CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat nak tolong peniaga sendu di bazar, rupanya memang makanan semua hauk!

6-3-2025 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17996| Komen: 63|Original author: Raline

kh.PNG


Bazar Ramadan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa, tetapi kualiti dan harga makanan kerap menjadi isu.

Demikian juga pengalaman wanita ini yang membeli kuih daripada seorang peniaga warga emas di sebuah bazar.

Menurut wanita tersebut, ketika dia singgah ke gerai pakcik itu masih banyak kuih yang belum terjual kerana kurang mendapat sambutan pelanggan.

Bagaimanapun, dengan niat untuk membantu dan menyokong peniaga kecil, dia membeli empat jenis kuih yang dijual.

"Saya pergi la beli dekat bazar dia. Saya fikir air tangan orang tua mesti sedap. Kuih murah empat ketul RM2 je.

"Masa berbuka, saya makan la kuih dia. Patut la tak ada pelanggan (membeli).

"Kuih ketayap inti hanya hampas kelapa, kuih limas dan inti popia pula basi dan kuih gelang keras 'kejung'," ujarnya.

Berdepan situasi itu, persoalan timbul dalam dirinya sama ada dia patut kembali ke gerai pakcik itu keesokan hari untuk memberitahu mengenai kualiti kuih-kuih yang dijual.

Sebagai pelanggan, dia beranggapan mungkin peniaga itu tidak sedar tentang rasa atau kualiti kuih yang dijual memandangkan tidak ramai pelanggan membeli.

Selepas hantaran itu tular, ramai netizen tampil memberikan pandangan mencadangkan agar wanita tersebut menegur peniaga itu secara baik.

Menurut pengadu, dia berharap tegurannya itu boleh membantu pakcik itu memperbaiki resipi dan kualiti kuih jualannya demi kebaikan bersama.

"Serba salah juga sebenarnya (nak tegur). Risau dia tak boleh terima feedback (maklum balas). Bukan nak cakap kuat-kuat pun, nak tegur slow-slow. Harap pakcik tu okay la.

"Rasa serba salah. Tapi kena bagitau juga la kan. Mungkin dia jual kuih yang semalam ke apa. Kasihan tengok sebab orang tua yang niaga tapi kalau tak bagitahu dah macam aniaya pembeli je," katanya tanpa memaklumkan lokasi bazar Ramadan.

Ada juga warga maya yang mencadangkan supaya teguran dibuat secara tidak langsung, seperti menulis surat kepada peniaga tersebut sekiranya dia tidak berani bersemuka.

"Kalau tak berani nak berjumpa dia secara berdepan, tulis surat hantar dekat dia. Entahnya dia cuma tolong jualkan kuih orang je.

"Cakap baik-baik. Kata dengan pakcik tu, pakcik berniaga bukan ikut sedap hati, tapi nak masuk poket. Kalau sedap hati poket tak sedap, sia-sia sahaja.

"Pak cik buat R&D (research and development) dalam dua hingga tiga hari dulu lepas tu jual balik dekat sini. Kalau tak nak terima, kubur masing-masing," antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 6-3-2025 01:24 PM
Masih dapat menahan diri dr jejak ke bazar ramadan.
Iols beli murtabak dan lauk pauk dkt kedai makan area rumah.
sah2 la dh tau sedap
Quote nolya 6-3-2025 01:40 PM
Seperkara nak tanyalah.  Skr ni pbt yg keluarkan lesen adakan aturan ketat iaitu lesen hanya diberikan kpd peniaga asli, yg benar2 mau meniaga dn bukan dialibabakan.
Berbalik kpd soal mak cik/pak cik yg meniaga tu, adakah lesen itu atas nama mereka atau  nama siapa sebenarnya. Kuih tak sedap yg dijual, mungkin saja mereka penjual sahaja sedangkan yg membuat kuih2 trs adalah pihak lain.  So, tak adil pakcik/makcik dipersalahkan ttng kualiti makanan yg dijual. Tapi kalau mereka sendiri yg masak/buat, memang kena perbaiki lagilah kualiti kuih-muihnya.
Quote Decaffeinated 6-3-2025 02:49 PM
nolya replied at 6-3-2025 01:40 PM
So, tak adil pakcik/makcik dipersalahkan ttng kualiti makanan yg dijual. ...

Peniaga kena bertanggung jawab lah barang yang dia jual. Apa pulak tak adilnya.

Quote dua_chzy 6-3-2025 03:34 PM
Edited by dua_chzy at 6-3-2025 07:35 AM

Bazar paling sedap di KK meols discover adelah bazar Hospital Likas yang kat tengah2 bangunan tu yang berapa kerat payung ja niaga tu tapi boleh tahan sedap2 suma makanan. Kecuali air balang. Don't buy. Gaya Street ka Kg Air ka Menggatal ka Inanam ka mana2 punya bazar suma lauya ja makanan.
Quote edayildiz 6-3-2025 03:39 PM
i teringin nk mkn popia pedas..bkn yg basah tu..yg tu lembek..i ingt thn lps salah beli..xsdp..
btw mmg betul pun org pilih gerai yg ramai org beratur
Quote jihyomelly 6-3-2025 04:28 PM
sila la beli dgn peniaga atau kedai yg biasa beli utk elak nanti komplen serba tak kena di bulan posa nih…
Quote renko 6-3-2025 04:35 PM
sapa suh hegeh2 nk tolong
lantak la sana dorg
kau pun beli pape bercatu simpan duit
sebok nk tolong peniaga tamak lak
Quote Tinot7 6-3-2025 04:44 PM
edayildiz replied at 6-3-2025 03:39 PM
i teringin nk mkn popia pedas..bkn yg basah tu..yg tu lembek..i ingt thn lps salah beli..xsdp..
btw  ...

