CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Gene Hackman, Isteri dan Anjing Ditemui Mati di Rumah, Tiada Unsur Jenayah

27-2-2025 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29752| Komen: 6

 


PELAKON Gene Hackman dan isterinya iaitu Betsy Arakawa ditemukan sudah meninggal dunia di kediaman mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Daily Mail, selain pasangan berkenaan turut ditemukan tidak bernyawa adalah anjing peliharaan mereka.

Menurut Syerif Santa Fe County iaitu Adan Mendoza, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah melibatkan pelakon veteran itu bersama isterinya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut punca kematian pasangan berkenaan.

Malah waktu sebenar kematian mereka juga masih lagi dalam siasatan.

Difahamkan, kali terakhir pasangan ini muncul di khalayak ramai adalah pada Mac tahun lalu.

Hackman, 95, memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1956 dan cukup terkenal dengan watak Jimmy 'Popeye' Doyle dalam filem The French Connection.


Mediang juga pernah memenangi dua trofi Academy Awards, dua Bafta Awards, empat Golden Globe Awards dan Screen Actrors Guils Award.

Manakala isterinya Arakawa, 63, pula merupakan seorang pemain piano klasikal.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-2-2025 09:13 AM
Apa punca kematian ni? Keracunan gas kah?
Baru perasan yg mendiang ni jadi org jahat dlm filem Superman dulu2
Quote lasagna 28-2-2025 10:02 AM
ini yg di katakan sehidup semati..
Quote alesandra 28-2-2025 11:47 AM
kurusnya tapi yelaa umur pun dah 95thn
Quote lasagna 28-2-2025 02:18 PM
alesandra replied at 28-2-2025 11:47 AM
kurusnya tapi yelaa umur pun dah 95thn

tu laa tu, dia sesaing clint eastwood juga kan, umor dah 90an juga..
Quote alesandra 28-2-2025 03:35 PM
lasagna replied at 28-2-2025 02:18 PM
tu laa tu, dia sesaing clint eastwood juga kan, umor dah 90an juga..

kat X kata kematian dia meragukan.sian gak tua2 kalo kena bunuh

[twitter]https://twitter.com/charliekirk11/status/1895156878243701087[/twitter]
Quote lasagna 3-3-2025 12:04 PM
alesandra replied at 28-2-2025 03:35 PM
kat X kata kematian dia meragukan.sian gak tua2 kalo kena bunuh

waaa betul2 'sus' kes ni..
dah mcm bau2 bacang dgn kes sri dewi dah ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.089020 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top