CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 74 Tahun Miliki 16 Isteri, Lebih 100 Anak dan 144 Cucu

27-2-2025 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7371| Komen: 10

 


DODOMA – Seorang lelaki di Tanzania mencuri perhatian ramai kerana memiliki 16 isteri, lebih 100 anak dan 144 cucu yang tinggal bersama dalam sebuah perkampungan kecil yang dibina khas buat keluarganya, lapor portal Oddity Central.

Mzee Ernesto Muinuchi Kapinga, 74, mula berpoligami atas permintaan bapanya yang mahu dia memperluaskan keturunan keluarga mereka.

“Bapa saya berpesan supaya saya membesarkan keluarga kami. Sejak itu, saya memilih poligami,” katanya.

Pada zaman kemuncaknya, Kapinga pernah memiliki 20 isteri namun ada yang meninggal dunia dan berpisah dengannya.

Setiap isteri disediakan rumah sendiri lengkap dengan dapur bagi memastikan mereka selesa dan bebas menguruskan keluarga tanpa sebarang persaingan.

“Saya tidak pernah cemburu kerana semua orang tahu peranan masing-masing. Kami bertani bersama, memasak dan bekerja sebagai satu komuniti. Sistem ini berfungsi dengan baik,” kata salah seorang isterinya.


Keluarga besar itu bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian dan ternakan sebagai sumber pendapatan. Mereka menanam jagung, kacang, ubi kayu, pisang dan menjual hasil lain untuk menyara kehidupan seharian.

Komuniti unik ini menjadi bukti bagaimana keharmonian boleh dicapai melalui perpaduan dan kerjasama. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 27-2-2025 04:35 PM
Ramainyeee isteri dia. Mcm mana manage time tu? Kalau gilir² sebulan 2× jer lah kan ingat ke semua nama anak? Pastu anak² tu sesama membesar tiber kawen sesama diorg mcm mana? Rumah pun jenis gitu jer
Hahaha bnyk pulak soalan
Quote B40tastePosh 27-2-2025 04:43 PM
Uishhh, siap dapat pingat kebesaran Jasa Negara.
Quote naina 27-2-2025 04:47 PM
Aku percaya boleh hidup aman2 sebab duduk pedalaman hutan dan makan pun sumber alam..tak kalut pergi kerja berpaksikan duit semata2.
Quote B40tastePosh 27-2-2025 05:08 PM
naina replied at 27-2-2025 04:47 PM
Aku percaya boleh hidup aman2 sebab duduk pedalaman hutan dan makan pun sumber alam..tak kalut pergi ...

Manusia memang diciptakan untuk beribadat, makanan untuk survival jasad...rumah untuk berteduh jasad.

Kita bukan macam Jin, Jin jasad dia pucuk api dan udara panas, sebab tu Allah angkat kita ni sebagai Khalifah Bumi....hidup manusia lebih susah.

Quote edayildiz 27-2-2025 05:12 PM
Edited by edayildiz at 27-2-2025 05:13 PM

omai dia ni kira keturunan negro la kn..
asal blackie je i kira negro la..
alang alang cite negro..smlm ada jiran negro i tlg...angin kuat agaknya...pintu nk masuk ke kwsn umah kitorg tu mcm ditolak angin..i tolak pintu tu nk hempap i..i nyaris kena hempap ngn pintu...serammm.dia tgh gayut kt fon dpn umah dia berlari nk slmtkn i..tiber rasa baiknyaa.....selalu i jeling negro wpn xde salah pape..smlm i ckp tq giru
Quote AkokKocik 27-2-2025 08:20 PM
Edited by AkokKocik at 27-2-2025 08:22 PM

Lelaki aprika berpoligami...semua isteri dpt rumah masing2 supaya tiada persaingan menguruskan kluarga, sementara lelaki islam berpoligami semua isteri dikumpulkan dlm satu rumah, bilik jer lain2...klu istri2 bergaduh, suami islam lari membawa diri ke masjid surau, bukannya nk selesaikan masalah...

Lelaki aprika berpoligami, istri2 & anak2 cukup makan, lelaki islam berpoligami, istri2 & anak2 pandailah hidup sendri.
Quote whimsicalmusic 2-3-2025 08:22 AM
cult
Quote gideoncross 2-3-2025 11:43 PM
Hahahahaha
Quote ardent91 2-3-2025 11:53 PM
x sunyi la kalo dah tua nanti.. meriah dikelilingi isteri2, anak dan cucu cicit
Quote hiswife 3-3-2025 03:07 AM
Ingat tak nama semua anak n cucu?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045969 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top