CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya reda terima hukuman ini, parut enam sebatan kini bukti kesalahan saya'

10-3-2025 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2453| Komen: 18|Original author: tatod

insaf10_1741580386.jpg


Kuantan: "Ini Ramadan kali kesembilan saya merengkok dalam penjara, suasana berpuasa dilalui hambar selepas bergelar banduan," kata Saiful, 51 (bukan nama sebenar).

Dia yang berasal dari Melaka menerima hukuman 18 tahun penjara dan enam sebatan selepas terbukti bersalah merogol gadis bawah umur pada 2016.

Ketika di luar penjara, bapa kepada lima cahaya mata ini mengakui leka dan lupa batasan sebagai pelumba motosikal sehingga terjebak dengan pergaulan sosial tanpa batas.

"Saya reda dengan hukuman berat ini, parut enam sebatan kini menjadi bukti kesalahan yang saya sudah dilakukan.

"Hukuman penjara menyebabkan rumah tangga yang saya bina musnah, isteri memutuskan berpisah dan membawa anak bongsu kami, sementara empat lagi anak membesar tanpa ibu dan bapa di kampung," katanya ketika ditemui, semalam.

Dia yang kini menjalani hukuman di Penjara Penor sejak 2017 berkata, Ramadan yang dilalui setiap tahun hampir sama, dengan menjalankan aktiviti keagamaan seperti membaca al-Quran dan solat tarawih di bilik.

"Aidilfitri tahun lalu, saya berpeluang bertemu keluarga pada program bersemuka.

"Kehadiran anak dapat melepaskan rindu kepada mereka yang kini terpaksa berdikari meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang ibu dan bapa," katanya.

Saiful turut menasihatkan golongan remaja supaya menghindari pergaulan tanpa batasan.

"Banyak keburukan boleh berlaku sekiranya tidak dikawal," katanya yang ingin meneruskan perniagaan bengkel motosikal selepas bebas nanti.

Saiful sudah tiga kali membuat permohonan pengampunan namun gagal, dia akan bebas tanpa pengampunan pada 1 Julai 2028.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-3-2025 02:59 PM
Yang dia rogol yu bohsia ka? Ampun kan ja lah demi anak2 5 orang tu kot2 dia boleh sara lepas keluar nanti.

9 tahun + 6 sebatan tu sounds about enough to me. Unless ada lagi benda lain dia tak cerita.
Quote swateng1 10-3-2025 03:10 PM
kesian anak2 yang ditinggalkan ibu. dah laa bapak dlm penjara.
Quote jelitayu 10-3-2025 05:05 PM
kalau ketua keluarga tak guna akal fikiran yg waras dlm menjalani kehidupan, memang pecah belah rumah tangga....it's all on you.
Quote allshares 10-3-2025 11:02 PM
Lahanat ko masih nk cerita psl ramadhan ko yg sendu? Kalau I yg ciptakan undang2 dunia aku kasi je batang ko sebagai hukuman, tapi Yo lah undang2 dunia laki yg buat, takkan ler nk kasi btg sesama jantina ye dop?
Quote kaedahnya 11-3-2025 07:07 AM
Tahun 2016 tu umur dia late 30s, jadi pelumba katanya (mat rempit la kot tibahh pi tidur dengan budak bawah umur).
Aku kesian anak anak dia jah.
Quote Suchi 11-3-2025 07:27 AM
Kesiannya anak2 dia tu membesar sendirian ke?
Sbb tu iols benci penceraian.
Punca penceraian adalah perkahwinan.
Kalau sayangkan anak2  ibubapa takkan lakukan perkara yg  boleh memusnahkan perkahwinan tu.


Quote prince_marhaen 11-3-2025 08:04 AM
Umur 51, 2025-2016 = 9 tahun
51 - 9 = 42 tahun.

cibai apa umur 42 merempit main motor lagi romen2 budak underage...tak payah nak menyesal sangat lah.
Dah kawin beranak pinak pun bebal lagi.
Quote midori888 11-3-2025 08:17 AM
prince_marhaen replied at 11-3-2025 08:04 AM
Umur 51, 2025-2016 = 9 tahun
51 - 9 = 42 tahun.

umur 40an dgn anak dah 5 org pun masih main motor layan bohsia lagi....sbb dah dlm jel, terpaksalah pura2 insaf...esok dah kuar bebas confirm akan buat perangai lama...
Quote sapeka 11-3-2025 08:28 AM
Kalau tak tertangkap
Rasanya anak anak tetap terbiar
Dah gila merempit nak dapat habuan
Quote toynme 11-3-2025 08:32 AM
adeihhh
baik je anak2 nak jumpa bapak dia kat penjara
elok juga mak bawak yg bungsu maybe kecik lagi
time buat dosa mmg lupa anak bini semua
skrg nak kena kesian kan ko la kan
Quote syamzana 11-3-2025 08:37 AM
yg bapaknya selayaknya masuk jail...anak 5 pun tua bangka dah masa tu (30++) masih jadi pelumba (i saspek lumba haram kalau profesional mesti masuk sotkabo kes dia)
yg maknya bwk yg bongsu je, anak2 lain nape ditinggalkan?
Quote salimrock 11-3-2025 09:12 AM
bila wa congak2 2016 umur dia 42 tahun, main bosia lg...

errmm bawah umur lg plak tu... agak la saiful ooii..tak puas2 lagi ke me mu ki saiful ooi...

Quote Sazreena 11-3-2025 09:27 AM
Paling kesian anak-anak yg terbiar tu..ni la contoh tipikal melayu yg tau sedap kawin, sedap main tapi bangang tggjwb. Tak pepasal atok nenek kena tanggung ko punya bangang, getah melekat padu. Dah renta sok dan dan kata anak derhaka sebab abaikan bapa.
Quote Sazreena 11-3-2025 09:27 AM
Paling kesian anak-anak yg terbiar tu..ni la contoh tipikal melayu yg tau sedap kawin, sedap main tapi bangang tggjwb. Tak pepasal atok nenek kena tanggung ko punya bangang, getah melekat padu. Dah renta sok dan dan kata anak derhaka sebab abaikan bapa.
Quote Sazreena 11-3-2025 09:27 AM
Paling kesian anak-anak yg terbiar tu..ni la contoh tipikal melayu yg tau sedap kawin, sedap main tapi bangang tggjwb. Tak pepasal atok nenek kena tanggung ko punya bangang, getah melekat padu. Dah renta sok dan dan kata anak derhaka sebab abaikan bapa.
Quote Sazreena 11-3-2025 09:28 AM
Paling kesian anak-anak yg terbiar tu..ni la contoh tipikal melayu yg tau sedap kawin, sedap main tapi bangang tggjwb. Tak pepasal atok nenek kena tanggung ko punya bangang, getah melekat padu. Dah renta sok dan dan kata anak derhaka sebab abaikan bapa.
Quote KBW2 11-3-2025 09:50 AM
Motip ibu tinggal anak-anak? Amik yang bongsu jah?
Quote KBW2 11-3-2025 09:50 AM
Sazreena replied at 11-3-2025 09:28 AM
Paling kesian anak-anak yg terbiar tu..ni la contoh tipikal melayu yg tau sedap kawin, sedap main ta ...


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057423 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top