CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak boleh duduk rumah, pakai kereta saya’- Nilam izin Azlan Komeng kahwin lain

6-3-2025 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18891| Komen: 20|Original author: Raline

az.PNG


Akur bakal dimadukan, usahawan selebriti Nur Nilam Ortiz menetapkan beberapa syarat kepada suaminya pelakon, Azlan Komeng sebelum lelaki terbabit menikahi wanita lain.

Nur Nilam, 46, berkata, syarat tersebut digariskan kerana poligami bukan perkara yang mudah apabila memerlukan tanggungjawab seadilnya terutama sebagai ketua keluarga.

“Awak nak kahwin boleh, tiada masalah. Tapi saya letakkan syarat saya.

“Dah kahwin nanti tak boleh duduk rumah saya. Awak tak boleh guna kereta saya. Awak kena usaha sendiri,” katanya dalam perkongsian video TikTok.


Nur Nilam turut memaklumkan Azlan bukan bekerja dengannya, tetapi hanya dilantik sebagai duta bagi promosi produk syarikat miliknya.

Katanya, suaminya itu perlu melunaskan nafkah buat kedua-dua kediaman termasuk untuk dirinya selepas dia berkahwin lain nanti.

“Ya, awak hanya duta syarikat saya, bukannya bekerja dengan saya.

“Lagipun, saya dah bercakap dengan Abang Lan (Azlan) kalau berkahwin dia kena jaga dua rumah. Rumah saya dia kena bayar, nafkah kena bagi,” kongsinya.

Luahan Nur Nilam yang juga pelakon meraih perhatian di media sosial yang rata-ratanya menyokong tindakannya mendapatkan hak sebagai isteri.

Menerusi hantaran lain, dia juga mengakui sudah bertemu bakal madu seterusnya memberi keizinan suami berkahwin lagi, sekali gus menafikan pendedahan dilakukan hanya untuk kandungan media sosial.


“Ya betul, Azlan akan berkahwin lagi dan saya sudah bagi ‘green light’ sebab dia nak, saya nak buat macam mana.

“Semua orang cakap sekadar ‘content’, tapi tidak. Saya sudah bertemu wanita itu minggu lalu tapi sekarang Azlan tak beri kata putus, saya ada bertanya, dia mengelak.

“Wanita ini bertegas nak kahwin dengan Azlan. Dia mahu saya datang meminang dalam bulan puasa dan bernikah Aidilfitri ini. Azlan belum beri kata putus. Kalau Azlan setuju, saya pergi meminang, tapi hari nikah saya tiadalah,” kongsinya.

Beberapa hari lalu Nur Nilam memberi bayangan bakal dimadukan dengan mendakwa suaminya kini dalam perancangan untuk berpoligami.


Susulan pendedahan tersebut, ramai meluahkan simpati terhadapnya yang tetap di sisi Azlan ketika pelakon itu hampir lumpuh dan perlu diuruskan sepenuh masa akibat kemalangan pada 12 Oktober tahun lalu.

Sepanjang tempoh suami terlantar dia yang berusaha mencari rezeki buat keluarga sehingga aktor terbabit kembali sihat dan mampu berjalan semula.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote areyam 6-3-2025 08:07 AM
kalau dah jodoh
Quote ezacbee 6-3-2025 08:08 AM
Kuat berfilter..
Quote jlo 6-3-2025 08:12 AM
bagus gak dia bagi syarat camni..
tak mampu tapi nak kawen lagi 1..ptuikkkk
Quote Moyangkucing 6-3-2025 09:42 PM
tabah dia hadapi semua ini... mintak2 jantan taguna laki dia tu sedar diri sikit..
Quote naina 6-3-2025 10:16 PM
Terpaling sporting
Quote honeystar_11 6-3-2025 10:51 PM
Tak paham lelaki2 camni, lps dah sihat mula la nak buat perangai. Sempat ek diorg
Tabah dan sabarnya la bininya pun
Quote anony-mous 7-3-2025 12:30 AM
I yakin ni gimmick marketing
Quote babyLON. 7-3-2025 02:45 AM
I kenal sorang lelaki perangai camni. Sebelum sakit baik sgt, lepas sakit dan sembuh menjadi jadi kehendak dia nak kawin lg
Quote lasagna 7-3-2025 08:15 AM
azlan tu dah ok dah laa ya kakinya?
dia org prnh eksidon kan sesama dlu.
ada trtgk podcast mana ntah..
Quote dewi_rina 7-3-2025 09:13 AM
Jual minyak dapat beli kereta baru, nnti bagi laki kahwin dua dapat beli rumah banglo baru.. Seronok org skrg buat benda mcm ni, janji dpt merasa senang..
Quote BellaThePrinces 7-3-2025 09:15 AM
dah akur
dah bagi keizinan

tp malam tadi dlm melodi mnangis2 sedih tanpa airmata

propa la..

si laki pun tak respon apa2...agaknya ikut aje lah marketing bini nya

cukup-cukup lah........
Quote kepompong 7-3-2025 01:08 PM
babyLON. replied at 7-3-2025 02:45 AM
I kenal sorang lelaki perangai camni. Sebelum sakit baik sgt, lepas sakit dan sembuh menjadi jadi ke ...

Masa dia sakit tu dia rasa rugi kalau aku mati. Tu yang dah baik cepat2 nak kawen jugak OKG bukan ke sebelum ni citer dia berzina. So kakau kata nak kawen lagi tu, benda basi berulat
Quote kepompong 7-3-2025 01:10 PM
Dah ada gigi dia
Quote babynina30 7-3-2025 01:14 PM
I ada soalan
Melodi skrg mmg mlm hari ke ?
Bkn ahad 12.30pm lg dah ?
Quote babynina30 7-3-2025 01:14 PM
I ada soalan
Melodi skrg mmg mlm hari ke ?
Bkn ahad 12.30pm lg dah ? Lama x tgk tv. Hee
Quote Purplehaz 7-3-2025 01:32 PM
Bisnis nilam ni semakin maju
Perangai semakin elok..okla tu
Quote lilynurziya 7-3-2025 05:27 PM
Aku percaya ni sekadar gimik je kalau tengokkan gaya si laki balas komen netizen
Quote ohsoyaya 7-3-2025 08:02 PM
Klu betullah, bakal madu tu seorg yg sgt pelik. Azlan tu ada apa je? Rupa pun xde. Ghete lg la
Quote ohsoyaya 7-3-2025 08:02 PM
babynina30 replied at 7-3-2025 01:14 PM
I ada soalan
Melodi skrg mmg mlm hari ke ?
Bkn ahad 12.30pm lg dah ? Lama x tgk tv. Hee

Haah yalls. Da tukar waktu siaran ke waktu mlm

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.066571 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top