CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Indonesia cabul kanak-kanak, kongsi video dalam laman web pornografi Australia

16-3-2025 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26588| Komen: 4|Original author: tatod

Fajar Widyadharma Lukman

JAKARTA: Lebih empat kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penderaan seksual oleh seorang anggota polis Indonesia yang merakam perbuatan terkutuk itu sebelum menyebarkannya di laman web pornografi Australia.

Menurut Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia, siasatan masih dijalankan terhadap Ketua Polis Daerah Ngada di wilayah Nusa Tenggara Timur, Fajar Widyadharma Lukman yang didakwa mencabul empat kanak-kanak berusia antara tiga hingga 14 tahun pada Jun lalu.

Kes ini terbongkar selepas video lucah itu dikesan polis Australia sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia melalui Kementerian Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak pada Januari lalu.

Fajar kemudiannya ditangkap pada 20 Februari lalu oleh Bahagian Hal Ehwal Dalam Polis Negara (Propam) dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Negara di Jakarta sebelum secara rasmi dinamakan sebagai suspek, semalam.

Fajar didakwa mencabul kanak-kanak tersebut di sebuah hotel di Kupang, ibu kota wilayah itu, kata Pengarah Siasatan Jenayah Am Polis Nusa Tenggara Timur, Patar Silalahi.

Jurucakap Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Dian Sasmita menyifatkan kes ini sebagai keganasan seksual terhadap kanak-kanak yang sangat serius.

Beliau berkata, terdapat kemungkinan besar lebih banyak mangsa yang belum dikenal pasti

Media Indonesia melaporkan Fajar didakwa akan memujuk mangsa untuk berjumpa dengannya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Fajar kemudiannya akan meminta mangsa mencarikan kanak-kanak lain untuk berjumpa dengannya sambil memberikan duit sebagai upah.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 14-3-2025 08:19 PM
Pоrnоgraphy



[youtube]ZNAw3hCfgps[/youtube]
Quote Kuin-Kepam 14-3-2025 08:58 PM
@nusaraya klaim cepat mbak!



Quote dua_chzy 14-3-2025 09:02 PM
Edited by dua_chzy at 14-3-2025 01:07 PM

Porn site termasuk child porn segala ni, orang2 power dalam gomen, elitis juga yang pegang.

Kalau nak shut down website ka portal ka hapa2 kejap ja gomen boleh buat. Deol hada power ma. Tapi tak buat. Kau rasa kenapa?

Sama la macam tokan dadah, pemerdagangan manusia semua tu. Sah2 someone powerful yang behind all these evil rings. Tengok la Myanmar. Negara jadik pusat scammer pusat jual orang jual dadah ntah hapa2 menda haram segala siap hada centre, boleh buat tutup mata.
Quote PULANGKAN 17-3-2025 01:55 AM
polis pedo

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044468 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top