Popia sira ka?
Buat la sendiri.. haha
Quote pengecatbintang 6-3-2025 04:52 PM
jihyomelly replied at 6-3-2025 04:28 PM
sila la beli dgn peniaga atau kedai yg biasa beli utk elak nanti komplen serba tak kena di bulan pos ...

ya btol..

beli kat yg biasa beli

kat tempat yg biasa beli ni berniaga sepanjang tahun

mgkn kat bazar Ramadhan

ada peniaga yg baru pes time buat makanan n jual makanan

tu mgkin x sedap n mahal


Quote jfq 6-3-2025 05:09 PM
Saya fikir air tangan orang tua mesti sedap.

Takdanya dia buat kuih tu sendiri.
Skrang kuih2 yg pack 4 piece tu vendor yg distribute kat gerai2. Most probably pakcik ni cuma reseller aje
Quote kepompong 6-3-2025 05:32 PM
i tak pegi pasar ramadan, tapi hb selalu bawak balik 2,3 biji kuih kat masjid yang tak laku… ada sekali tu , nampak luaran macam sardine roll yang buat drp roti celup telur tu.. sekali je bila makan, rerupanya memang roti digelek & celup telur, tapi isi letal mihun, probably ambik dari esbok jualan semalam punya tak habis sorry i tuduh yang leftover sbb apa jenis kuih pun tak tahu la. Mihun goreng letak dalam roti? Haih, memang lah tak sedap

i malas ikut hb & anak2 lelaki buka kat masjid.. hari2 hb masak nasi putih & lauk bawak pegi masjid utk potluck, so i kat rumah buka sorang2 apa2 je yg ada. Stakat ni memang tak pegi pasar ramadan, dah byk tahun. Kalau masih lapar, lagi prefer pegi kedai yg kita biasa pegi utk dinner masa hari bukan ramadan, pegi lepas terawih
Quote kepompong 6-3-2025 05:33 PM
nolya replied at 6-3-2025 01:40 PM
Seperkara nak tanyalah.  Skr ni pbt yg keluarkan lesen adakan aturan ketat iaitu lesen hanya diberik ...

Siapa yg jual, dia lah yg responsible
Quote nolya 6-3-2025 05:58 PM
kepompong replied at 6-3-2025 05:33 PM
Siapa yg jual, dia lah yg responsible

So in that case, boleh je beritau makcik seller tu kuih yg dijual tak berkualiti dn minta dia khabarkan kpd supplier to improve the quality.  Kekadag tu terdapat inti kuih masin! Air pun sangat manis, kena pula tambah air putih sendiri di rumah n finally spoil the taste. However, I cuma beli air tebu je, air2 juice yg lain buat sendiri.
Rata2 harga makanan semua naik. Satu bekas hidangan mi/soto/laksa kalau dulu Rm5/, skr dah naik Rm7/.  Martabak S'pore, kecil RM11, besar Rm15/ sedangkan thn dulu RM8 n Rm10/ je. Kalau maintain harga lama, kuihnya pula jadi kecik molek je.
Quote edayildiz 6-3-2025 07:10 PM
Edited by edayildiz at 6-3-2025 07:11 PM
Tinot7 replied at 6-3-2025 04:44 PM
Popia sira ka?
Buat la sendiri.. haha


aah sira...sejak posa ni otak asyik ting tong je..dk fikir word sira xterkeluar pulakk....sdp nya sira
pastu  ada bijan
i xpandai buat..tp kalau popia simpul yg letak serunding tu pandai
yg simpul je..gulung xreti..mesti terbukak baliik time goreng..
btw slmt berbukak sis tinot
Quote vespa_oren 6-3-2025 07:34 PM
dua_chzy replied at 6-3-2025 03:34 PM
Bazar paling sedap di KK meols discover adelah bazar Hospital Likas yang kat tengah2 bangunan tu yan ...

Bazar tempat aku belum buka org dh beratur ramai owner dia org malaya, tpi kakak tu nisga masa ramadan jer hri lain ambil tempahan, tpi yg ramai beratur org tempatan
Aku berbuka makan ikan kayu bakar cicah kicap dgn sambal lada, anak masuk warded lgi, jdi spnjg tulah gie bazar beli mkn untuk anak2 yg lain, sblm berbuka gie hospital bgi diaorg buka dgn ibu dia, aku jga yg warded tu
Quote allshares 6-3-2025 07:46 PM
repeat after me: BELI MKNAN ATAU BENDA YG KO PERLU/NAK MKN, jgn beli atas sentimen kesian. Nanti tak sedap ko jugak merempan, terus hilang ikhlas nk tolong tu,malahan dpt dosa Jah.
Quote kepompong 6-3-2025 08:03 PM
Tiber terigt chicken rice shop
Quote Tinot7 6-3-2025 08:05 PM
edayildiz replied at 6-3-2025 07:10 PM
aah sira...sejak posa ni otak asyik ting tong je..dk fikir word sira xterkeluar pulakk....sdp nya  ...

Selamat berbuka to you too!!!
Quote Firenzza 6-3-2025 09:17 PM
nolya replied at 6-3-2025 01:40 PM
Seperkara nak tanyalah.  Skr ni pbt yg keluarkan lesen adakan aturan ketat iaitu lesen hanya diberik ...

Pbt tau nk untung je sis, sblm puasa hari ada tengok 1 bideo depa lepaskan peniaga bazar berebut2 cop tapak baekkk punya sampai ada 2@3 makcit jatuh tergolek dog nk berebut tapak

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.739970 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top