Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Sykri mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang setia menantikan lagu raya daripadanya.
Memetik Harian Metro, Aliff turut meluahkan rasa syukur lagu raya nyanyiannya, Raya Ya Ya bersama Iman Troye paling banyak ditonton di platform YouTube.
“Terima kasih kerana menjadikan video lagu raya terbaru saya paling banyak ditonton (di Youtube).
“Alhamdulillah, walaupun saya tidak pakai baju ketat tetapi ramai juga yang menontonnya (lagu raya terbaharunya). Terima kasih kerana setia menantikan lagu saya. Karya saya ini dibuat untuk hiburan sahaja,” katanya.
Setakat hari ini, klip muzik video lagu Raya Ya Ya nyanyian Aliff Syukri bersama Iman Troye yang dilancarkan sejak dua minggu lalu sudah mendapat sebanyak 1 juta tontonan.
SUMBER: Harian Metro, Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|