CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Satu-satu ustaz bagi ‘hint’, Selepas usik Syed Saddiq mengenai jodoh, Dr Zul beri satu lagi "bayangan" berkait Fattah

26-2-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19047| Komen: 68|Original author: Raline


FATTAH-DZUL.jpeg


Selepas mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai jodoh, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini memberi satu lagi ‘bayangan’ kepada orang ramai.

Namun kali ini berkait dengan pelakon dan duda popular, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman.

Dalam satu hantaran di TikTok, Dr. Zulkifli memuat naik beberapa keping gambar mengenai Majlis Doa Selamat yang diadakan oleh Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35.

Kata Dr. Zulkifli, kehadiran dirinya adalah untuk menyampaikan tazkirah sempena bulan Ramadan kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

“Sambutan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kedatangan Ramadan adalah antara kebudayaan Melayu yang masih diamalkan di kampung-kampung.

“Adat kebudayaan ini juga selari dengan apa yang dilaksanakan para salafussoleh menjelang Ramadan. Mereka menyambut Ramadan dengan gembira dan saling menasihati untuk melakukan amal soleh.

“Ini kerana Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan dapat menemuinya adalah satu nikmat daripada Allah. Moga kita semua dapat menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik dalam hidup kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Namun apa yang menarik minat pengguna media sosial adalah di penghujung kapsyen, Dr. Zulkifli turut menyebut ‘username’ Amira Othman meskipun majlis tersebut diadakan oleh Fattah Amin.

Di dalam hantarannya juga terselit salah satu gambar Amira Othman yang mengenakan jubah berwarna putih menghadiri majlis tersebut.

Hantaran dan kapsyen itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan rata-rata menganggap ianya adalah ‘bayangan’ tentang hubungan kedua-dua selebriti itu.

Screenshot 2025-02-25 213729.png

“Ustaz dah muat naik ni, apa tandanya ustaz. Tolong beritahu kami semua,” komen Aina.

“Salam ustaz, kira jadilah dua orang ni ya. Halus tapi sampai,” komen Zulhelmi pula.

“Comel je Dr. Zulkifli ‘mention’ nama Amira di penghujung kapsyen. Semoga Allah memudahkan urusan jika benar apa yang kami rasa benar,” komen Faqena pula.

Screenshot 2025-02-25 213715.png

Terdahulu timbulnya desas desus Fattah Amin dan Amira sedang menjalankan hubungan istimewa setelah mereka berdua terlibat dalam satu projek raya.

Gosip mengenai mereka memuncak apabila ada pihak yang mendakwa Fattah dan Amira sudah pun mengikat tali pertunangan.

Bagaimanapun, Fattah Amin menafikan dakwaan kononnya sudah melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Amira seperti yang tular sejak Ahad lalu.

Mengakui terkejut dengan gosip berkenaan, Fattah menganggap khabar angin itu mungkin timbul kerana komen netizen yang mendoakan mereka berdua.

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 25-2-2025 10:20 PM
I plak yg tolong seram utk AO
Camne nk jd mak tiri fatima
Quote MatDeghem 25-2-2025 10:24 PM
Feeding juadah pada netijen...uztad negara pun enterframe.
Quote Aneem 25-2-2025 10:28 PM
Aku kesian betul dgn AO
Berharap sungguh netizen kali ni
Kalau tak jadi, malu besau dia weh
Tp nak buat mcmana, dia pun mmg plan semua ni dari awal lagi
Quote sayawifenikmie 25-2-2025 10:53 PM
ada ke retis retis lain yg hadir doa selamat fatah ni ?
Quote Isninselasarabu 26-2-2025 10:23 AM
Haaa jeng3... Fattah amin n fmly mmg green flag.. good.. cume ibu nyamma nanti ok ke? Hrp2 smuanya good good..
Quote miss_strangers 26-2-2025 10:25 AM
Xsabar nak tunggu walimah pasangan paling perfect kat mesia ni kohkohkohkoh
Quote apedehal 26-2-2025 10:27 AM
Aneem replied at 25-2-2025 10:28 PM
Aku kesian betul dgn AO
Berharap sungguh netizen kali ni
Kalau tak jadi, malu besau dia weh

