CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Balai Polis Bukit Jalil didakwa curi RM300,000, beg jenama mewah

7-3-2025 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26161| Komen: 40|Original author: tatod

judgment-gavel-hammer-in-court-courtroom-for-crime-judgement-legislation-and-jud.jpg


Kuala Lumpur: Ketua Balai Polis Bukit Jalil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang RM300,000 termasuk sebuah beg jenama mewah daripada seorang individu di sebuah kondominium, bulan lalu.

Tertuduh, Inspektor Azlan Sudin, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa mencuri RM300,000 dan sebuah beg Prada hitam milik wanita berusia 35 tahun di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, antara jam 5.45 petang hingga 6.20 petang, 21 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Farah Nabihah membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa dan peguam Huang Yee Ching mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah majistret berasingan, Azlan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak menangkap seorang lelaki yang terbabit dengan jenayah.

Mengikut pertuduhan, Azlan sebagai anggota polis berpangkat Inspektor yang berkewajipan di sisi undang-undang menangkap lelaki berusia 35 tahun kerana terbabit dalam kesalahan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang mana dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu.

Kesalahan itu dilakukan di lobi Balai Polis Bukit Jalil, Cheras antara jam 6.50 petang hingga 7 petang, 21 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Huang memohon jaminan minimum berikutan anak guamnya memberikan kerjasama penuh ketika dalam siasatan.

"Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, bekerja sebagai Ketua Balai Polis Bukit Jalil dengan pendapatan RM4,000.

"Anak guam sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 25 tahun dan tiada aduan terhadapnya selama ini.

"Sebelum tertuduh direman, tertuduh pernah serah diri sebanyak dua kali untuk membantu siasatan, kami mohon supaya jaminan rendah dan bersesuaian dengan keupayaan kewangannya dan tidak membebankan," katanya.

Mendengar perkara itu, Majistret Noorelynna Hanim Halim membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei untuk sebutan kes.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 7-3-2025 03:38 PM
Hebat. Apa nak jadi ini. Pencen ?
Quote supernaturalee 7-3-2025 03:40 PM
tahan tahan
puasa puasa





Quote rina0602 7-3-2025 03:52 PM
Kadang2 diaorang ni jadi kambing hitam kalau taknak bersubahat dgn apa2..ada beberapa tiktok org2 yg kena macam ni
Quote fattymah 7-3-2025 03:55 PM
Siyes arr ketua balai gaji banyak tu.. dengan dok bukit jalil..
Quote toynme 7-3-2025 04:02 PM
sangat kurap korup ekkk
Quote toynme 7-3-2025 04:02 PM
sangat kurap korup ekkk
Quote bpbbppbp 7-3-2025 04:26 PM
Edited by bpbbppbp at 7-3-2025 06:46 PM

Klau dlm kondo tu xde org lain or ada saksi nmpak dia, dia jelah suspicious. Knp x tangkap org yg ada senjata, kat balai pulak tu. Ada unsur rsuah ke
Quote cantthinkofany 7-3-2025 04:34 PM
dgn gaji yg mcm tu....with quite a big family...living in bukit jalil....temptation will be hard to resist
Quote intan20002 7-3-2025 05:02 PM
kalau curi beg camtu boleh jual ke. bukan ada id ke.
Quote kelapaparut 7-3-2025 05:13 PM
Xsyg keje kjaam dia pencen cola AL byk dan segala perk keje gomen.. sesetgh manusia ni mmg bodoh la
Quote nikaido 7-3-2025 05:14 PM
nanti transfer ke sabah/sarawak
Quote ulamalu 7-3-2025 05:43 PM
Agaknya dia konfiden ugut mangsa, tapi mangsa report juga.
Quote Orenn1 7-3-2025 06:30 PM
Beg tu nak bagi kat bini ke? Nanti bini ko boleh menayang kat bini2 polis lain konon tok laki bagi hadiah phuiiii kohkohkohh
Quote OrkedCattleya 7-3-2025 06:37 PM
Kena ugut ke
Quote Minami2013 7-3-2025 06:45 PM
Byk masalah azlan ni... sekali dua kes sangkut.
Quote _kelly 7-3-2025 07:02 PM
fattymah replied at 7-3-2025 03:55 PM
Siyes arr ketua balai gaji banyak tu.. dengan dok bukit jalil..

basic je kot tu, tak campur elaun..gomen kan banyak elaun
Quote bottombikini 7-3-2025 07:08 PM
ketua balai..takkan basic 4k jew
Quote mehmet 7-3-2025 07:24 PM
Rumah individu siapa dia pergi ambil handbag & duit ?
Quote mehmet 7-3-2025 07:25 PM
Siapa perempuan 35tahun itu ????

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.064641 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top