CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Shopping' raya awal, elak bersesak-sesak

10-3-2025 01:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16120| Komen: 44|Original author: tatod

3-1.jpg


Kuala Lumpur: Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, orang ramai sudah mula sibuk menyediakan persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Tinjauan Bernama mendapati pusat beli-belah di ibu kota dipenuhi orang ramai yang mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membeli persiapan hari raya.

Seorang jurutera, Syamil Ali, 31, dari Subang Jaya berkata, dia lebih selesa membuat persiapan lebih awal kerana tidak mahu bersesak-sesak di saat akhir.

"Saya memang tidak suka membeli dalam keadaan sesak ditambah dengan panas nanti jadi kelam kabut, lagi pun isteri saya sekarang sedang sarat mengandung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Syamil mengakui baju raya dijual di pusat beli-belah mungkin lebih mahal berbanding di gerai bazar Aidilfitri tetapi baginya keselesaan ketika membeli lebih menjadi keutamaan.

"Memang agak mahal tapi ada juga yang dijual pada harga yang mampu milik ikut, bajet masing-masing… bahkan ada juga baju raya yang diberikan pada harga diskaun jika kena pandai cari," katanya.

Sementara itu, pembantu tadbir Nurul Shuhada Mad Nadir, 33, dari Setapak berkata, meskipun baru seminggu berpuasa persiapan hari raya buat keluarganya hampir siap.

"Saya suka buat persiapan awal sebab tidak perlu bersesak-sesak lebih-lebih lagi saya bawa anak kecil. Membeli dalam keadaan bersesak-sesak dan di saat akhir memang akan jadi susah," katanya menambah kos membeli pakaian raya untuk diri dan keluarganya tahun ini mencecah RM1,000.

Penjawat awam Noor Zaini Abdullah, 36, dari Raub, Pahang berkata, persiapan hari raya untuk dirinya dan keluarga setakat ini hampir selesai dan masa yang ada sebelum raya dapat difokuskan untuk menjalankan ibadah puasa dengan lebih tenang.

"Setiap tahun memang kami akan ke Kuala Lumpur untuk mencari barangan keperluan raya. Beli awal kita tidak kelam-kabut sangat, orang pun belum ramai sangat lagi, jadi kita tidak bersesak-sesak," katanya.

Peniaga Nur Haniza Mohd Syofir, 23, berkata, orang ramai kini memilih untuk membeli baju raya lebih awal bagi memastikan pakaian yang diinginkan tidak kehabisan stok.

"Saya rasa sebab itu juga orang ramai lebih suka beli lebih awal kerana mungkin lebih banyak rekaan baru ditawarkan dan lebih banyak saiz," katanya.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 9-3-2025 08:14 PM
Begitulah iols sejak ada anak. Tahun ni sebelum posa dah settle baju raya (tahun ni  beli baru sbb anak dah gemuks tp warna ikut baju yg mak pak dah sedia ada). Beli jubah tuk mak dpt dah harini esok hantar sekali shortening  suar baju melayu anak dgn jubah mak.
Quote lolipopmanish 9-3-2025 10:39 PM
Beli online je malas nak bersesak sesak
Pastu dapat voucher + free shipping tenang2 je tggu parcel sampai rumah
Quote aina_shaira 9-3-2025 10:55 PM
Dah setel beli baju raya untuk anak anak
Quote Orenn1 9-3-2025 11:07 PM
Mmg tiap2 tahun kena beli baju raya ke
Quote Barebow77 9-3-2025 11:55 PM
Beli kat tiktok yang murah2 ja sedondon ngan anak 2 pasang RM120/- camtue jah..dapat free shipping lagi..malas nak beli mahal2 sebab my doter is remaja so kang cepat tinggi plak..dah senteng..ai beli awal sebab tgk kemain ramai dok beli kat tiktok..so kenalah berebut jugak takut habis saiz..cepat benar sold out..
Quote ina_na 10-3-2025 12:26 AM
Iolss tahun ni konon x nak bl awal2..biasa last minute...sekali p jalan2 termasuk dlm Muaz.. abis sebelum pose dah bl tuk satu family.. beberapa ari lps tu terbeli lg..Dua ari lps terbeli lg..semua murah2 je...mls dah nk msk kedai baju...
Quote pocongkiutss 10-3-2025 01:20 AM
Sebelum bulan puasa lg iols dah membeli..maleh nk serabut nnt yg mana iols berkenan la yg dh sold out / habis size
Quote nana1001 10-3-2025 03:00 AM
Orenn1: Mmg tiap2 tahun kena beli baju raya ke
more to ambik vibe selalunyaa hihi

