CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja lelaki OKU ‘angkat’ budak perempuan dalam masjid mengaku salah

27-2-2025 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8705| Komen: 49

 


AMPANG – Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika solat subuh di sebuah masjid di Hulu Selangor, mengaku salah atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Jurubahasa: Faham pertuduhan? Mengaku salah atau tidak?
Tertuduh: Mengaku.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bagi maksud seksual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah masjid di Batangkali, Hulu Selangor pukul 6.20 pagi pada 21 Februari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan dibawah kesalahan Seksyen 14(a) Akta kesalahan-Kkesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 14 akta yang sama.


Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga boleh dikenakan hukuman sebat.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memaklumkan berikutan tertuduh merupakan pesalah muda dan tertuduh mengaku salah, pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan satu tarikh sebutan bagi laporan sosialnya.

“Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan dan melapor diri di balai polis berdekatan,” kata Nufadzlin.

Semasa prosiding, Hakim Norshila kemudian bertanya kepada tertuduh, adakah ada ahli keluarga yang hadir pada hari ini, tertuduh kemudian menjawab tiada.

Mendengar perkara itu, mahkamah kemudian menetapkan 27 Mac ini bagi sebutan semula kes
serta mendengar laporan sosial tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan.

Mahkamah juga turut menetapkan syarat-syarat tambahan seperti yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan ketika solat subuh di sebuah masjid pada 21 Februari lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang sujud di belakang barisan jemaah wanita dan rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek berkopiah putih menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.

Ketika itu, murid berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri dan ia tidak disedari jemaah wanita lain yang sedang sujud.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 27-2-2025 02:56 PM
Suspek nie sebatang kara ke? Dah tiba masanya oku pun harus disebat & penjara kalau melakukan jenayah seperti ini.
Quote Myeramie 27-2-2025 02:58 PM
Yang ni ifanonline xnak komen ke
Quote totokreturn. 27-2-2025 03:22 PM
kalo jadi la sebat dan hukum dia ni, lepas ni dah tak bleh guna alasan oku lagi la
Quote doubleA 27-2-2025 03:33 PM
Kesian budak perempuan tu, tengah sujud boleh kena angkat. Mak/penjaga lain kali kalau bawa anak solat masjid, solat hujung saf, anak letak tepi. Make sure anak dalam jagaan mata macamana kita jaga barang berharga masa solat
Quote Decaffeinated 27-2-2025 03:47 PM
Kalau dalam Islam orang gila ni takde dosa sebab dia gila.
Quote amyza 27-2-2025 03:57 PM
3chanceno replied at 27-2-2025 02:56 PM
Suspek nie sebatang kara ke? Dah tiba masanya oku pun harus disebat & penjara kalau melakukan jenaya ...

Betul.
Kena tengok oku apa, bukan semua oku tu dilepaskan.
Mcm makcik iols pun dapat kad oku sbb jari kelingking dia cacat(cedera accident) lain2 elok jer. Otak pun betul.
Quote naina 27-2-2025 07:41 PM
3chanceno: Suspek nie sebatang kara ke? D ...


Dia ni OKU pembelajaran je. Bukan OKU otak dan fizikal. Masalah slow leaner. Zaman sekarang otak lembab pun dikategorikan OKU. Heran aku. Semudah itu nak kata OKU. Ini bermakna bukan semua orang blh terima subjek sekolah. Umpama bukan semua orang pandai bertukang. OKU betol org yang takrifkan lembab ni sbg OKU
Quote naina 27-2-2025 07:43 PM
Decaffeinated replied at 27-2-2025 03:47 PM
Kalau dalam Islam orang gila ni takde dosa sebab dia gila.

Dia tak gila. Cuba bodoh je. So hukum tetap hukum. Ehh lama2 aku meluat orang asik guna alasan OKU untuk defend diri.
Quote akies 27-2-2025 08:57 PM
Dia ngaku tu maksudnya dia faham la kan dia buat salah
Quote Zeatyisaac 27-2-2025 09:13 PM
naina replied at 27-2-2025 07:41 PM
Dia ni OKU pembelajaran je. Bukan OKU otak dan fizikal. Masalah slow leaner. Zaman sekarang otak l ...

Yang ni I setuju. Semua benda nak di OKU kan. Slow learner dalam pembelajaran biasa je. Bab lain takde slow learner pun, lagi advance adalah.
Quote Purestteam1 27-2-2025 11:11 PM
Rasanya dia buat dlm keadaan sedar/normal. sebab boleh angkat n bawa ke tempat lain... klu x normal masa adik tu sujud dia dah kacau


hanya pandangan
Quote ninja boy 28-2-2025 12:07 AM
Test2 macam lembam test2 suku lembam terus masuk oku lah senang x payah masuk kelas aliran biasa
Quote Lampuled 28-2-2025 12:12 AM
Syukur ada cctv kat situ, jika tidak ada la mcm² version cerita keluar.
Quote yoppoy 28-2-2025 12:44 AM
akies replied at 27-2-2025 08:57 PM
Dia ngaku tu maksudnya dia faham la kan dia buat salah

Kalau tengok movie, iols selami watak prosecutor boleh argue memang ada niat jahat sebab pandaiii dia bab tunggu jemaah hellok sujud semua baru dia plan buat onar angkut mangsa tu
Quote naina 28-2-2025 12:46 AM
Zeatyisaac replied at 27-2-2025 09:13 PM
Yang ni I setuju. Semua benda nak di OKU kan. Slow learner dalam pembelajaran biasa je. Bab lain t ...

Betol. Nafsu tu kuat je macam normal. Dia masalah belajar ni bukan dia xfaham. Tapi lambat ckit. Anak buah belah suami aku ada sorang diognise OKU slow leaner. Tapi budaknya normal je..urus diri sndiri. Punca nya masa darjah 3 dia belum pandai baca dan kenal huruf tu. Pastu tulis terbalik2. Pastu suruh jumpa doktor. Dah dapat kad OKU dan dapat segala privilege bantuan segala. Semudah itu ya. Aku tnya sampai bila2 ke status OKU. Kalau dah pandai baca kira semua masih kekal OKU ke. Jawapannya yeeeeeeee sampai dewasa mati ya. Tapi budak tu dah pandai baca pun masa darjah 5 bila masuk kelas khas.
Quote naina 28-2-2025 12:50 AM
Zaman aku sekolah dulu budak lambat kebelakang ni masuk kelas pemulihan je..takda terus dapat kad OKU. Dia kena cikgu beri perhatian lebih. Lepastu pandai la..dah xpayah kelas pemulihan je. Aku xsetju betol slow leaner pun dikategorikan slow leaner. Pengedar dadah yg kena gantung kat Singapore pun family minta dibicarakan lagi alasan dia OKU pembelajaran. Tengok. OKU akedemik shj. Bukan kehidupan seharian. Dlm kehidupan seharian pun kalau rasa benda tu menyusahkan diri KO takpayah buat.
Quote yururi 28-2-2025 12:52 AM
Nasib baik ada cctv. Klu takde, confirm budak pompuan tu yg kena maki hamun kurang ajar, buat2 citer, menghina OKU
Quote Zack8hunter 28-2-2025 06:45 AM
keluar dah kad OKU
Quote JunkMail 28-2-2025 08:00 AM
Decaffeinated replied at 27-2-2025 03:47 PM
Kalau dalam Islam orang gila ni takde dosa sebab dia gila.

Dia bukan gila.. dia lembam.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.096505 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top