GEORGE TOWN – Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di sini telah ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia 21 tahun ketika pemeriksaan jantung semalam. Suspek dikatakan mengarahkan mangsa membuka pakaian tanpa kehadiran jururawat wanita dan mangsa mengikut arahan tersebut, menyangka ia adalah prosedur operasi standard (SOP) untuk pemeriksaan jantung. Selain itu, suspek juga dipercayai mengunci bilik tersebut. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pegawai perubatan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di tempat kerjanya sekitar pukul 9.30 malam. “Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 2 Mac untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Kosmo |
Jitu replied at 28-2-2025 02:07 PM
umur da 43 pun masih tak blh kawal nafsu bodonya
memalukan je
dua_chzy replied at 28-2-2025 10:10 PM
Meols dah kata kan jantan ni gimana.
ADVERTISEMENT