Kuala Terengganu: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencederakan isterinya sehingga menyebabkan cedera parah. Tertuduh, Sidik Ismail@Mamat,76, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa yang berusia 70 tahun di sebuah rumah di Dungun, 10 malam 23 Februari lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca Bersama Seksyen 326A kanun yang sama. Seksyen 325 KK memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum di bawah Seksyen 325. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Sumber : Harian Metro |
Kancilkering replied at 10-3-2025 02:17 PM
örg org tua ni ada satu stage umur dia jadik macam baby
lps tu apa dia ckp semua menyakitkan hati ...
Jitu replied at 10-3-2025 11:37 PM
org tranung tak sah klu tak baran
A-Are replied at 11-3-2025 07:43 AM
entahlah yg i knl org terengganu semuanya lembut2 belaka...
Jitu replied at 10-3-2025 11:49 PM
uols blm kenal betul lg la tu
iols sendiri famili asal sana mmg baran yg tak blh bawa bincang ...
ADVERTISEMENT