CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Biarlah dia bertudung kerana Allah", Isteri tutup aurat tak mahu jadi fasik, Azlan Komeng insan paling bahagia

26-2-2025 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17575| Komen: 21|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-25 231958.png


ISTERI pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz sudah berhijrah menutup aurat dengan sempurna.

Kata Nilam, 45, dia mengambil keputusan bertudung sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya dan keluarga.

"Saya memang sudah berhijab sebab Allah beri rezeki. Sebenarnya ada dua pilihan sama ada kita mahu bersyukur atau menjadi lebih fasik.

"Jadi saya memilih untuk bersyukur dan membuat keputusan untuk berhijrah (pakai tudung)," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nilam berkata sebelum ini dia sudah membiasakan diri menutup bahagian kepala dengan menggunakan sarung ketika membuat siaran langsung di TikTok.

Screenshot 2025-02-25 231920.png


Hal demikian membuatkan wanita berkenaan terdetik untuk mengenakan hijab dengan sempurna. ''

"Pada awal bertudung saya tidak pakai tudung seperti ini tetapi hanya memakai penutup kepala berbentuk beruang.

"Sampai satu masa saya terdetik untuk bertudung, saya tidak pandai nak berfesyen seperti orang lain.

"Saya hanya mahu memakai tudung yang selesa. Tak perlu nak berfesyen sangat," ujarnya.

Sementara itu, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia tidak pernah memaksa Nilam menutup aurat kerana mahu isterinya itu ikhlas kerana Allah SWT.

Menurut Azlan, dia bersyukur dengan penghijrahan Nilam dan sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha murni isterinya untuk bertudung.

"Dari dulu konsep saya tidak mahu isteri memakai tudung kerana suami. Biarlah dia bertudung kerana Allah.

"Alhamdulillah daripada awal saya dah cakap dan tidak memaksa kerana biarlah dia menutup aurat dengan seikhlasnya.

"Jadi apabila sudah sampai seru isteri saya ambil keputusan untuk bertudung, saya orang paling bersyukur dan bahagia," katanya.


SUMBER: mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 26-2-2025 08:49 AM
smoga istiqomah amin.. sheol pun reverted to muslim juga.
Quote prettyuglybabe 26-2-2025 10:45 AM
kalau tutup aurat sempurna, bahagian tersembul-sembul kena lindung..
lengan tu kena tutup sampai pergelangan..
jadi labuhkan la selendang lengan baju dan kaki seluar pakai stokin..
kecuali kalau kita dah sampai umur tun hasmah..
Quote jalfa 26-2-2025 11:10 AM
Aku tertengok komeng irl kat kedai mamak last month herlok jugak.dalam tb nampak hitam.kat luar cerah je kulit cuma rendah je patutlah ramai bini.ex bini ..
Quote aciksenah 26-2-2025 12:48 PM
jalfa replied at 26-2-2025 11:10 AM
Aku tertengok komeng irl kat kedai mamak last month herlok jugak.dalam tb nampak hitam.kat luar cera ...

Bukan ke kata lumpuh hari tu? ke orang lain?
Quote L@L@ 26-2-2025 01:06 PM
Memang bentuk muka dia gitu ke?
Quote nazriatie 26-2-2025 01:14 PM
aciksenah replied at 26-2-2025 12:48 PM
Bukan ke kata lumpuh hari tu? ke orang lain?

Dh blh jalan asbab pakai minyak or ubat yg wife dia buat. Itu yg wife dia jual jgk ubat tu sebab ramai request
Quote KakRumiMenari 26-2-2025 01:14 PM
aciksenah replied at 26-2-2025 12:48 PM
Bukan ke kata lumpuh hari tu? ke orang lain?

Tgk klip dlm artikel tu siap bukak step silat lagi.. guna minyak yg dia jual.. huhu
Quote irvene 26-2-2025 01:40 PM
nazriatie replied at 26-2-2025 01:14 PM
Dh blh jalan asbab pakai minyak or ubat yg wife dia buat. Itu yg wife dia jual jgk ubat tu sebab r ...

i ingat nk beli dah add to cart tapi duk pk2 lagi ni. elok ke tidak obat dia tu?
Quote jihah_kudat 26-2-2025 01:58 PM
mstar memang suka kan interview retis2 kelas bawahan macam ni..retis2 tu pulak excited asal boleh kena interview dgn wartawan..
Quote elnor_81 26-2-2025 02:06 PM
Aku ad bli myk dia..stakat ni ok sket rse.i sokmo lenguh² kaki bukak skolah ni. Byk naik tggal turun tgga..
Quote aciksenah 26-2-2025 04:40 PM
KakRumiMenari replied at 26-2-2025 01:14 PM
Tgk klip dlm artikel tu siap bukak step silat lagi.. guna minyak yg dia jual.. huhu

Tiba2 jual minyak pulak...magic betul..
Quote aciksenah 26-2-2025 04:43 PM
nazriatie replied at 26-2-2025 01:14 PM
Dh blh jalan asbab pakai minyak or ubat yg wife dia buat. Itu yg wife dia jual jgk ubat tu sebab r ...

Lumpuh tu doktor yang cakap ke dia sendiri yang claim..kalau retis ni iols was2 sikit..Tak de netijeng yang siasat ke?
Quote kepompong 26-2-2025 04:43 PM
irvene replied at 26-2-2025 01:40 PM
i ingat nk beli dah add to cart tapi duk pk2 lagi ni. elok ke tidak obat dia tu?

Tak
Quote kepompong 26-2-2025 04:44 PM
aciksenah replied at 26-2-2025 04:43 PM
Lumpuh tu doktor yang cakap ke dia sendiri yang claim..kalau retis ni iols was2 sikit..Tak de neti ...

Jap lagi mamakentutrimau tiru modus operandi sama
Quote kepompong 26-2-2025 04:45 PM
elnor_81 replied at 26-2-2025 02:06 PM
Aku ad bli myk dia..stakat ni ok sket rse.i sokmo lenguh² kaki bukak skolah ni. Byk naik tggal turu ...

Pakai apa minyak pun boleh sembuh. Sbb u tak lumpuh . Kan.
Quote kepompong 26-2-2025 04:45 PM
aciksenah replied at 26-2-2025 04:40 PM
Tiba2 jual minyak pulak...magic betul..

Pastu ada plak org percaya
Quote kepompong 26-2-2025 04:47 PM
Dr pakar dah boleh resign . Pompuan yg tidak ketahuan asal usulnya tu lagi terrer dari doktor pakar


Lailailai
Mari Mari beli minyak
Quote kepompong 26-2-2025 04:49 PM
Dah tahun 2025 ada lagi orang percaya penjual ubat tak tauliah
Quote irvene 26-2-2025 06:14 PM
kepompong replied at 26-2-2025 04:43 PM
Tak

ya tuhan. ok lah nk remove dari cart

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.081052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top