CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Hentikan debat perbezaan agama, elak cetus ketegangan' - Aaron Ago Dagang

10-3-2025 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1147| Komen: 7

 


Kuala Lumpur: Sebarang bentuk perdebatan yang memfokuskan kepada perbezaan agama perlu dihentikan kerana ia boleh mencetus ketegangan dan mengeruhkan hubungan masyarakat berbilang agama di Malaysia, kata Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, perbincangan mengenai agama seharusnya dilakukan dengan penuh rasa hormat dan atas kesedaran terhadap kepelbagaian dalam masyarakat di negara ini.

"Walaupun kita mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan, adalah lebih utama untuk kita memberi fokus kepada titik persamaan dan nilai-nilai universal yang dapat menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aaron berkata, kementeriannya telah mewujudkan platform melalui inisiatif Harmoni Madani bagi melaksanakan siri Dialog Harmoni dengan tema Faham, Hormat & Terima bagi membincangkan dan berkongsi amalan baik agama masing-masing yang mampu meningkatkan hubungan antara penganut agama di negara ini.


Beliau menyarankan semua pihak supaya memanfaatkan platform Dialog Harmoni itu sebagai medium memperkukuh kefahaman dan menghargai kepelbagaian masyarakat Malaysia dengan mengangkat titik persamaan.

"Semua pihak sama ada wakil rakyat, ahli politik, pemimpin agama, masyarakat atau individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam memupuk perpaduan dan mengekalkan kesejahteraan negara," katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M Saravanan menetapkan tarikh debat bersama pendakwah bebas Zamri Vinoth pada 23 Mac ini yang akan dianjurkan Dewan Bahasa Tamil Malaysia.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-3-2025 03:12 PM
sepatutnya:
Lu suka dangdut,lu dangdut la...
wa suka rock.....wa rock sampai tua la...
                    
Quote dua_chzy 10-3-2025 03:22 PM
Eh meols berminat nak tengok debat dua warga Temil tu. Harap hado live.
Quote TsuFehSofia 10-3-2025 10:34 PM
Debat nanti guna bahasa apa?Tamil?melayu?English?
Quote kakikuDibibirmu 10-3-2025 10:38 PM
yang akak ingat jurnalis Faraj Foda, فرج فوده, ummah moslem Mesir yang mati dibunuh karena mempersoalkan samada di sorga nanti batang zakar lelaki sentiasa tegang atau tegang apabila mureka mahu adja konsepnya.

Di saat orang Barat menjelajahi angkasa lepas, ketika dunia kagum dengan komputer, are-lame ularmak Yislam sibuk berdebat zakar lelaki tegang ka tak tegang dalam sorga... hahaha....
Quote Skuau 10-3-2025 10:52 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-3-2025 10:38 PM
yang akak ingat jurnalis Faraj Foda, فرج فوده, ummah moslem Mesir yang mati dibunuh karena me ...

kok gitew???
Quote tungkai 10-3-2025 11:11 PM
kata Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.


Oo...ni la dia menteri perpaduan. Sebelum ni dia menyorok mana..??
Quote plywood 11-3-2025 05:49 AM
kakikuDibibirmu replied at 10-3-2025 10:38 PM
yang akak ingat jurnalis Faraj Foda, فرج فوده, ummah moslem Mesir yang mati dibunuh karena me ...

Farag Foda (Arabic: فرج فودة [ˈfɑɾɑɡ ˈfoːdæ, ˈfuːdæ]; 20 August 1945 – 8 June 1992) was a prominent Egyptian professor, writer, columnist,[1] and human rights activist.[2]

He was assassinated on 8 June 1992 by members of the Islamist group al-Jama'a al-Islamiyya after being accused of blasphemy by a committee of scholars (ulama) at al-Azhar University.[1]

Farag Foda was one of 202 people killed by "Islamist motivated assaults" in Egypt between March 1992 and September 1993.[2] In December 1992, his collected works were banned.[3]

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048530 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top