CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish selalu jumpa bekas suami, pergi majlis ilmu pun sama-sama

6-3-2025 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12137| Komen: 7|Original author: Raline

nf.PNG


Kembali bersendirian menyambut Ramadan, Nora Danish tidak menolak terbitnya rasa sedih, namun bersyukur keluarga sentiasa menemaninya.

Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dia dan bekas suami, Nedim Nazri selalu bertemu, justeru rasa kehilangan tidak terlalu dirasai.

"Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun, Ramadan ini terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sahajalah sebab kami biasa bersama.

"Saya tinggal berdekatan dengan emak, jadi tidak rasa kehilangan," katanya kepada BH Online.


Kerap dilihat menghadiri majlis ilmu bersama Nedim, Nora berkata, dia selesa dan tidak melihat di mana salahnya jika mahu membuat kebaikan.

"Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi, apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama.

"Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri," katanya.

"Saya mahu khatam al-Quran, insya-Allah. Selain itu, saya akan luangkan masa bersama keluarga. Saya kurangkan aktiviti sebab hendak menyambut Ramadan lebih daripada Aidilfitri," katanya.


Berkongsi pengalaman mengerjakan umrah sebelum Ramadan, baru-baru ini, Nora berkata, perasaannya kali ini berbeza apabila tiada lagi kerisauan, sebaliknya berserah.

"Sebelum ini, saya lebih kepada perasaan takut, tapi kali ini saya mahu mencari cinta Allah. Jadi, ia agak berbeza.

"Dahulu, apabila tengok ramai orang, rasa risau, tapi kali ini seronok berhimpit mencari keredaan Allah," katanya.

Nora bersyukur ramai pengikut dalam media sosial tertarik berangkat ke Tanah Suci melalui hantaran dimuat naik.


"Alhamdulillah, saya berniat apabila memuat naik hantaran ketika mengerjakan umrah, biarlah memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.

"Kalau hendak tanya doa, saya rancang macam-macam, tetapi apabila tiba di sana, saya hanya berserah. Setiap masa saya luangkan masa untuk berdoa untuk kebaikan keluarga, kesihatan dan rezeki," katanya.

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 8-3-2025 10:41 PM
semoga depa kembali rujuk
Quote mamajawie 9-3-2025 12:41 AM
gambar depa berdua kat atas tu seiras..
Quote zuriey 9-3-2025 05:29 AM
Mcm bengkak pula muka sheols
Cucuk2 juga ke nora
Quote LadyDiddy 9-3-2025 11:04 AM
Besar dah anaknya.. memang panggil mohamed ke sekarang? Dulu neyney kan? Iols dah lama tak ikut perkembangan nowa
Quote honam 9-3-2025 11:27 AM
moga dapat hidayah
Quote afie_m 10-3-2025 11:41 AM
semoga kekal begini nora, cantik dia brtudung
Quote sangbara2020 11-3-2025 09:48 AM
Dh decode ke yg retis bertudung sbb content tu?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046733 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top