Quote fattymah 10-3-2025 04:03 AM
Iols tadi p ioi penuh org.. soping soundbar situ je aman².. balik dentum dentam rumah lawan jiran ataih dengan subwoofer baru.. jualan renovate kedai katanya.. tahun ni tak beraya.. dah tadak kg
Quote Tinot7 10-3-2025 07:29 AM
Beli online lagi murmur drp kat kedai..
Quote Decaffeinated 10-3-2025 07:46 AM
Orenn1 replied at 9-3-2025 11:07 PM
Mmg tiap2 tahun kena beli baju raya ke

Bagi orang yang tak kisah nak beli baju masa lain, yes. Aku pernah beli kasut timberland di luar musim konon untuk hari raya end up aku terlupa kewujudannya. Point is, kena beli masa raya
Quote sayawifenikmie 10-3-2025 07:53 AM
berbelanjalah dengan bijak ikut keperluan
Quote sayawifenikmie 10-3-2025 07:53 AM
berbelanjalah dengan bijak ikut keperluan
Quote A-Are 10-3-2025 07:55 AM
Orenn1 replied at 9-3-2025 03:07 PM
Mmg tiap2 tahun kena beli baju raya ke

kalau mampu belilah walau sepasang, kalau tidak pakailah apa adanya...macam i ols mmg beli baju jalan anak masa raya sajer..lepas tu pakaila kau setahun baju yg sama..huhhu..
Quote A-Are 10-3-2025 08:01 AM
i ols 1st time tahun ni beli baju raya awal...2bulan sebelum da beli 1 set baju melayu & kurung sbb pakai masa adik ipar kawen, buat baju raya terus

Baju jalan pulak i ols beli sebulan sebelum puasa..beli kat shoppee je senang, jimat, voucher pon banyak...
Quote Samerosie 10-3-2025 08:02 AM
Orenn1 replied at 9-3-2025 11:07 PM
Mmg tiap2 tahun kena beli baju raya ke

Kitarang ulang je baju tak beli everytime raya.  But this year, anak i dah x muat yg ada so beli lah baru.  Most of the time baju beli brand elok sikit supaya tahan lama dah guna dry clean simpan. Yg mana pakai basah i kenduri ke school events ke i beli kurta cotton or batik beli kat soppi je.  Baju casual and kasut as needed also. I rasa parents dulu2 mmg beli baru everytime cos baju yg one and only tu la lepas raya guna for the rest of the year sama dgn baju 'jalan' sbb tak mampu beli a few pairs for each child.

Lesson learned for me, baju budak better beli yg ada pesak boleh muat lama sikit.
Quote Kitty_catz 10-3-2025 08:53 AM
udah beli november lagi kome uii.. kohhh

ingat saja beli2 sbb pegi elmina tu ha,.. sekali mmg tak pakai sampai sekarang sbb takde kenduri kendara so buat je lah baju raya
Quote syirazee 10-3-2025 09:07 AM
Kadang2 beli awal bukan apa juga,takut takde saiz. Nak2 bila famili anak-anak ramai. Akhir-akhir nak raya kadang suka window shopping je,seronok tengok suasana.
Quote dewi_rina 10-3-2025 09:30 AM
Sape beli kat titok and sopi angkat tangan

Kuih raya pun dah beli, tapi tulah beli awal dah tinggal separuh

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.232130 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top