CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Umum Kerajaan Sumbang RM35 Juta Bantu Program myWakaf PTPTN dan PWNB

27-2-2025 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6525| Komen: 0

 


PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah menyumbang sebanyak RM35 juta untuk menyokong dua inisiatif wakaf utama, iaitu myWakaf PTPTN dan Permodalan Wakaf Nasional Bhd (PWNB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan sumbangan tersebut dalam ucapannya sempena Majlis Peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Menurut Anwar, sebanyak RM30 juta disalurkan kepada program myWakaf PTPTN, sementara RM5 juta diperuntukkan untuk PWNB, sebagai usaha untuk mengukuhkan ekosistem wakaf di negara ini.

“myWakaf PTPTN adalah biasiswa wakaf pendidikan yang diuruskan bersama Yayasan Wakaf Malaysia dan PTPTN, bertujuan untuk membantu mahasiswa dari golongan asnaf, M40, dan B40.

“PWNB pula merupakan wakaf yang menyediakan modal permulaan untuk pembentukan entiti, dengan dana ini khusus untuk pembangunan kewangan sosial Islam seperti waqaf, baitulmal, dan zakat,” jelasnya.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048837 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top