah Madani.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini.

Beliau menambah, pembelian beras tersebut bagaimanapun dihadkan kepada dua kampit sahaja untuk setiap pembeli dengan menggunakan pelbagai jenama pada harga subsidi RM26.

“Buat masa ini, tiada keperluan untuk mengeluarkan satu jenama khusus bagi BPT bersubsidi ini, sebaliknya ia akan dikenali dengan pelbagai jenama,” katanya.

Menurut beliau, barangan keperluan harian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.


Katanya lagi, mengikut data sedia ada, mereka (400,000 KIR miskin) amat memerlukan dan bergantung kepada bekalan beras ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 25-2-2025 04:01 PM
"Saiya misti simpan untuk kita bangla worang...cakap tada sama Malesia worang"-cashier bangla
Quote venom1 25-2-2025 04:05 PM
Selama ni beras tu pergi mana? holiday ke?
Quote imanamsyar 25-2-2025 04:09 PM
nape tetiba? ada PRU/PRN terdekat ke weh,....
Quote lipans 25-2-2025 04:16 PM
Kemana menghilang selama ni? Takkan takleh trace langsung?
Quote vanilacup 25-2-2025 04:52 PM
Kita makan beras cop Saji dah 6 bulan kot
Tu memang buatan Malaysia
Beras dia wangi dan tekstur ok je kalau masak.Kalau x ada selera mcm badan tak sihat  pun masih ok lagi  nak makan nasi sbb beras Saji ni mirip beras Siam aroma dia.Harga memang mahal sbb yg 5 kg punya RM 36.00 mcm tu..
Quote xy_daen 25-2-2025 05:02 PM
Tiba2 beras tempatan muncul setelah menghilang. Snap election?
Quote Dalcott 25-2-2025 07:23 PM
kejap ade kejap takde . mcm chipsmore
Quote hyie 25-2-2025 07:35 PM
dia cakap je ada, tapi sebenarnya memang ada, cuma repack jadi beras import, walhal beras tempatan, tak gichewww dik non? gigh ya kartel2 ni sorokkan stok..bukan beras je. Semoga dilaknat Tuhan hendaknya.
Quote silance 25-2-2025 09:34 PM
"Menurut beliau, barangan keperluan harian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.
Katanya lagi, mengikut data sedia ada, mereka (400,000 KIR miskin) amat memerlukan dan bergantung kepada bekalan beras ini."

So M40 pun tak bleh beli kot. Keutamaan pada yang disebut di atas.
Quote MissYouSayang 25-2-2025 09:37 PM
Nak kontrol beras pon gagal zmn madanon hanat ni
Quote Jitu 25-2-2025 09:48 PM
harap tak byk batu la mcm beras nasional dulu2
Quote Mary_jane 25-2-2025 10:37 PM
Sebelum ni bayang pun tak nampak, sorok kat mana? Kalau kat sabah, yang cap roda tu sedap. Lembut.
Quote zorrro_03 25-2-2025 10:40 PM
ini semua kerja gila.  muntri gila
Quote gerbera.memopad 25-2-2025 10:47 PM
imanamsyar replied at 25-2-2025 04:09 PM
nape tetiba? ada PRU/PRN terdekat ke weh,....

PRN Sabah tahun ni rasanya. Lepas raya kut.
Quote TeropongThaico 25-2-2025 11:37 PM
Pg td tengok tt uncle aiol share ada ane mengamuk sbb beras import jual rm36 gitu sdgkan tulis kat packaging lbh drpd rm40. So dia pertikai tu actual beras import ke beras tempatan yg menyamar. Tup tup eh beras tempatan dah nak keluar blk? Hairan
Quote nono86 26-2-2025 03:59 AM
Hmmm patutnya bila dah separuh penggal, banyak isu pun masih tak boleh nak settle, lucut aje la jawatan mana yang berkenaan tu.. pencen pun tak payah duk bagi dah sekarang ni, macam staf gov jugak
Quote vespa_oren 26-2-2025 07:31 AM
Mary_jane replied at 25-2-2025 10:37 PM
Sebelum ni bayang pun tak nampak, sorok kat mana? Kalau kat sabah, yang cap roda tu sedap. Lembut.

Sabah semua beras import yg beras tempatan jual kt kundasang sana tu
Quote vespa_oren 26-2-2025 07:33 AM
vanilacup replied at 25-2-2025 04:52 PM
Kita makan beras cop Saji dah 6 bulan kot
Tu memang buatan Malaysia
Beras dia wangi dan tekstur ok j ...

Harga mcm beras bashamati india jenis panjang biasa aku beli tu
Quote kemaruk 26-2-2025 09:27 AM
Kenapa hauk sangat ni

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.318830 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top