CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Andai jumpa pasangan yang tepat, biarlah ini perkahwinan terakhir’ - Erra Fazira

26-2-2025 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18421| Komen: 19|Original author: Raline


Erra-Fazira.jpeg


“Kalau dia (pasangan) pun sama macam saya nak belajar ‘landing’, mari kita buat sama-sama.”

Demikian kata-kata pelakon Erra Fazira mengharapkan dipertemukan dengan pasangan hidup yang mempunyai sasaran sama.

Selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, Erra atau nama asalnya Fazira Wan Chek, 51, belajar untuk mencari seseorang yang lebih tenang dalam perhubungan.


“Biarlah sasaran hidup kita sama iaitu mahukan ‘landing period’ (pengakhiran). Bukannya mencari pasangan yang masih mengejar dunia sangat.

“Kalau boleh kita nak ‘landing’ yang sama, saya pun masih belajar. Saya tidak mengharapkan pasangan yang ada ilmu hebat, tidak.

“Penanda aras untuk lelaki itu cukup sekadar sederhana tetapi mendamaikan,” katanya dalam sebuah audio siar.


Berkongsi lanjut, pelantun lagu Pertemuan itu turut mengimpikan perkahwinan yang terakhir buatnya.

“Siapa sahaja melangkah kaki ke alam rumah tangga, pasti ada impian mahukan inilah (perkahwinan) yang terakhir, terbahagia dan segalanya indah. Begitu juga dengan saya.

“Andai saya melangkah sekali lagi ke gerbang perkahwinan, jumpa pasangan yang tepat. Biarlah ini yang terindah dan membawa hingga ke akhir hayat, itu impian saya.

“Tidak ada orang yang berumah tangga hanya meletakkan sasaran untuk hidup bersama dalam dua tiga tahun. Apa pun macam saya cakap, saya selalu percaya pada aturan Allah,” ujarnya.

Ketika ini, Erra dilaporkan sedang berkawan rapat dengan usahawan dikenai sebagai Ezwan Zain.


Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai sekitar 2006.

Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.


Kemudian, Erra berkahwin buat kali kedua dengan usahawan, Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 26-2-2025 09:24 AM
Umo 51 dah ya EF ni..tak nampak menua yaa umo dia.. moga yg baik2 ja utk EF
Quote apedehal 26-2-2025 09:30 AM
Sian kak ratu da lama menjanda.
Quote Yaya04 26-2-2025 09:39 AM
Bukan mudah kawin janda bertopeng baik di depan tapi di belakang lain perangai nya orang yang ada pergalaman bercinta berkahwin dengan janda ni tau lah kesan apa berlaku bila berpasangan dengan janda ni lebih baik cari anak dara tak kira tua muda kalau dapat janda beriman dan setia kita bonus lah kalau janda janda terlibat dunia artis lupakan lah sebab janda janda artis bebas berkawan dengan lelaki dan bebas memandu kereta ke sana ke mari
Quote Minami2013 26-2-2025 09:45 AM
Moga dipertemukan jodoh yg baik. Cantik betul erra ni. Bila bertudung mmg upgrade rupa dia sbb rambut dia tak lawo, keras kejung.
Quote pocongkiutss 26-2-2025 09:46 AM
Yaya04 replied at 26-2-2025 09:39 AM
Bukan mudah kawin janda bertopeng baik di depan tapi di belakang lain perangai nya orang yang ada pe ...

"janda bertopeng baik di depan tapi di belakang lain perangai"

Ni sgt tepat menggambarkan retis di thread ini..lebih2 lg kes nk sailang laki kawan baik sendiri tu
Quote prince_marhaen 26-2-2025 10:45 AM
suka hati kau lah kak ratu, cikpet kau, bukan cikpet acikporom... cuma kalau kawin nanti susah lah kak ratu nak buat kerja pegawai pengiring kenamaan... gitteww meols upgrade nama jawatan kak ratu
btw, teruk nau taste kak ratu kali ni, macam ponen tua jual kuih je bf sheols.... coverina ke..
Quote Mamajiyem 26-2-2025 11:19 AM
Semoga bertemu jodoh yg tepat..suka tgok erra..dia cantik
Quote Namasayaomel 26-2-2025 12:48 PM
pergh..kemahin tajam dagu..dasyat edit
Quote JahLupa 26-2-2025 10:35 PM
prince_marhaen replied at 26-2-2025 10:45 AM
suka hati kau lah kak ratu, cikpet kau, bukan cikpet acikporom... cuma kalau kawin nanti susah lah k ...

Esekott ke.. seyes laa
Quote Kuin-Kepam 26-2-2025 10:42 PM
Edited by Kuin-Kepam at 27-2-2025 02:27 AM

Sekali dua..mungkin salah sorang yg problematik.
Kalau dah berkali-kali...maknanya?
Quote cm_vungtau 26-2-2025 11:23 PM
Silap kaka ratu lepaskan yuci untuk pak merang. Padahal time tu boleh pilih petik jadi aje siapa nak. Dah umur gini susah ler nak memilih
Quote cm_vungtau 26-2-2025 11:24 PM
Tapi yang pelik kenapalah kaka ratu kemain miss melesia takde pulak nak kasi anak pakai braces. Teruk sangat gigi tu. Kalau pakai masa kecik hari tu dah selamat dah sekarang.
Quote TerataiMelur02 26-2-2025 11:25 PM
Mungkin ratu boleh cuba ex laki mak tintan?
Quote caprisonne 26-2-2025 11:27 PM
Makin tirus dagu. Edit ke buat guna threading? Tak rasa dia lawa sbb byk nau kefakeannya
Quote weezerfan 26-2-2025 11:39 PM
Yaya04 replied at 26-2-2025 09:39 AM
Bukan mudah kawin janda bertopeng baik di depan tapi di belakang lain perangai nya orang yang ada pe ...

Ni nek umie ker?
Quote sharlenetexas 26-2-2025 11:53 PM
Erra bibir makin kejung.


Quote suri33 27-2-2025 11:26 PM
Umur2 kalau akak gomen ni dh tgu nk pencen dan join usrah mengejar akhirat.
Quote tukul 27-2-2025 11:43 PM
cm_vungtau replied at 26-2-2025 11:23 PM
Silap kaka ratu lepaskan yuci untuk pak merang. Padahal time tu boleh pilih petik jadi aje siapa nak ...

Ini betul...byk duit yuci tu...
Quote cm_vungtau 28-2-2025 01:00 PM
tukul replied at 27-2-2025 11:43 PM
Ini betul...byk duit yuci tu...

Dahla lepaskan Yuci dapat Merang pulak tu. Tragis

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.080413 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top