CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki murung selepas tercucuk jarum picagari dalam pesawat, tuntut RM79,207 sebagai pampasan

10-3-2025 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1799| Komen: 5

 


Beijing: Seorang lelaki di China menuntut 130,000 yuan (kira-kira RM79,207) sebagai pampasan untuk kemurungan dihadapi akibat takut mendapat jangkitan selepas tercucuk jarum ketika menaiki pesawat milik sebuah syarikat penerbangan.

South China Morning Post (SCMP) memetik media tempatan Jimu News melaporkan, lelaki bernama Fu itu tercucuk jarum picagari dalam penerbangan China Southern Airlines ketika mengambil telefonnya dari poket tempat duduk.

Fu berasa ada objek tajam terkena pada jarinya sebelum mendapati ia adalah jarum yang disyakinya dari picagari insulin.

Pramugari membersihkan jarinya dan melaporkan kejadian itu kepada syarikat.

Hasil pemeriksaan, jarum itu disahkan ditinggalkan oleh penumpang dalam penerbangan sebelumnya.

Selepas mendarat, syarikat penerbangan itu menawarkan Fu 1,800 yuan (kira-kira RM1,097) untuk tiketnya dan tambahan 1,000 yuan (kira-kira) susulan insiden berkenaan.


Bagaimanapun, Fu menolak tawaran itu, menganggapnya tidak mencukupi.

Fu kemudian menjalani ujian penyakit berjangkit, dengan alasan insomnia menyebabkannya mengalami kebimbangan berlebihan.

"Doktor memberitahu jangkitan mempunyai tempoh laten (tempoh sebelum gejala pertama muncul), jadi saya perlu menjalani beberapa pemeriksaan dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya.

Pada 10 Februari, Fu disahkan mengalami kemurungan tahap sederhana di Hospital Moden Sichuan, dan dinasihatkan menjalani ujian lanjut untuk hepatitis C, hepatitis B dan HIV dalam masa dua bulan.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 10-3-2025 03:28 PM
aku pun ngeri benda2 spt ni weii
Quote Decaffeinated 10-3-2025 03:34 PM
Bimbang itu justified tapi tak perlu murung. Firstly, jarum tu dah lama di situ kalau ada kuman e.g. HIV most probably dah mati pun. Secondly, you can do screening dgn mudah these days. Sejak Covid, macam2 test kid melambak jual just observe latent period tu ja.
Quote IzzahF 10-3-2025 04:01 PM
naya kalo tgh2 sihat tetiba dpt penyakit2 pelik
Quote gigahertz 10-3-2025 10:39 PM
China sesama China mintak 130 ribu yuan
kalau china tu kat malaysia mau dia mintak RM 1 juta
Quote bitterchoc 10-3-2025 10:53 PM


Kesian gak.
Sebelum keluar rumah nak ke mana2, baca doa lah kawan2.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039022 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top