Nmpak ao berharap ke?nmpak dia biasa2 je..ntah2 plot twist nnt ao tunang tp bukan fattah
Quote prince_marhaen 26-2-2025 10:28 AM
Abdul tengah pancing memancing ke tu nak duduk dalam prominent family AO...
Quote apedehal 26-2-2025 10:28 AM
Lahh aku igt aku komen benang yg sama aku komen pg td..dah knp ada dua benang bincang topik yg sama
Quote pocongkiutss 26-2-2025 10:29 AM
Isninselasarabu replied at 26-2-2025 10:23 AM
Haaa jeng3... Fattah amin n fmly mmg green flag.. good.. cume ibu nyamma nanti ok ke? Hrp2 smuanya g ...

Bg iols toksah le kawen dgn retis..serabut jah..kalau jodoh tak panjang..tgk ha apa jd skrg..masa tgh sawit2 ni mmg la org puji..bila dh bitter?
Quote apedehal 26-2-2025 10:31 AM
sayawifenikmie replied at 25-2-2025 10:53 PM
ada ke retis retis lain yg hadir doa selamat fatah ni ?

Igtkn dia jemput sopia barakbah juge..
Musti cantik sof berselendang berjubah
Quote abadi84 26-2-2025 11:10 AM
Aneem replied at 25-2-2025 10:28 PM
Aku kesian betul dgn AO
Berharap sungguh netizen kali ni
Kalau tak jadi, malu besau dia weh


Itulah
Dia kena terimalah pujian mahupun kecaman
Consequences yg dia perlu hadap
Bila libatkan someone yg byk haters dan ada fanbase yg kuat mcm bamtah dlm kerja dan kehidupan dia
Quote pilut 26-2-2025 11:29 AM
abadi84 replied at 26-2-2025 11:10 AM
Itulah
Dia kena terimalah pujian mahupun kecaman
Consequences yg dia perlu hadap

kalau fansbase kuat knp lakonan drama, lagu nyanyian dia lepas cerai ni takde yg trending hype puN? kata ramai fans, ke ramai tu sokong percintaan saja??????? byk drama dia berlakon pasca cerai tp kenapa smua sendu takde trending pon? salah kt mana?
produk2 dia je yg hype sbb dia collab menggatal dgn prmpuan. jd maksudnya dia kne ada perempuan ke utk hype?? tak boleh stand alone?
tanya jeeeee. sbb lofa lepas putus dgn fatah ok je masih hype mcm mcm produk trending laku.
Quote ahnjaehyun 26-2-2025 11:59 AM
ni pasal apo nak masuk citer hajjah plak ni?  tolollwer orang panggil
Quote Aneem 26-2-2025 12:11 PM
apedehal replied at 26-2-2025 10:27 AM
Nmpak ao berharap ke?nmpak dia biasa2 je..ntah2 plot twist nnt ao tunang tp bukan fattah

Kan. Ku pun rasa begitu.
Dia tunang ngan org lain sebenaunya
Quote missbigrockstar 26-2-2025 12:16 PM
Boring. Next.
Quote MsIda 26-2-2025 12:20 PM
Alahai boringnya lah tak habis2 cerita mamat kayu ni
Quote scarflicious 26-2-2025 12:58 PM
sibuk benar Abdul dgn anak org. anak sendiri x di jenguk.
Quote aaz 26-2-2025 01:39 PM
apedehal replied at 26-2-2025 10:27 AM
Nmpak ao berharap ke?nmpak dia biasa2 je..ntah2 plot twist nnt ao tunang tp bukan fattah

Plot twist ao tunang bukan dgn fatah ok. Yg kesiannya kalau twist ngan Fatah tunang ngan org lain eg sofia B atau balik semula ngan ex. Apa2 hal, pompuan lah yg kesian. Bak kat Mira, dia perempuan tak boleh lebih2

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050360 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top