CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi singki tandas sumbat dalam beg, pemilik restoran mampu gelak je

25-2-2025 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31468| Komen: 0|Original author: Raline

wn.PNG


Seorang pemilik restoran terkejut selepas mendapati singki dan paip air di tandas restoran stik Brazil kepunyaannya hilang secara misteri pada Khamis.

Dia hanya mengetahui ia dicuri oleh seorang wanita selepas memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Ada seorang wanita masuk ke restoran dan menggunakan tandas dengan membawa beg kecil berwarna hitam.

"Dia masuk sekitar 12 minit dan keluar dengan beg itu dipenuhi sesuatu.

"Saya pernah melihat orang mencuri botol wain di restoran ini dan kali ini ia agak luar biasa," kata Robert Melman.

Kejadian berlaku di Altrincham berhampiran Manchester, United Kingdom (UK).

Dia berkata restoran itu mempunyai bilik mandi lelaki dan perempuan yang berasingan dan setiap bilik mempunyai singki yang berkualiti.

"Saya tidak percaya. Apa yang boleh kami lakukan ialah ketawa. Ia menelan kos sekitar £150 (lebih RM600)," katanya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.030710 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top